Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Cerita Di Pihak Faizznur Pula... Arwah Bapa Tinggalkan Harta Berjumlah RM20 Juta, RM150K Untuk Pihak Yang Mendapat Hak Jagaan... #SahabatSMB

IBU SAUDARA SUDAH PUN DIBERI SEBANYAK RM4000 SETIAP BULAN, MANAKALA RM10,000 UNTUK PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2 BERADIK TERSEBUT... TAK CUKUP LAGI KE???



Baru-baru ini telah didedahkan cerita seorang bapa saudara yg dituduh kononnya telah menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai untuk kepentingan diri sendiri... sumbangan tersebut sepatutnya disalurkan kepada 2 beradik yatim piatu yg kehilangan keluarga dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Duke...


Dan kali ini, pihak yg dituduh telah melakukan pecah amanah telah tampil memperjelaskan apa sebenar yg berlaku, bagi pihak dirinya... satu siri perbualan menggunakan aplikasi, dipercayai milik Faizznur dan seorang rakannya, yg telah di 'screen capture'kan turut aku kongsikan di bawah...









Sementara itu, semalam, Mahkamah Tinggi Syariah di sini telah mengekalkan perintah ex parte (sebelah pihak) untuk membekukan tiga akaun bank milik dua bapa saudara anak mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), tahun lepas.
Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz memutuskan demikian selepas menolak permohonan Hamlizar Husain, 44, dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 26, untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Mei lalu bagi membekukan sementara akaun mereka.
Pada 19 Mei lalu, ibu saudara dua kanak-kanak itu, Yusnidah Husain, 48, berjaya mendapatkan perintah membekukan akaun milik adik-adiknya itu.
Sementara itu, dua bulan kemudian iaitu pada 19 Julai lalu, Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf pula memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah berkenaan.
Dalam kejadian 2 Mei tahun lalu di Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak mereka, Nur Firuza Annisa yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri maj­lis perkahwinan di Putrajaya, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan sehingga menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan mereka.


Seperti yg pernah aku katakan, isu ini sebenarnya lebih kepada melibatkan isu dalaman keluarga... namun, ia menjadi perhatian umum bilamana ramai di kalangan rakyat Malaysia yg prihatin dan simpati telah menyumbang melalui akaun bank milik bapa saudara anak2 berkenaan... apabila timbul isu seperti ini, tentulah ramai yg mula berasa sangsi samada sumbangan mereka sampai dan dimanfaatkan seperti mereka harapkan, atau tidak...

Aku, dan pastinya rakyat Malaysia yg lain juga sangat berharap agar masalah dalaman ini dapat diselesaikan sebaik mungkin... bawalah berbincang dengan baik dan berlapang dada... janganlah dianiayai 2 anak kecil malang ini... mereka mungkin baru sahaja dalam proses pemulihan dari segi mental dan fizikal setelah terpaksa menelan hakikat bahawa kehidupan mereka selepas ini akan terpaksa dilalui tanpa belaian dan kasih sayang insan yg tersayang, yakni ibu bapa dan adik mereka... kita sebagai waris, jangan la pula ditambahkan lagi tekanan mental dgn isu2 seperti ini... takut nanti, jika hal ini berlarutan, yg akan menjadi mangsa keadaan adalah mereka...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama