Advertisement - Contact Us

VIDEO [DEDAH] PANAS!!! 'KUALI LEPER' Tak Ubah Seperti 'Cicak Mengkarung' Apabila Bersekongkol Dengan DAP... Tu Pun Ada Hati Mengaku Memperjuangkan Islam Lebih Dari PAS... #SahabatSMB

PARTI 'KUALI LEPER' MENGAKU DASAR MEREKA LEBIH ISLAM, HINGGA KADANGKALA LEBIH DARI ISLAM YG SEBENAR...


Memasuki fasa pertengahan tempoh berkempen bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar, semakin banyak perkara2 luar jangkaan yg telah berlaku... lebih menarik lagi, apabila masing2 cuba menonjolkan diri, tetapi yg tertonjol adalah kelemahan dan keaiban diri sendiri dan parti yg diwakili...

Lebih malang apabila lawan yg terpaksa dihadapi mungkin lebih menyerlah dan pada masa yg sama tidak banyak isu sensasi yg dapat dibangkitkan untuk menjatuhkan kredibiliti pihak lawan... maka mulalah main strategi kotor...


Sepertimana parti PAN, mereka bukan saja menentang calon Barisan Nasional, dalam masa yg sama mereka terpaksa berdepan dengan bekas rakan sekutu sendiri dari PAS... tentunya ini menjadi satu cabaran yg sangat getir... manakan tidak, bilamana satu pihak telah bertindak keluar dari perjuangan, tentunya mereka perlu buktikan bahawa tindakan mereka itu tepat, malah perlu buktikan juga bahawa perjuangan mereka jauh lebih benar dari bekas sekutu mereka...


Inilah bahayanya apabila menggunakan agama untuk berpolitik... PAN dahulunya pernah bersama dengan PAS mengaku memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam... hingga ke peringkat sanggup mengkafirkan sesiapa sahaja yg tidak sehaluan dengan mereka... tuduhan kafir sudah menjadi mainan di mulut mereka... undang2 Islam yakni hukum hudud digunakan sepenuhnya oleh mereka... mereka lebih sanggup melihat perpecahan yg dasyat berlaku di kalangan masyarakat, solat 2 imam dalam 1 qaryah, memutuskan silaturrahim hingga ada di kalangan adik beradik yg memutuskan tali persaudaraan kerana politik, memulau kenduri kendara hidup mati dalam masyarakat, mengharamkan daging sembelihan dari pihak seteru dan bermacam lagi...

Hari ini, apabila PAN yg dikepalai oleh bekas Timbalan Presiden PAS sendiri, Mohamad Sabu, bertindak keluar dari PAS, bermakna mereka perlu tampil lebih baik dari PAS, dan tentunya dengan perjuangan yg lebih Islamik berbanding PAS... itu saja cara untuk menarik seramai mungkin ahli PAS untuk bersama dengan mereka...


Tentunya hal ini bukan mudah... mana mungkin mereka boleh menyerlahkan ciri2 yg lebih Islamik, memandangkan mereka masih bergantung kepada bantuan sekutu DAP mereka, yg sangat jelas menolak perjuangan Islam... mereka seolah-oleh berusaha untuk memperbodohkan rakyat dan memanipulasi fikiran rakyat... mereka tampil Islamik di hadapan rakyat yg majoriti Islam atau yg berkehendakkan kepada Islam...

Dalam masa yg sama, mereka boleh berubah wajah dalam sekelip mata dengan cuba untuk tampil mewakili sebuah parti yg lebih liberal bilamana berhadapan dengan rakyat atau masyarakat yg majoriti bukan Islam... tak ubah seperti 'pok kei' atau 'cicak mengkarung' yg boleh berubah penampilan mengikut kesesuaian di sekitar...

[Jom tonton video ceramah calon PAN ketika berjanji hanya akan pulang ke kawasan 2 bulan sekali jika diberi peluang menjadi Ahli Parlimen Sg. Besar...]


Lebih malang apabila agama Islam yg dijadikan modal... ya... mereka mungkin berupaya dan berjaya menipu rakyat dengan tampil seperti yg rakyat kehendaki dan masa yg sama sembunyikan apa yg diperjuangkan sebenarnya... persoalannya, adakah dengan cara ini mereka mampu memperolok dan menipu Yang Maha Berkuasa?

[Jom tonton video seorang lelaki muda telah menyergah kempen ceramah PAN yang diadakan ketika umat Islam sedang sibuk menunaikan solat terawikh]


Sebenarnya, sebijak dan sehebat perancangan mereka, tak mungkin dapat menandingi ketetapan yg telah Allah tentukan... Allah sudah pun serlahkan kemungkaran mereka, sedikit demi sedikit... yg paling jelas bila mereka lebih rela memilih untuk menjadi hamba kepada DAP, daripada terus isthiqhomah bersama perjuangan PAS... hinggakan mereka sanggup menuruti segala arahan DAP, sekalipun secara tak langsung ia menjadi satu penghinaan kepada Islam...


Segalanya ada di tangan para pengundi... buatlah penilaian yg adil... soal kepimpinan kerajaan dan negara bukan soal 'acu, cuba, try, test'... kerana sekali tersilap membuat pilihan, kesan buruknya bakal kita hadapi untuk tempoh yg kita sendiri tidak jangka berapa lama... jangan pula nanti, generasi anak cucu kita akan menyalahkan kita di atas mungkin kesengsaraan yg mereka terpaksa hadapi, akibat daripada kesilapan yg kita lakukan hari ini...



By Mamu Karapoley

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama