Advertisement - Contact Us

[POLITIK] Ini Rupanya Anjing PENGKHIANAT Kelas Atasan... Pemuda Minta PDRM Tambat Anjing2 Ni Di Tiang... #SahabatSMB

PEMUDA UMNO DESAK PIHAK BERKUASA MENJALANKAN SIASATAN MENYELURUH... HERET ANJING2 PENGKHIANAT KE MUKA PENGADILAN...


Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menurut Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun, ketiga-tiga individu berpengaruh di negara ini dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.


Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Dalam laporannya yang juga diperolehi oleh Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.
Beliau juga mendakwa sebahagian besar maklumat dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.
Khairul menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan mengenai perkara ini.
Ditanya mengenai dokumen yang dibekalkan oleh tiga individu berkenaan, beliau berkata, akan hanya berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab.
"Terpulang kepada pihak polis," katanya apabila disoal bila maklumat berkenaan akan dikongsi.
Menjawab soalan sama ada beliau juga akan berkongsi maklumat dengan SPRM, Khairul Azwan mengulangi bahawa ia juga terpulang kepada pihak polis.
Sumber  : MeloyaKini

2 Ulasan

  1. Biadap panggil orang Anjing.... Walau salah sekali pon....apa salah guna perkataan baik sehingga terpaksa panggil biadap.

    BalasPadam
  2. Perkataan baik2, hanya untuk org yg baik... tak de dah perkataan yg habis baik yg membawa maksud seseorang yg sanggup bersekongkol dgn musuh untuk menjatuhkan sebuah kjaan yg mengangkat kalimah tauhid kpd Allah sbg yg teratas, dan menjatuhkn pemimpin yg jelas mengucap 2 kalimah syahadah...
    Diulang... BERSEKONGKOL UTK MENJATUHKAN, bukan setakat berdiplomasi atau bermuamalat...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama