Sabtu, 11 Jun 2016

VIDEO [KOMENTAR] PANAS!!! Rafizi Cuba Semarakkan Sifat PHD Dengan Isu Rosmah Menaiki Pesawat... Mungkin Ini Je Standard Pembangkang... #SahabatSMB

ABIH2, ROSMAH JUGA JADI SASARAN MAINAN PERSEPSI JAHAT OLEH RAFIZI...


Nampak sangat puak pengangkang ketandusan isu... setelah puas dikelebek dan dikorek, akhirnya cerita Rosmah juga yg cuba nak dijadikan isu... semakin lama, semakin luntur ciri2 idealistik dan progresif yg sepatutnya dimiliki oleh mereka yg bergelar pembangkang... jauh sekali nak letakkan pembangkang di Malaysia sebagai pembangkang yg bijak dan bernas...

Cerita Rosmah dan anaknya menaiki jet peribadi untuk ke Turki pun cuba nak diolah hingga membentuk satu isu, dengan cara mencipta prasangka buruk terhadap perkara yg sebenar berlaku... aku tak kata Rafizi menfitnah kali ini, cuma Rafizi cuba nak wujudkan tandatanya negatif dan persoalan yg berlandaskan pada prasangka buruk, yg dapat dihasilkan daripada video Rosmah menaiki pesawat...

Samalah seperti, Kak Limah, ahli mesyuarat tingkap cuba mewujudkan prasangka buruk kononnya anak Pak Leman mempunyai hubungan sulit dengan Pak Man Teksi, hanya kerana Kak Limah nampak anak Pak Leman menaiki teksi Pak Man ke kelas menjahit di pekan Kodiang... itu je standard isu yg Rafizi cuba bawa...
Korang tak leh samakan Rosmah dengan isteri orang lain kerana realitinya Rosmah adalah ISTERI PERDANA MENTERI, berkedudukan sebagai 'FIRST LADY' di Malaysia... sebagai First Lady, Rosmah layak mendapat pelbagai keistimewaan seperti yg telah termaktub dalam perlembagaan...


Kedua, kadar sewaan yg Rafizi dedahkan adalah mengikut jam iaitu RM15k utk 1 jam... sedangkan jet peribadi tersebut disewa selama 2 bulan memandangkan jet milik kerajaan dalam proses selenggara, tentunya kadar sewaan selama 2 bulan tidak boleh dikira mengikut jam... jet tersebut juga disewa SEBUAH, bukan mengikut sit... maknanya, terpulang kpd Rosmah untuk membawa sesiapapun sebagai teman perjalanannya, termasuklah anaknya sendiri Najwa... tanpa Najwa, mungkin hanya Rosmah seorang wanita di dalam penerbangan tersebut dan tentunya ini lebih mencetuskan persepsi buruk...

Hak priority menggunakan pesawat milik kjaan, termasuk yg disewa adalah mengikut kedudukannya dalam negara... Yg DiPertuan Agong yg utama, dan disusuli PM kemudiannya Rosmah... jika pada masa tersebut, Agong dan PM tidak memerlukan penggunaan pesawat, maka tidak ada sebab Rosmah tidak boleh menggunakan perkhidmatan pesawat tersebut...


Isu beg dibawa naik ke pesawat sebenarnya hal remeh dan bodoh... Rosmah tak perlu berhimpit dan berkongsi pesawat dgn org lain, bermakna mmg akan ada byk ruang dlm pesawat... ditambah pula fasiliti pesawat yg tentunya mewah dan serba lengkap, seperti berada di rumah, jadi lebih baik beg2 berisi barangan keperluan dibawa naik 'ke rumah'...

Soal apa yg ada dlm beg Rosmah hingga memaksa Rosmah membawa ke semuanya naik ke dlm pesawat, itu hak Rosmah... Rafizi tak perlu mewujudkan prasangka buruk seolah-olah Rosmah cuba membawa keluar wang tunai ke luar negara... seperti yg pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim menggunakan Rahim Ghouse atau seperti Mohammad Mat Taib membawa keluar wang tunai ke Australia... sekarang, kesemua mereka berada di pihak Rafizi...

Dan, Rafizi tak perlu mengajar kerajaan apa yg boleh dimanfaatkan menggunakan RM56 juta kadar yg kononnya dibayar sebagai sewaan jet tersebut... ini semua cuma satu kaedah nk mewujudkan perasaan marah dan sifat kebencian rakyat terhadap kerajaan semata-mata... tak perlulah Rafizi menggunakan sentimen PHD yg terkenal wujud di dalam masyarakat Melayu...

[Video yang didedahkan oleh Rafizi...]


Ada baiknya jika Rafizi fokus untuk selesaikan masalah rumahtangga PKR sendiri... selesaikan isu RASUAH BETINA yg memalit pemimpin PKR selangor... itu lebih utama dan itu lebih dekat dgn hak rakyat...


By Mamu Karapoley
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE