Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Bukan Najib, Tapi Tun Mahathir Yang Mahu Anwar Ke Penjara Dalam Kes Liwat 2.0... Dan Tun M Telah Pergunakan 'Mereka2' Ini Untuk Laksanakannya... #SahabatSMB

TINDAKAN TUN MAHATHIR CAMPUR TANGAN DALAM KES LIWAT 2.0 AKAN MENGUNDANG PADAH... ANWAR TIDAKLAH SEBODOH SEPERTI YANG TUN M SANGKAKAN...


Terlebih dulu, aku mewakili seluruh team Suara Melayu Baru ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya AidulAdha dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada para pembaca yg sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan dari kami... semoga Aidiladha kali ini memberi sinar baru kepada semua dan aku mendoakan kesejahteraan, kemakmuran, keberkatan serta rezeki yg melimpah ruah daripada Allah SAW, untuk kita semua...

Tentunya, bersempena AidilAdha yg mulia ini, aku turut tidak akan melepaskan peluang untuk sama2 membantu, memeriahkan dan menghayati ibadah qurban yg dianjurkan oleh komuniti tempat aku tinggal... tak dapat dinafikan, betapa cantiknya syariah Islam yg akan tetap berjaya menyatukan umatnya, selagi mana masing2 masih kuat istiqhomah berpegang pada syahadah yg sama... sekalipun berbeza prinsip serta pegangan duniawi...

KORBAN... menyerahkan segalanya, atau hilang segalanya... dan, dalam sebuah perjuangan yg hakiki, pasti akan ada yg akan menjadi korban... soalnya, untuk apa pengorbanan itu perlu dilakukan? Adakah ianya untuk kelestarian perjuangan, atau hanya untuk survival serta kepentingan diri sendiri? Dalam politik, susah kita nak jumpa seorang pejuang yg akan sanggup korbankan diri sendiri untuk manfaat parti yg diwakili, melainkan jika terpaksa atau dipaksa... yg banyak dan sentiasa berlaku adalah mengorbankan orang lain dan dijadikan batu pemijak untuk dia melangkah lebih jauh...

Senario politik negara hari ini sudah banyak berubah dan menjadi semakin mencabar... sudah banyak perkara yg berlaku hari ini sebenarnya berada di luar kotaj pemikiran kita... rasional seperti mustahil, tapi realitinya, itulah yg berlaku... satu ketika, siapa sangka akan dapat melihat Tun Mahathir akan bersalaman dengan seteru kuatnya, Anwar Ibrahim... malah, tidak siapa juga dapat menjangka org2 seperti Muhyiddin dan Mukhriz, yg selama ini mengaku berdarah UMNO, tetapi akhirnya telah mengubah haluan, lebih teruk lagi, sedang berusaha untuk menjatuhkan institusi UMNO keseluruhannya...

Dalam artikel sebelum ini, aku telah memperjelaskan gambaran secara umum, bagaimana Tun M boleh berubah fikiran dan bergegas mendapatkan Anwar... aku turut dedahkan pihak yg akan beroleh manfaat paling besar jika segala yg Tun M rancangkan menjadi kenyataan... maksud menjadi kenyataan adalah mesti terlebih dulu berjaya menumbangkan kepimpinan YAB DS Najib Bin Tun Abd Razak sekaligus menjatuhkan pentadbiran kerajaan UMNO BN... jika ini gagal, beerti, sejauh manapun kejayaan perancangan Tun M, IA TETAP DIANGGAP GAGAL...


Persoalannya sekarang, adakah Tun M akan berjaya mendapatkan sokongan daripada Anwar, sepertimana yg telah dirancang... aku tertarik melihat wajah Anwar pada ketika melihat kehadiran Tun M di mahkamah dan ketika Tun M menghulurkan salam... wajah Anwar yg begitu sinis dapt dilihat di sebalik ketenangan yg cuba diekspresikan... tentunya dalam hati Anwar sedang menjerit, "NAH KAU ORANG TUA KUTUK... AKHIRNYA KAU DATANG MENYEMBAH KAKI AKU... PTTUUIIIHHH!!!"

Anwar tahu, bilamana seekor ular tiba2 menjengah, jika tidak mematuk, paling tidak dia akan membelit... apa yg mungkin Anwar boleh lakukan sekarang adalah, mencari seruling sakti, meniupnya dgn harapan untuk melihat sang ular menari mengikut rentak serulingnya itu... memang sukar, tp paling tidak, inilah peluang yg ditunggu-tunggu tambahan pula ia datang secara bergolek...

Persetankan tentang kemungkinan keikhlasan yg ada pada Tun M bilamana beliau menghulurkan salam kepada Anwar... Tun M tak pernah mengakui apa jua kesilapannya, jauh sekali untuk mengatakan bahawa segala tuduhan yg dibuat ke atas Anwar selama ini adalah bohong semata-mata... jika tidak, masakan Tun M enggan mengikhtiraf atau menerima agenda reformasi yg diperjuangkan oleh Anwar, serta menolak syarat Anwar yg mahukan agenda reformasi disertakan di dalam Kempen Selamatkan Malaysia kelolaan Tun M... kehadiran Tun M kononnya sbg tanda sokongan beliau terhadap usaha penentangan ke atas Akta MKN yg kerajaan perkenalkan...

Memang hebat permainan politik persepsi dan spekulasi cetusan Tun M... Tun M tahu apa yg perlu dipamerkan kepada khalayak dan pada masa yg sama akan beroleh manfaat lain yg lebih menguntungkan dirinya... agak janggal apabila Tun M sedia dilihat seolah sedang turun melutut untuk menjilat ludahnya, hanya untuk menyatakan sokongan menentang MKN! Bukankah lebih baik jika Tun M nyatakan sokongan tersebut melalui kenyataan media yg memang beliau sendiri sangat gemari? Ya, itulah sebenarnya yg Tun M mahu rakyat nampak... rakyat nampak seperti Tun M sudah sedia menginsafi segala keburukan yg pernah Tun M lakukan kpd Anwar, dan rakyat juga akan nampak seperti Anwar sendiri sudah sedia untuk mengampunkan segala kesalahan Tun M terhadap dirinya... dan Tun M mengharapkan agar rakyat khususnya mereka yg pernah bersimpati kpd Anwar akan mula menerima dan menyokong apa yg sedang dilakukannya sekarang... matchai2 pun mula dikerah untuk memainkan skrip yg berkisar kpd penyatuan silaturrahim kononnya ke arah kesejahteraan negara...


Adakah Anwar akan menerima kehadiran Tun M kali ini dengan rela hati? Tiada ungkapan maaf dari Tun M, tiada tanda2 penyesalan, awal2 lagi sudah menolak agenda reformasi dan belum apa2 lagi sudah menjadi bahan dipergunakan untuk tujuan publisiti murahan Tun M... Anwar tak pernah dan tak mungkin akan dapat melupakan segala yg pernah Tun M lakukan terhadapnya... kesannya bukan saja ditanggung oleh Anwar, malah lebih berat lagi yg telah dipikul oleh keluargannya, terutama Datin Seri Wan Azizah...

Memang benar, Tun M lah yg bertanggungjawab mengangkat dan kemudian meletakkan Anwar di kedudukan yg begitu tinggi di dalam UMNO dan kerajaan, dalam tempoh yg sgt cepat... Anwar yg sudah dikenali sejak berjuang bersama ABIM, diserap masuk ke dlm UMNO oleh Tun M, kononnya bg mengelakkan drpd Anwar menyertai PAS... tentunya Anwar bukanlah bodoh untuk menyertai parti yg ketika itu di kedudukan yg lemah seperti PAS... tujuan Tun M menarik Anwar sebenarnya bukanlah untuk Anwar, tetapi lebih kepada untuk kepentingan dan survival politik Tun M sendiri...

Tun M mengambil alih tampuk kepimpinan negara, menjadi Presiden UMNO dan PM Malaysia setelah berjaya memberi tekanan ke atas Tun Hussein Onn menggunakan Suleiman Palestin hingga memaksa Tun Hussein berundur... pada ketika Tun M melangkah ke kerusi no 1, tidak boleh tidak Tun M terpaksa membawa bersama sekurang-kurangnya 2 lagi nama yg boleh memberi ancaman terhadap kepimpinannya... mereka adalah Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam... kedua-dua mereka mempunyai kebolehan dalam kepimpinan dan ekonomi yg tidak kurang hebat, malah mempunyai pengaruh yg agak kuat dari akar umbi, khususnya Ku Li yg juga merupakan kerabat istana... di awal pentadbiran Tun M, sememangnya nama Double M (Mahathir - Musa) menjadi sanjungan, namun Tun M sedar ia tak mungkin dapat bertahan lama...

Pertama, kerana Tun M sedar Ku Li sedang memerhati, apatah lagi apabila Tun M seolah cuba untuk membenam Ku Li ke bawah apabila beliau mula mengambil alih pengurusan kewangan parti, termasuk kementerian kewangan untuk diserahkan kpd proksi kuat Tun M, Tun Daim... pada masa yg sama, sudah mula nampak tanda2 ketidakpuasan hati di dalam diri Musa Hitam terhadap kepimpinannya... Tun M mula mencatur strategi baru, dengan mengambil kira kemungkinan terbesar yg boleh berlaku dan paling mengancam kedudukannya, dan ia adalah sekiranya Ku Li dan Musa Hitam bergabung menentangnya... satu strategi politik yg perlu kita tahu, bagaimana untuk meneutralizekan kekuatan 2 pihak musuh yg berbeza, yg bergabung untuk menjatuhkan kita... caranya, membawa masuk pihak ke 3 ditengah-tengah dan menggunakannya sebagai benteng... di sini, Tun M telah mempergunakan Anwar sbg pihak ke 3 dan mula mempersiapkan Anwar untuk menjadi bentengnya apabila gabungan Ku Li - Musa benar2 berlaku...

Dan tahun 1987, ianya memang benar2 berlaku... walaupun Tun M boleh dianggap sebagai sudah bersedia, menggunakan Anwar dan Angkatan Belianya, namun, kemenangan yg Tun M perolehi bukanlah satu yg membanggakan... dengan undi yg sangat tipis, membuktikan hampir separuh daripada ahli UMNO sebenarnya sudah menolak kepimpinan Tun M... Tun M mungkin bernasib baik kerana pada ketika kedudukannya dicabar, dia merupakan penyangdang jawatan dan tentunya akan menggunakan semaksimum mungkin kuasa yg ada untuk pastikan dirinya dapat bertahan... namun, signal yg telah ahli UMNO berikan memaksa Tun M melakukan sesuatu yg drastik, maka pengharaman yg menjadi sejarah hitam UMNO telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Tun M untuk menyusun semula kekuatannya di dalam UMNO...


Pasca penubuhan UMNO Baru, yakni dari 1988 hingga 1993 merupakan tempoh untuk mengumpul dan memperkukuhkan kekuatan... kekuatan parti dan kekuatan diri... Tun M memastikan kedudukan dan kuasanya kekal selamat dengan cara memperkenalkan perlembagaan parti yg baru di mana syarat untuk layak bertanding ke satu2 jawatan diperketatkan... hampir mustahil, tetapi tidak mustahil... dengan syarat2 yg baru ini, Tun M dapat memantau setiap pergerakan dan tindak tanduk pemimpin bawahannya... tidak terkecuali, Anwar Ibrahim... agak mustahil, untuk mana2 pemimpin yg bercita-cita tinggi dapat menyembunyikan langkah strategi mereka, terutama dari pengetahuan Tun M... dan ini memberi kelebihan kpd Tun M untuk lebih bersedia... dan apabila Tun M memilih Tun Ghafar Baba sebagai org no 2 sepanjang tempoh 1988-1993, secara tak langsung menjadi benteng Tun M... Tun M tahu yg Tun Ghafar tidak bercita-cita tinggi dan tak mungkin akan menentangnya...

Dan pada masa sama, jika ada mana2 pemimpin lain yg bercita-cita untuk mendapatkan kerusi no 1, terlebih dulu mereka perlu menduduki kerusi no 2... pada ketika inilah Tun M mula menyedari akan cita2 besar Anwar... Anwar sudah mula mengatur langkah untuk pergi ke kerusi no 2... Tun M cuba mengacah pada peringkat awal konon dengan menyatakan sokongan kepada pemimpin sedia ada, yakni Tun Ghafar, untuk melihat sejauh mana kesungguhan Anwar mahu mencabar Ghafar... terbukti, Anwar sudah bersedia, malah sudahpun berjaya mempengaruhi sebahagian besar UMNO2 Bahagian di Sabah yg sepatutnya menjadi fix deposit bg Tun Ghafar... kesungguhan ini adalah sesuatu yg Tun M tidak jangka, menyebabkan kemudiannya Tun M terpaksa berlagak neutral dan menyerahkan kpd kebijaksanaan perwakilan untuk memilih... tanpa sokongan terbuka daripada Tun M, bermakna penamat buat Tun Ghafar... Tun Ghafar sedar tak mungkin dia dapat menahan gelombang Anwar, menyebabkan akhirnya memaksa Tun Ghafar sendiri yg berundur...

Kesungguhan yg Anwar tunjukkan telah menyedarkan Tun M bahawa selepas ini giliran dirinya pula akan menimpa nasib yg sama seperti Tun Ghafar... adakah Tun M melatah? Tidak... rupanya ada sesuatu dalam simpanan Tun M yg akan Tun M gunakan apabila tiba masanya... pada ketika Anwar sedang sibuk mengejar jawatan no 2 parti, rupa-rupanya Tun M sudah menerima satu maklumat penting yg sangat berharga tentang diri Anwar... ya, Anwar rupanya merupakan seorang pengamal seks songsang atau biseksual yg cenderung kpd kedua-dua pihak, perempuan dan juga lelaki...


Apa yg perlu Tun M lakukan adalah cuba untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat serta bukti yg kukuh tentang tabiat songsang Anwar, dan kemudian bersedia untuk menggunakannya, apabila tiba masanya... siapakah yg dipertanggungjawabkan untuk tugas yg sebesar ini? Berdasarkan keterangan yg diberikan di mahkamah dalam pendakwaan kes Liwat 1.0, Tun Hanif Omar, mantan Ketua Polis Negara mengaku telah menyediakan satu laporan siasatan setelah diarahkan oleh 'pihak atasan'... laporan tersebut disediakan sebelum beliau bersara yakni sekitar tahun 1994... Menurut Tun Hanif, beliau telah mengambil masa beberapa tahun kebelakangan ini untuk menyediakan laporan tersebut... beberapa tahun bermakna hal ini sudah dalam pengetahuan dan pemerhatian Tun M sejak sebelum Anwar berjaya mengambil alih kerusi no 2 dari Tun Ghafar lagi...

Menjelang pemilihan tahun 1998, seperti dijangka, Anwar sudah memulakan langkahnya untuk mencabar Tun M... dan seperti yg telah aku nyatakan di awal tadi, sebarang gerakan yg cuba dilancarkan tidak mungkin dapat disembunyikan... kerana, untuk melayakkan Anwar bertanding jawatan Presiden, Anwar perlu memperolehi sekurang-kurangnya 52 pencalonan dari UMNO Bahagian... untuk itu, Anwar perlu terlebih dulu pastikan orang2nya dapat menguasai UMNO2 Bahagian yg disasarkan, kerana mereka inilah yg akan mencalonkan Anwar ke jawatan Presiden... tentunya Tun M tidak akan terlepas pandang dalam setiap pertandingan yg akan berlaku di peringkat bahagian... apa yg Tun M dapat simpulkan ketika itu, Anwar mempunyai peluang yg sangat cerah untuk memenuhi kuota pencalonan dan ini sekaligus meletakkan Tun M di kedudukan yg sangat tidak selamat... bermakna Tun M tidak ada pilihan lain, selain terpaksa memecat Anwar dan menjadikan isu Liwat 1.0 sebagai penyebab utama...

Pemecatan Anwar telah menyelamatkan kedudukan Tun M... walaupun terpaksa berdepan dengan kebangkitan rakyat ketika era reformasi, namun pada akhirnya Tun M tahu bagaimana cara untuk memenangi hati rakyat semula, dan sekaligus melupakan kejahatannya... menangi hati pengundi Melayu dgn cara menggunakan sentimen bangsa, dan pertahan pengaruh orang Cina dgn cara melepaskan sedikit kuasa ekonomi kpd mereka... hasilnya, Tun M berjaya menghakis pengaruh Anwarisme dan sekaligus dapat mempertahankan mandat kjaan dalam PRU 10...

Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahan negara sekitar 2002... Pak Lah boleh lah dianggap sebagai seorang bidan terjun yg bernasib baik kerana berada ditempat yg betul pada masa yg tepat, walaupun pada satu ketika imej Pak Lah telah terpalit apabila turut dilabel sebagai 'Team B' yg menyokong gabungan Ku Li - Musa... namun, Pak Lah diberi peluang kedua untuk menduduki barisan kabinet, walaupun sebelum itu telah direhatkan sepenggal... dan dengan tersingkirnya Anwar, maka ia telah membuka laluan mudah untuk Pak Lah mengisi kekosongan yg telah Anwar tinggalkan...

Permulaan Pak Lah boleh dianggap sebagai permulaan yg gemilang... hasilnya, Pak Lah berjaya mencatat kemenangan bergaya dgn majoriti 2/3 kerusi parlimen dalam PRU 11 tahun 2004... malangnya, kemenangan itu bukanlah satu yg boleh Pak Lah banggakan... memang benar, Pak Lah memiliki kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, tetapi tidak mempunyai kuasa penuh ke atasnya... kuasa sebenar meliputi kuasa politik dan kuasa ekonomi masih lagi di bawah kawalan Tun M... Pak Lah hanya diberi sebuah bilik yg hebat, tetapi kuncinya masih dipegang oleh Tun M... bermakna, Pak Lah perlu mengikut kehendak Tun M dalam setiap tindakan dan keputusannya... malah, untuk menghadapi PRU 11 pun, Pak Lah perlu mengadap Tun M untuk mendapatkan dana bg membiayai jentera parti, dan hanya sekitar RM1.5 bil sahaja yg Tun M bekalkn kpd Pak Lah...

Menyedari akan hal itu, Pak Lah perlu memcari jalan sendiri bagaimana untuk menjana sumber dananya sendiri... Khairy yg ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, Kamal, Kalimullah, Patrick Lim dan beberapa org lagi telah ditugaskan oleh Pak Lah untuk mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah dana... pada ketika inilah muncul idea untuk mendapatkan khidmat Anwar... Pak Lah tidak ada sebarang masalah dengan Anwar, dan secara logiknya, tidak ada sebab untuk Anwar memusuhi Pak Lah... maka Pak Lah membuat keputusan untuk membantu Anwar bagi mendapatkan pembebasan lebih awal dari sepatutnya, dengan harapan Anwar akan menghargainya dan membantunya..


Malangnya, sangkaan Pak Lah jauh meleset... melepaskan Anwar tak ubah seperti melepaskan seekor anjing yg tersepit... Anwar rupanya jauh lebih jahat daripada apa yg disangka... Anwar telah cuba mepergunakan keikhlasan Khairy yg telah membantunya sehingga menjatuhkan imej dan reputasi Khairy... hal inibtelah membangkitkan kemarahan Tun M... Tun M mula menganggap bahawa Pak Lah sudah cuba untuk membelot dan membelakanginya... dan ini bermakna Pak Lah mesti dijatuhkan... bagi Pak Lah, umpama jatuh ditimpa tangga, sudahlah terpaksa berdepan dengan kemarahan Tun M, tak semena-mena terpaksa pula menghadapi seekor anjing liar yg baru sahaja dilepaskan dari kandangnya...

Akibatnya Pak Lah terpaksa terima hakikat dalam PRU 12 tahun 2008 apabila UMNO BN telah mencatatkan kegagalan terbesar termasuk kehilangan 5 buah negeri ke tangan pembangkang... sekarang hanya tinggal 2 pilihan untuk Pak Lah, berusaha mempertahankan kerusinya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri, dan secara tak langsung turut memperjudikan kedudukan menantunya di dalam Pemuda, atau, sedia berundur secara baik, menyerahkan tampuk kepimpinan kpd Najib dan dalam masa yg sama cuba mendapatkan jaminan daripada Najib agar dapat membantu mempertahankan kedudukan Khairy di dalam Pemuda, sebagai balasan... akhirnya Pak lah memilih pilihan kedua, kerana memang inilah sifat sebenar seorang bapa... sepertimana yg Tun M cuba tunjukkan melalui Mukhriz...

Najib mengambil alih bermula 2008... sehingga ke saat dia mendapat jawatan no 1 negara pun, Najib masih berjaya mengekalkan watak yg dimainkan... Tun M mengumumkan untuk menyertai semula UMNO sebaik sahaja Najib mengambil alih kepimpinan, selepas beliau keluar ketika cuba untuk menjatuhkan Pak Lah... ini jelas membuktikan betapa Tun M begitu under estimate, memandang rendah keupayaan Najib dan menganggap Najib hanyalah budak hingusan yg mudah untuk disepak terajang... Tun M bertemu Najib sebaik peralihan kuasa dengan membawa set senarai, apa yg boleh, apa yg tak boleh Najib lakukan selama bergelar Presiden UMNO dan Perdana Menteri...

Aku boleh membayangkan betapa sinisnya wajah Najib ketika menerima arahan dari Tun M... "Orang tua ni belum kenal lagi siapa anak Tun Razak..." puluhan tahun, sejak Najib bergelar MB Pahang, Najib sentiasa tampil low profile dan sentiasa cuba mengelak dari memasuki mana2 radar yg berisiko tinggi... imej budak hingusan itulah yg telah membawa Najib di kedudukan hari ini... sebaik menerima amanah drpd Pak Lah, bermula dari detik itu, Najib sudah tahu apa yg perlu dilakukannya...

Bagaimana Anwar boleh kembali ke penjara?

Satu perkara yg Anwar tak boleh nafikan adalah, musuh sebenar yg telah menjatuhkan Anwar sebenarnya adalah apa yg berada di dalam seluarnya... tidak ada apa2 konspirasi atau plot untuk naikkan nafsu Anwar pada ketika dia memilih untuk meliwat Saiful... dan apabila kesalahan itu memang benar berlaku, maka akan ada pihak kemudiannya akan menggunakannya untuk menyerang Anwar...


Banyak pihak cuba untuk menyalahkan Najib dengan cuba untuk menjatuhkan Anwar menggunakan kes Liwat 2.0... harus diingat, Saiful mula2 mengemukakan laporan polis tentang tuduhan dirinya diliwat oleh Anwar pada sekitar pertengahan bulan Jun 2008... pada ketika ini, Najib masih belum bergelar Perdana Menteri... dan yg lebih penting lagi, berbeza dgn kes liwat 1.0, kali ini mangsa iaitu Saiful Bukhari sendiri telah tampil sebagai pengadu yg mana pada ketika ini Saiful merupakan salah seorang kakitangan yg bekerja secara rapat di bawah Anwar... Saiful tidak mengambil masa terlalu lama untuk membuat aduan, hanya selang beberapa hari selepas kali terakhir dirinya diliwat... agak tidak munasabah untuk mengatakan Saiful menggunakan 'beberapa hari' itu untuk berkomplot dgn Najib mahupun org di pihak kjaan UMNO BN... namun, satu perkara yg tidak boleh ditolak, Saiful mungkin telah mendapatkan nasihat dari pihak tertentu yg rapat dengannya... dan pihak tersebut merupakan orang yg ada di sekelilingnya pada ketika itu, yg juga merupakan org2 dari PKR sendiri... Siapa? Mungkin Azmin ada jawapannya... apapun, yg pasti, kejadian liwat itu memang benar2 berlaku.., bermakna, samada ada atau tidak sebarang konspirasi dalaman yg mahu menjatuhkan Anwar, Anwar tetap telah melakukan kesalahan liwat ke atas Saiful...

Berbeza dengan kes liwat 1.0... pada ketika ini, Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia... sukar sekiranya ada mangsa yg bercadang mahu mengemukakan aduan kpd pihak berkuasa, tentunya Anwar dari awal lagi akan mengarahkan konco-konconya mencantas tindakan tersebut... malah, Umie Hafilda, kakak kpd Azmin Ali pernah mengemukakan aduan secara bertulis kpd Tun M yg ketika itu merupakan PM Malaysia... malangnya, Umie Hafilda telah diusir keluar... bukan kerana Tun M tidak mahu mendengar, tetapi Tun M tidak mahu siasatan yg telah pun berjalan secara sulit ke atas Anwar, seperti yg telah Tun M arahkan akan terganggu disebabkan surat Umie Hafilda ini... Tun M tahu, jerat tidak pernah melupakan pelanduk, lambat atau cepat jerat pasti mengena... akhirnya, Tun M sendiri yg telah membongkar isu tersebut, dan kemudian satu persatu mangsa liwat Anwar telah dipanggil untuk menjadi saksi pendakwaan... bermakna Tun M paa ketika ini benar2 dalam keadaan cukup bersedia untuk menyingkirkan Anwar...


Kes Liwat 2.0 telah dibicarakan di Mahkamah Seksyen, dan keputusannya, Anwar telah didapati bersalah... peguam Anwar kemudiannya memohon agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi... di peringkat ini, peguam Anwar berjaya mengemukakan keraguan terhadap bukti sampel milik Anwar yg diperolehi dari tubuh Saiful... keputusan mahkamah tinggi telah membebaskan kesemua pertuduhan ke atas Anwar... sepanjang tempoh perbicaraan ini, Najib hanya mengikuti perkembangan dari jauh, dan lebih memberi tumpuan untuk menghadapi PRU13... Najib tentunya cuba untuk mengelak daripada mencampuri urusan mahkamah kerana ia hanya akan merugikan Najib...

Di pihak Tun M, pada ketika ini, Tun M sudah mula menyimpan curiga terhadap kesetiaan Najib kpd dirinya... beberapa keputusan yg tidak popular yg dibuat oleh Najib jelas membelakangi kehendaknya... ini termasuklah isu melibatkan Jambatan Bengkok, pengambilalihan beberapa syarikat milik taikun Tun M, menghapuskan dasar yg telah Tun M perkenalkan, samada dasar kerajaan mahupun dasar parti dan beberapa perkara lain lagi... kemuncaknya adalah apabila Najib berjaya memperoleh dana politiknya sendiri dari sumber yg tidak ada kaitan dgn Tun M... sesuatu yg di luar jangkaan Tun M... hal ini sangat merisaukan Tun M kerana ini menunjukkan bahawa Najib tidak bergantung kpd Tun M, dan ini bermakna Tun M hilang kawalan ke atas Najib...

Dan apabila Mahkamah Tinggi mmbebaskan Anwar, tentunya ini akan lebih merisaukan Tun M... perlu diingat, Najib pernah menjadi Naib Ketua Pemuda ketika Anwar memegang teraju pemuda... begitu juga dengan Zahid, yg memang dikenali sbg org yg pro kepada Anwar... ini beerti, pada bila2 masa yg memerlukan, ketiga-tiga pihak ini boleh menjalin apa jua bentuk kerjasama... jika ini berlaku, bermakna peluang Tun M untuk meletakkan Mukhriz di kedudukan yg tertinggi mustahil boleh dicapai... keputusannya, Anwar mesti disumbat ke penjara walau dgn apa cara sekalipun...


Saiful yg kalah di Mahkamah Tinggi kemudiannya telah menfailkan rayuan untuk didengari di Mahkamah Rayuan... pada ketika inilah, Tun M mula memainkan peranan dgn mengarahkan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Ghani Patail yg memang dikenali sebagai orang kuat Tun M agar memberi perhatian terhadap kes Liwat 2.0 ini... rayuan Saiful diterima, malah Tun M juga turut mengarahkan agar Ghani mengekalkan Datuk Seri Shafee Abdullah sebagai Ketua Pendakwaraya, yg memang dikenali sebagai musuh ketat Anwar... seorang hakim yg dipercayai mempunyai hubungan dgn keluarga Anwar turut digugurkan... manakala pihak pendakwaraya berjaya meyakinkn hakim mahkamah rayuan supaya menerima bukti padanan sampel DNA yg diperolehi drpd lokap tahanan Anwar, walaupun secara tidak sah... akhirnya, Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan bersalah seperti yg telah diputuskan oleh Mahkamah Seksyen...


Anwar kemudiannya telah menggunakan peluangnya yg terakhir untuk mengemukakan rayuan dan dibwa ke peringkat tertinggi dalam sistem perundangan negara, iaitu Mahkamah Persekutuan... dan keputusannya, seperti yg kita ketahui, Anwar telah didapati bersalah dan hukuman penjara dikekalkan...

Pada ketika ini, isu 1MDB sudah mula dibangkitkan oleh Sarawak Report... Tun M mungkin sudah menarik nafas lega pada masa itu, kerana pada pandangannya, peluang Najib untuk bekerjasama dgn Anwar sudah tertutup... bermakna peluang Mukhriz kembali cerah... tetapi, apa yg Tun M rancang satu persatu tidak menjadi kenyataan... malah peperangannya terhadap Najib telah berlanjutan melangkaui drpd apa yg dia sangkakan...

Akhirnya, Tun M sendiri, Mukhriz, Muhyiddin yg tersingkir dari kejaan dan UMNO... meletakkan mereka sebagai sebahagian drpd blok pembangkang, dan tentunya setaraf dgn Anwar sendiri... Anwar memang kenal sangat dgn Tun M... begitu juga Najib yg cukup memahami politik Tun M... mereka cuba mengatakan bahawa kehebatan politik Najib adalah disebabkan Najib juga merupakan murid Tun M dan beliau belajar drpd Tun M... tapi bagi aku, Najib bukan sahaja belajar dari Tun M, malah Najib juga mengkaji politik Tun M, meneliti setiap strategi, selok belok, kekuatan dan kelemahan yg ada dalam setiap langkah Tun M... ini lah yg menjadikan Najib lebih hebat dari Tun M, dan Tun M telah terlepas pandang akan hal ini...






Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama