Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Najib Dan BN Sedia Pertimbangkan Kemahuan KASINO Oleh Penang Front Party (PFP)... Dengan Syarat, Menang Dulu Di 25 Kerusi DUN Seperti Yg Dijanjikan... #SahabatSMB

SIAPAKAH SEBENARNYA DI SEBALIK PENANG FRONT PARTY (PFP)? NAJIB DAN PUCUK PIMPINAN UMNO BN PERLU TANGKAS BERMAIN 'TARIK TALI', KERANA ASASNYA,"PI MAI, PI MAI... TANG TU JUGAK..."


Penang Front Party (PFP) yang berpusat di Pulau Pinang telah diterima pendaftaran pertubuhannya, sekaligus melayakkan mereka untuk meletakkan calon bertanding dalam PRU14... Mereka juga telah melantik Ahli Parlimen Padang Besar dari UMNO BN, Datuk Zahidi selaku penasihat parti, dan secara jelas menawarkan parti mereka untuk menjadi sebahagian drpd Barisan Nasional...

Itu yang pertama, lebih menarik lagi, dgn hanya bermodalkan keyakinan yg tinggi untuk merampas negeri P. Pinang dari tangan DAP, mereka sudah mula merencanakan sesuatu untuk dituntut kepada kjaan UMNO BN, jika matlamat mereka berjaya... ya, mereka mahukan kasino di Pulau Pinang, atau lebih tepat lagi, mahu menjadikan Pulau Jerjak sebagai Pusat Perjudian, persis Genting Highland...

Bagi aku, Kerajaan UMNO BN mungkin patut mengkaji sedalam-dalamnya permintaan parti baru ini... dari sudut politik dan sokongan, ia mungkin akan menjejaskan sokongan rakyat jika kerajaan UMNO BN bersetuju... tapi jika dilihat secara menyeluruh, mungkin ada baiknya juga jika ia mendapat pertimbangan kerajaan, tetapi tentulah dgn syarat yg ketat...


Pertama... majoriti penduduk P. Pinang hari ini sudah dikuasai orang bukan Islam... Nabi ketika memerintah Madinah tidak pernah menghalang aktiviti harian orang Yahudi yg tinggal di Madinah, selagimana mereka mengikut peraturan yg telah kjaan Islam tetapkan dan aktiviti mereka tidak mempengaruhi dan mengganggu penduduk Madinah lain, khususnya org Islam...

Hari ini pun, bilamana kjaan menyekat aktiviti perjudian, menyebabkan lebih banyak pusat2 judi yg tumbuh secara haram... dan lebih merbahaya apabila pusat2 judi haram ini wujud di persekitaran kita, di dalam komuniti masyarakat yg berbilang agama... penguatkuasaan lemah, dan semua pihak dilihat seperti lepas tangan...

Hal ini mungkin berbeza jika kjaan membenarkan HANYA SATU tempat perjudian untuk orang bukan Islam yg diwujudkan secara berpusat dan tertutup... Pulau Jerjak merupakan sebuah pulau yg terasing drpd tanah besar dan P. Pinang... menjadikan Pulau jerjak sbg pusat perjudian akan memudahkan kawalan keluar masuk pengunjung...


Dalam masa sama, kjaan pusat boleh memperketatkan undang2 premis perjudian haram dgn mengenakan hukuman paling maksimum kpd mereka yg masih mewujudkan pusat judi haram di luar Pulau Jerjak... kjaan negeri baru pimpinan PFP (jika benar mereka berjaya jatuhkn DAP) perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab besar ini, iaitu dgn memastikan P. Pinang bebas dari pusat perjudian haram serta bersedia untuk dipersalahkan jika gagal...

Aku yakin masalah pusat perjudian haram ini boleh diatasi kerana hakikatnya, kebanyakan pusat2 perjudian haram yg wujud sebenarnya mmg didalangi oleh orang dalam... kjaan negeri melalui PBT boleh mengarahkan dalang2 ini memindahkan operasi haram mereka ke Pulau Jerjak, dan menjadikan perjudian mereka beroperasi secara sah di sana... secara tak langsung ia memberi sumber pendapatan kpd negeri melalui cukai pabila perniagaan perjudian mereka beroperasi secara sah...


Dari sudut politik, seperti yg aku katakan di awal tadi, kjaan UMNO BN PASTI akan terpaksa berdepan dengan tentangan dan kritikan pedas... puak pembangkang tentu akan menggunakan isu ini habis-habisan untuk menyerang kerajaan, sepertimana yg telah Lim Guan Eng mulakan, dgn menggunakan alasan hukum hakam Islam, halal haram untuk meracuni pemikiran rakyat P. Pinang terutama org Melayu beragama Islam... walhal, tanpa rakyat P. Pinang sedari, aktiviti perjudian di P. Pinang tumbuh seperti cendawan selepas hujan... tanpa mengira lokasi, hinggakan di kawasan kampung dan kawasan majoriti Melayu pun boleh beroperasi aktiviti perjudian haram yg berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga, pusat karaoke dan snooker, siber kafe, judi nombor ekor haram, bookie bolasepak dan sebagainya... menariknya, masing2 saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain... rakyat menyalahkan kelemahan penguatkuasaan, penguatkuasaan menyalahkan bahagian perlesenan, bahagian perlesenan PBT menerima tekanan dari kjaan negeri, kjaan negeri diperalat oleh individu berkepentingan... apabila penguatkuasa menjalankn operasi, individu berkepentingan yg terjejas akan menghentam kjaan negeri... jadi, tidak hairanlah kenapa Ronnie Liu pernah memaksa Datuk Dr. Hassan Ali agar menyerah kembali hasil rampasan kpd pemilik premis dalam satu isu yg pernah berlaku di Selangor sbg contoh...

Isu halal haram wang pendapatan negeri P. Pinang tidak patut timbul... kjaan negeri beroleh pendapatan dalam bentuk cukai/ufti, bukan secara sumbangan hasil untung aktiviti perjudian... Empayar Islam khususnya ketika zaman pemerintahan Amirul Mukminin, Saidina Umar Al Khattab juga pernah menerima ufti/cukai dari pelbagai pihak... tambahan pula, beliau ketika era kegemilangannya sudah berjaya menguasai hampir 2/3 dunia... cukai adalah bayaran yg dimestikan mengikut kadar yg telah ditetapkan berdasarkan perjanjian atau sperti yg telah pemerintah tetapkan... ianya berbeza dengan wang ehsan warga emas yg pernah diedarkan oleh LGE kpd warga emas P. Pinang... LGE sendiri mengakui wang tersebut datang dari hasil sumbangan sebuah syarikat besar yg menguruskan aktiviti berkaitan Lumba Kuda, yg mana kita tahu ia juga merupakan salah satu bentuk aktiviti pertaruhan atau perjudian... sumbangan itulah kemudiannya disalur terus di dalam Program Warga Emas negeri P. Pinang...


Satu lagi pertikaian yg mungkin akan berbangkit adalah dakwaan kononnya ini hanya satu strategi licil dari puak DAP sendiri... puak DAP seolah sudah dapat merasakan mereka bakal kehilangan sokongan dalam PRU14, malah berkemungkinan mereka juga bakal hilang negeri P. Pinang... melihatkan pada isu kes mahkamah yg melanda Ketua Menteri, perpecahan dalam Pakatan Rakyat, hilang sokongan ahli PAS yg sebelum ini mmg banyak menyumbang kpd kemenangan Dap, pergolakan di dlm DAP itu sendiri antara kepimpinan DAP Negeri P. Pinang dgn Team Lim Guan Eng... hinggakan masyarakat Cina terutama dari kalangan peniaga mulai hilang keyakinan terhadap DAP... Malah, menurut sumber, kewujudan parti baru ini sebenarnya bermula sejak 2014 lagi dan ia dipelopori dari kalangan peniaga Cina melalui Dewan Perniagaan Cina P. Pinang (PCCC)... harus diingat, kemenangan DAP pada 2008 sebenarnya berpunca drpd pengaruh PCCC, yg mana keahliannya terdiri drpd taikun dan taiko besar masyarakat Cina yg sangat dihormati dan digeruni... boleh dikatakan, PCCC berupaya menentukan sentimen sokongan undi org Cina P. Pinang, samada untuk memangkah kjaan BN atau pembangkang... apabila tuntutan Presiden PCCC dan Ananda Krishnan untuk membangunkan Penang Hill sbg Pusat Kasino pada 2007, ditolak oleh Koh Tsu Koon, maka mereka telah menggunakan pengaruh mereka di dalam PCCC untuk memaksa masyarakat Cina mengundi DAP...


Kini, apabila mereka merasakan sudah tidak mampu mempertahankan P. Pinang, maka mereka cuba tampil untuk bekerjasama pula dgn BN... kewujudan PFP yg mana menurut mereka sebuah parti 'Mesra BN' diyakini berupaya memenangi sekurang-kurangnya 25 kerusi DUN yg mana sebelum ini semuanya dimenangi oleh DAP dan PKR!!! Satu keyakinan yg hebat dr sebuah parti yg baru dilahirkan... dan, mereka hanya berminat untuk bertanding di kerusi DUN, manakala kerusi parlimen kekal ditandingi oleh Gerakan dan MCA... siapakah pengundi di 25 DUN yg dimaksudkan? Bukankah sebelum ini undi2 tersebut menjadi milik DAP? Malah rata2 menunjukkan jumlah majoriti yg besar... dan sekarang, PFP sangat berkeyakinan bahawa sebahagian besar undi tersebut bakal beralih tuan dan memihak mereka...

Dan sebagai tukaran, mereka mahukan sebuah pusat perjudian di Pulau Jerjak... seperti kata org Penang, "Pi mai, pi mai... tang tu jugak..."... kalih pi, pusing mai... orang tu jugak... maka akan ada yg beranggapan, "hari ni, bila depa dah terkancing, depa patah balik sokong BN... sok, bila dah dapat apa yg depa mau, depa kalih balik bg kat pembangkang..."


Hakikatnya, inilah yg dinamakan politik... selagi ia belum menjadi kenyataan, ia akan kekal sebagai satu spekulasi... Najib dan pucuk pimpinan UMNO BN perlu bijak bermain tarik tali... tak mengapa jika terpaksa rugi sedikit, asalkan keuntungan yang akan diperolehi selepas itu, jauh lebih besar, jauh lebih baik, dan paling penting jauh lebih bermanfaat untuk agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair Malaysia tercinta...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama