Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Special Internal Task Force (SITF) Ditubuh Tanpa Kelulusan Kabinet... Untuk Siasat WSJ, Atau Sebenarnya Untuk BOCOR MAKLUMAT??? #SahabatSMB

'SPECIAL TASK FORCE' SUDAH DIBENTUK, SEDANGKAN PERKARA YANG PERLU DISIASAT MASIH BELUM WUJUD... ATAU SEBENARNYA, MATLAMAT TASK FORCE INI ADALAH UNTUK PASTIKAN KES ITU WUJUD!!!


Trio Tan Sri - bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz - menarik nafas lega apabila Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa siasatan laporan polis Khairul Azwan Harun kini telah ditutup (dan ditanda NFA atau Tiada Tindakan lanjut).

Secara tak langsung, Azwan telah berjaya mengikat 3 tengkuk dengan hanya 1 tali... laporan yg ditutup atau dgn istilah No Futher Action (NFA), bukan beerti kes tersebut dibuang, atau seperti Azwan menarik balik laporan polis... pada bila2 masa, pihak polis boleh membuka kertas siasatan hanya berdasarkan laporan polis yg dibuat oleh Azwan tempohari... bermakna, trio Tan Sri ini mungkin hanya boleh menarik nafas lega buat seketika, walau dalam keadaan tercungap-cungap...

Apabila Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa polis akan menyiasat laporan yg dibuat oleh Azwan, ia secara tak langsung telah menghantar isyarat panik kepada kumpulan Anti-Najib terutama kepada trio Tan Sri serta Tun Mahathir sendiri... tambahan pula bilamana Azwan dgn begitu yakin mengaku mempunyai asas yh sangat kukuh untuk mengemukakan laporan tersebut... pertama, trio TS ini sendiri tidak dapat mengagak sekukuh mana asas yg Azwan maksudkan... dan kedua, yg paling merisaukan mereka adalah, kertas siasatan yg akan dibuka tentunya akan dibuat dengan teliti dan menyeluruh dan sudah tentu banyak kisah2 silam yg akan kembali dibuka... dan bagi mereka yg memang berada dalam kedudukan bersalah, siasatan polis seperti ini mesti perlu dielakkan, walau dengan apa cara sekalipun... apatah lagi mereka kini sudah tidak lagi menjawat jawatan penting, yg selama ini telah mereka pergunakan untuk menyelamatkan diri masing2...


Realitinya, banyak isu2 yg melibatkan trio TS masih kekal tidak terjawab... umpama ikan yg berenang terapung di permukaan, tidak cukup dalam untuk ia bersembunyi, dan pada masa sama, tali pancing juga tidak cukup panjang untuk menangkap ikan tersebut... bijaknya Azwan, dia hanya membiarkan ikan itu kekal berenang di permukaan, walaupun sebenarnya, mata kail sudahpun terbenam dalam perut ikan tersebut... walau sedalam mana ikan itu cuba berenang nak melarikan diri, Azwan hanya perlu menarik rodnya dan ikan itu akan kembali ke permukaan...

Bagi trio TS ini, jika kertas siasatan sudah mula dibuka, besar kemungkinan, satu pasukan khas siasatan akan dibentuk untuk hanya memberi fokus tentang laporan ini semata-mata memandangkan ia melibatkan satu tuduhan yg berat yakni konspirasi menjatuhkan kerajaan yg dipilih secara sah... tambahan pula, apabila Mukhriz sendiri telah mengaku bahawa matlamat utama mereka adalah untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, manakala Tun M pula secara terbuka, beberapa kali menyatakan bahawa beliau sanggup melakukan apa saja untuk menggulingkan PM, termasuk melalui demonstrasi jalanan dan huru hara jika perlu...

Malah, jika dilihat kembali, Tun M juga pernah mengakui bahawa mustahil untuk menjatuhkan Najib dengan jalan demokrasi, maka tentunya jalan yg menjadi pilihan Tun M bukan lagi secara demokrasi, sambil menjadikan tragedi 'Arab Spring' sebagai contoh... dan untuk menjayakan agenda ini, Tun M awal2 lagi sudahpun menghulurkan tangan meminta campurtangan asing, termasuk dari negara yahudi, yakni Amerika Syarikat...

Andai siasatan dibuka dan satu pasukan khas ditubuh oleh PDRM, maka sudah tentu satu persatu tembelang pengkhianatan mereka terhadap keeajaan dan negara akan terbongkar, tak mungkin dapat dibendung lagi... pembongkaran ini pasti kemudiannya akan menjurus kepada asal lubok durjana yg menghimpunkan barisan pengkhianat2 negara berprofil tinggi...

Siapakah mereka???

Ramai yang mungkin tidak tahu atau terlepas pandang... satu 'Special Internal Task Force' telah diwujudkan dgn alasan untuk menyiasat isu melibatkan 1MDB... Ia ditubuhkan sekitar bulan Mei 2015 TANPA MENDAPAT KELULUSAN KABINET.., di bawah adalah kenyataan akhbar yg dikeluarkan oleh Special Internal Task Force ini pada 7 Julai 2015...


Menurut sumber, Special Internal Task Force (SITF) ini memberi alasan bahawa faktor pembentukannya antara lain adalah sebagai satu respon kepada laporan demi laporan yg mula didedakan oleh Wall Street Journal (WSJ) berkenaan 1MDB yg bermula pada awal Julai 2015, yakni sekitar masa kenyataan media ini dikeluarkan...

MENARIKNYA... BAGAIMANA SITF BOLEH DITUBUHKAN PADA BULAN MEI 2015, JIKA SERANGAN PERTAMA WSJ HANYA BERMULA PADA AWAL JULAI 2015? Adakah SITF sudah mengetahui 2 bulan lebih awal berkenaan serangan persepsi yg akan WSJ cetuskan ke atas 1MDB?

Dan persoalan yg lebih penting, adakah benar penubuhan SITF ini adalah untuk menangani serangan WSJ? atau sebenarnya LEBIH KEPADA MEMBANTU serangan WSJ? pertama, ia ditubuhkan tanpa kelulusan kabinet, dan kedua, ia wujud 2 bulan lebih awal sebelum WSJ memulakan laporan berkenaan 1MDB...

Dalam siri laporan WSJ, mereka kerap menggunakan istilah 'menurut sumber yg rapat dengan siasatan'... memandangkan ketika WSJ memulakan pendedahan, memang SITF ini sudah wujud, tanpa kelulusan kebinet pula, jadi, tidak mustahil sumber yg WSJ maksudkan datang dari kumpulan SITF ini... apatah lagi SITF ini dianggotai oleh pegawai2 tertinggi dalam agensi masing2 termasuk SPRM, BNM dan AG, ditambah pula skop siasatan tentunya melibatkan pelbagai dokumen2 sulit serta maklumat2 rahsia lain...

Cuma, tidak dapat dipastikan samada keseluruhan struktur SITF ini terlibat dalam pembocoran maklumat kpd media asing, atau SITF sebenarnya telah dipergunakan oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab untuk mengumpulkan segala maklumat sulit berkenaan 1MDB, dan kemudian pihak yg tidak bertanggungjawab itu akan menyalurkan maklumat sulit yg telah SITF kumpulkan kpd media asing utk digunakan bg menyerang 1MDB, tanpa pengetahuan anggota SITF yg lain...

Aku tidak bermaksud mahu menyalahkan seluruh struktur SITF ini, kerana apabila bercakap tentang pembocoran maklumat, cukup dengan hanya seorang dua yg bermulut tempayan membocorkannya... cuma, setelah melihat kpd perkembangan senario isu ini hari ini, maka satu persatu cebisan puzzle yg sebelum ini berselerak sudah mula bercantum dan terkait antara satu dgn yg lain... semakin byk puzzle ini bercantum, semakin jelas lah wajah2 yg selama ini berselindung di sebalik plot puzzle yg berselerak...


Dan sudah tentu ini sangat merisaukan mereka2 yg terlibat... sebenarnya, perkara berkenaan Special Internal Task Force ini hanyalah sebahagian drpd keseluruhan kisah dan episod konspirasi menjatuhkan Najib... banyak lagi cebisan plot yg akan terbongkar bilamana pihak polis memulakan kertas siasatan dengan bermodalkan laporan polis Azwan...

Kita belum bercakap tentang plot hingga mewujudkan kertas pertuduhan ke atas Najib... bagaimana draf pertuduhan tersebut boleh muncul, malah menurut sumber, ia sudah pun tersedia seawal sekitar Mei 2015... seolah-olah pembentukan SITF ini bertujuan untuk mengiakan draf pertuduhan yg telah tersiap s3dia, dan kemudian digunakan untuk memberi tekanan kpd Najib untuk melepaskan jawatan sbg PM...

Belum juga kita bincangkan bagaimana Abu Kassim yg merupakan bos no 1 dlm SPRM bersama dgn Zetti sebenarnya sudah mengetahui lebih awal kebenaran di sebalik isu dana RM2.6 bil... dokumen2 jelas membuktikan bahawa wang tersebut mmg dari penderma Arab Saudi, bukan dari 1MDB sepertimana tuduhan yg dicetuskan oleh beberapa pihak...

Malah ada sumber mengatakan bahawa segala selok belok perpindahan wang kpd akaun PM sebenarnya datang dari idea Zetti sendiri... bermakna, Zetti selaku Gabenor BNM telah dimaklumkan oleh penderma hasrat untuk menyalurkan wang itu, dan Zetti sendiri telah mencadangkan setiap prosedur yg perlu dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak, yakni pihak penyumbang dan pihak penerima... bermakna, memang dari awal lagi Zetti sudah tahu dari mana datangnya wang berjumlah RM2.6 bil itu...

namun, apabila muncul isu 1MDB dan dana RM2.6 bil ini, mereka seolah cuba untuk mengelak drpd menyatakan kebenaran lebih awal tetapi memilih untuk mengesahkannya kpd umum sekitar bulan Ogos 2015, seolah cuba memberi laluan kpd gelombang serangan pertama ke atas kepimpinan Najib terlebih dahulu... dan selepas gelombang pertama untuk menjatuhkan Najib melalui draf pertuduhan dan usul undi tidak percaya di Parlimen, yg berlaku pada akhir bulan Julai 2015 berjaya dipatahkan, barulah mereka tampil mengesahkan apa yg sebenarnya mmg sudah berada dlm pengetahuan mereka..

Bukankah jika bos SPRM dan BNM sahkan kebenaran kpd umum lebih awal, maka tidak perlu berlaku seperti apa yg telah berlaku ke atas Muhyiddin dan Gani Patail? Atau sebenarnya, pengesahan itu dibuat atas dasar terpaksa bagi mengelak nasib mereka seperti Gani, setelah konspirasi pertama mereka kecundang...


Dan hari ini, selepas genap setahun, setelah mereka tidak lagi berada di kedudukan berjawatan, sekali lagi mereka muncul, kali ini duduk pula bersekongkol dgn puak yg masih menuduh konon dana RM2.6 bil itu dari 1MDB... malah, mereka turut bersetuju dgn dakwaan DOJ tentang aliran wang 1MDB yg dikatakan disalahguna, sekaligus bertentangan dgn apa yg pernah mereka sahkan dahulu, malah bertentangan juga dengan perkara yg sebenarnya merupakan idea dan cadangan mereka sendiri... persoalannya, dimanakah nilai intergriti yg sepatutnya menjadi tunjang kehidupan mereka, hingga sanggup menipu bukan saja kepada rakyat Malaysia, malah kepada diri mereka sendiri?

 Mahathir memang dari awal solid berpegang dgn dakwaan konan wang 1MDB telah hilang, bukan baru, malah sejak ketika Zetti dan Abu Kassim masih berada dalam BNM dan SPRM... dan sepanjang tempoh tersebut, tidak pula mereka tampil secara terbuka menyokong dan bersetuju dgn tuduhan yg dibuat oleh Tun M... bukankah ini membuktikan bahawa semua bukti dan dokumen sebenarnya lebih memihak kpd Najib, dan tidak ada satu pun bukti yg jelas yg menyokong tuduhan Najib... Zeeti dan Abu Kassim tahu akan hal ini...

Tak perlu bagi alasan bodoh, konon takut terancam jika menyatakan kebenaran, atau takut menjadi mangsa korban jika mendedahkan perkara yg menghentam Najib... korang tu bukan MatChai cap ayam biasa, tetapi merupakan bos2 tertinggi dlm agensi masing2... mustahil Najib boleh melakukan apa2 tindakan luar jangka terhadap korang jika korang dedah perkara sebenar yg mungkin boleh menyebabkan Najib tumbang... malah sudah tentu lebih ramai rakyat yg akan tampil menyokong jika korang berjaya buktikan dengan jelas dan sahih jika memang Najib telah melakukan salah laku...

Dan hari ini, adakah korang merasa lebih kuat, lebih bersedia untuk menumbangkan Najib, setelah tidak lagi menjawat jawatan tertinggi dalam agensi2 kjaan? Jika begitu, kenapa tidak dedahkan terus segala bukti dan salahlaku melibatkan Najib kpd umum secara terbuka? Kenapa masih perlu salurkan maklumat kpd pihak luar dan kemudian membiarkan pihak luar pula yg datang menyerang Najib? Ironinya, seperti juga Gani Patail, dan Muhyiddin Yassin, sedangkan sudah duduk dalam kjaan, sudah mempunyai segenap akses, pun gagal membongkar salah laku Najib, inikan pula berada di luar kjaan... yg mampu, hanya kekal menuduh, mendakwa dan kemudian bertukar kpd menfitnah... bila ditanya bukti... yilleekkk!!!


Sebenarnya, aku tidak boleh nafikan, satu ketika, mereka pernah menjadi orang yg setia kpd kjaan, dan ikhlas dalam melaksanakan tanggubgjawab yg diamanahkan di dalam agensi masing2... mereka ini bukanlah pengkhianat yg azali... malangnya, apabila berlaku turning point... mungkin kita akan tertanya-tanya, bagaimana seorang yg mempunyai harga diri dan prinsip intergriti yg tinggi, boleh berubah hati dan sanggup bersekongkol untuk menjahanamkan negara yg telah mereka bertungkus lumus pertahankan selama ini...

Dan inilah sebenarnya kehebatan manusia bernama Tun Mahathir dan inilah kelebihan bg seorang yg pernah memimpin negara selama 22 tahun... begitu banyak talian hayat yg menjadi fixed deposit Tun M... semakin mencabar tentangan yg Tun M terpaksa hadapi, maka semakin tinggilah nilai fixed deposit yg terpaksa dipertaruhkan dan dikorbankan... yg penting, matlamat mesti dicapai walau dgn apa cara sekalipun...

Tidak ada manusia yg serba sempurna di atas muka bumi ini... dudah menjadi fitrah bahawa manusia pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa... malangnya, fitrah ini gemar disalahguna oleh Tun M... seolah menjadi kegemaran Tun M menyimpan org2 yg mempunyai sejarah silam yg hitam... org seperti ini telah pun dari awal diserap masuk di dalam kjaan sejak di zaman pentadbirannya lagi... dan mereka dibiarkan kekal dalam kjaan hingga kini dengan jawatan yg mungkin lebih tinggi dari sebelumnya...

Siapa sangka Tun M akan menyerang Najib se agresif seperti yg kita lihat hari ini... bukan saja Najib, malah trio Tan Sri ini juga tentunya tidak menyangka satu hari nanti Tun M akan mengungkit dan mempergunakan sejarah hitam mereka sebagai modal ugutan demi mencapai matlamat Tun M... dan melihatkan kepada kesanggupan trio TS ini, pergi ke US, bersekongkol dgn musuh nyata umat Islam yakni yahudi, membocorkan maklumat sulit negara kepada musuh asing dan sanggup mengkhianati negara sendiri, maka bolehlah kita bayangkan sebesar mana sejarah hitam milik mereka yg berada dalam genggaman Tun M...


Tun M berjaya meletakkan diri mereka di kedudukan 'TIADA PILIHAN'... Tentunya, jika mereka enggan akur kehendak Tun M, mereka akan berdepan dengan pendedahan yg mengaibkan tentang sejarah2 silam yg hitam yg mungkin pernah mereka lakukan... mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur, selagi mana sejarah hitam mereka boleh kekal tersembunyi... jadi, tidak hairanlah kenapa trio TS ini sanggup melakukan tindakan2 yg jelas mengkhianati negara... dan dalam masa yg sama mereka berharap dan meletakkam sepenuh keyakinan bahawa pengkhinatan yg terpaksa mereka lakukan tidak dapat dihidu oleh sesiapa...

Malangnya, apa yg diharapkan, tidak berjalan seperti yg dirancang... walaupun ada yg meletakkan kesalahan di atas bahu Tun Daim Zainuddin yg dikatakan telah memberi tips konspirasi ke pengetahuan Kader Jasin... dan kemudian Kader telah terbocorkannya melalui status FB nya, walaupun asal strategi disusun dgn begitu rapi oleh Tun M, Tun Daim dan trio TS ini, namun secara prinsipnya, sukar untuk kita menutup bau bangkai, melainkan bangkai itu ditanam menjadi mayat... lambat atau cepat, apa jua kejahatan pasti akan terbongkar jua...

Apabila Ketua Polis Negara mengumumkan terpaksa menutup siasatan terhadap laporan yg Azwan kemukakan gara2 ketiadaan bukti, tentunyalah perkembangan ini menjadi sesuatu yg paling menggembirakan trio TS... kerana seandainya kertas siasatan dibuka, disusuli pula dgn penubuhan satu pasukan siasatan khas oleh PDRM, tentunya, segala keburukan dan kejahatan, dan kemudian mengheret kepada pembongkaran segala kisah2 silam akan dapat dihidu oleh pasukan khas ini...

Akan turut terdedah milik Zetti dan keluarga termasuklah skandal matawang percetakan, skandal transaksi jual beli saham CIMB, skandal penganugerahan tender pembekalan air bersih... bagi Gani pula membabitkan isu Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca Scandal, manakala skandal AmanahRaya yg melibatkan Abu Kassim bersama dengan Rashpal Singh...


Hakikatnya, semua skandal silam yg hingga hari ini tidak terjawab  inilah telah meletakkan Tun M berkuasa penuh ke atas mereka... semua bukti2 berada dalam tangan Tun M dan ia dijadikan sebagai aset atau fixed deposit bg Tun M untuk menekan tengkok mereka... dan tak semena-mena, tali tengkok yg asalnya berada dalam tangan Tun M, kini telah berpindah tangan menjadi milik AzwanBro...



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama