Advertisement - Contact Us

[POLITIK] PANAS!!! Bersediakah Chow Kon Yeow Membersihkan Sisa Busuk Tinggalan Lim Guan Eng??? #SahabatSMB

BEBAN MENANTI CHOW KON YEOW SELAKU PENGERUSI DAP NEGERI PULAU PINANG... MAMPUKAH BELIAU???



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dijangka berhadapan dua tuduhan rasuah apabila beliau didakwa di Mahkamah Sesyen, di negeri itu, esok.

Perkara itu dinyatakan EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat EXCO, di sini, sebentar tadi.


Beliau berkata, Guan Eng akan dituduh mengikut Seksyen 23 dan 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.

Kon Yeow berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menolak permohonan untuk menukar status tanah tersebut.

Laporan media juga mendakwa ahli perniagaan Phang Li Khoon, yang menjual rumah di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta itu juga telah ditangkap.

“Kami yakin beliau (Guan Eng) dapat diikat jamin esok dan barisan kepemimpinan kerajaan negeri akan bermesyuarat sejurus sesi pertuduhan ini selesai.


“Antara perkara yang akan dibincangkan nanti merangkumi individu yang akan memangku jawatan Ketua Menteri dan beberapa perkara berbangkit,” katanya.


Sumber : BNBBC

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama