Advertisement - Contact Us

[ISU SEMASA] PANAS!!! Lim Hock Seng Sahut Cabaran Liang Teck Meng... Sekali Lagi Lim Guan Eng Bersembunyi Di Belakang 'MATCHAI'nya... #SahabatSMB

MAMPUKAH YB LIM HOCK SENG MENJAWAB SEGALA PERSOALAN YANG SELAMA INI MENJADI PERTIKAIAN BERHUBUNG CADANGAN PEMBINAAN TEROWONG DASAR LAUT DI PULAU PINANG???

DAN, SEJAUH MANA DATUK LIANG TECK MENG BERJAYA MEMBONGKAR SETIAP TUDUHAN YANG DILEMPARKAN BERKAITAN KEMELUT YANG MENGHIMPIT PROJEK TEROWONG INI...


Nantikan sessi debat antara Setiausaha Agong Parti Gerakan Malaysia yg juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Datuk Liang Teck Meng dan, EXCO Kerajaan Negeri P. Pinang merangkap ADUN Bagan Jermal, YB Lim Hock Seng...

Yang akan diadakan pada :

Tarikh      :28 Jun 2016 (Selasa)
Masa         : 9.00 malam
Tempat     : Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang

Tajuk yg akan diperdebatkan ialah :

"TIGA LEBUHRAYA DAN TEROWONG BAWAH DASAR LAUT."


'Debat isu terowong Gerakan-DAP pada 28 Jun'

Persetujuan dicapai antara kerajaan DAP Pulau Pinang dengan parti Gerakan untuk berdebat berhubung isu lebuhraya dan terowong dasar laut pada 28 Jun ini dengan tajuk debat “Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut”.


Debat tersebut akan melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa debat bertajuk “Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut” itu menggunakan bahasa kebangsaan dan diadakan di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini pada 9 malam.

“Kami telah mengadakan mesyuarat dan pihak YB Liang telah menghantar wakil untuk membincangkan mengenai aturcara perdebatan.



“Dalam sesi debat itu akan ada ucapan daripada kedua-dua wakil, soal jawab dan ucapan penggulungan,” katanya pada sidang akhbar pada Ahad

Sumber : BNBBC

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama