Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Penyangak Korporat Lebih Zalim Dari Iblis... Mengaut Keuntungan Atas Nama 'EHSAN' Dan 'PERIKEMANUSIAAN' Kononnya... #SahabatSMB

"....... KUMPULAN-KUMPULAN KECIL MARHAEN SEDANG BERGABUNG UNTUK MELANGGAR DAN KAMI AKAN PASTIKAN PEMODAL SEBESAR CIMB JATUH JIKA TIDAK MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB - CHE'GU BARD"


Kenyataan Umum

28 Jun 2016

CIMB Aviva @ Sun Life Malaysia Bhd syarikat insuran tidak bertanggung jawab ?




1. Beberapa minggu lepas 'viral' di media sosial bermula dari pasukan media sosial yang memperkenalkan diri mereka sebagai The Mercenaries berkenaan dengan CIMB Aviva @Sun Life Malaysia Bhd yang hanya membayar RM150 kepada bapa yang kematian anaknya. Seorang bapa bernama Shaharuddin Bin Md Zaki telah membayar secara tetapmelalui potongan gaji, RM48.00 sebulan untuk dua anaknya selama 10 tahun dibawah skim "CIMB AVIVA Takaful Child Protection Plan"


2. Dua minggu lepas salah seorang anaknya yang dilindungi polisi tersebut, Shazwani Bt. Shaharuddin telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di Cherating, Pahang. Namun apa yang sangat dikesali apabila Shaharuddin menghubungi syarikat insuran memaklumkan kematian anaknya, beliau hanya diberikan RM150.00 sebagai bayaran penamatan polisi arwah anaknya. Paling mengejutkan ialah polisi tidak termasuk kes kematian.




3. Ini bukan soal perundangan, dari aspek perundangan mungkin pihak syarikat insuran betul tetapi dari aspek moral ternyata pihak syarikat memperdaya pelanggan. Shaharuddin seorang pemandu lori yang mungkin tidak berpendidikan tinggi, sayangkan anaknya lalu dengan gaji yang terhad itu beliau tetap melanggan polisi insuran bagi anaknya. Bayangkan dalam kes seperti ini berapa ramai menjadi mangsa dengan polisi yang kebanyakanya bertulisan kecil berbahasa Inggeris lalu ditandatangani begitu sahaja. Paling utama KEGILAAN apa insuran tidak 'cover' kematian ?





4. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak CIMB yang mana syarikat induknya dikepalai oleh Datuk Seri Nazir Razak yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia mengambil tanggungjawab. Bagi kami pembayaran RM150 kepada keluarga si mati selepas membayar insuran selama 10 tahun merupakan satu penghinaan. CIMB boleh memilih untuk mendiamkan sahaja kes ini kerana ia melibatkan keluarga miskin dan bukan 'taikun' kaya tapi yakinlah kumpulan - kumpulan kecil marhaen sedang bergabung untuk melanggar dan kami akan pastikan pemodal sebesar CIMB jatuh jika tidak mengambil tanggungjawab.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama