Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] Kebijaksanaan Najib Berjaya Menyelamatkan Ribuan Ahli UMNO Daripada Menjadi Mangsa Kerakusan 'Politik Fitnah'... Selamat Tinggal, M&M... #SahabatSMB

NAJIB BERI 'TEMPOH BERTENANG' KEPADA AHLI UMNO HAMPIR SETAHUN, SEBELUM MEMECAT MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ...


Ramai yg mempertikai kenapa baru sekarang tindakan pemecatan ini dibuat... kenapa tidak dari dulu, dari awal mereka digugurkan dari kabinet dan kerusi Menteri Besar... walaupun hakikatnya, mereka2 yg jadi tukang pertikai ini jugalah satu ketika berdegar-degar mencabar Najib untuk memecat gandingan M&M ini...

Sebenarnya, di sinilah terletak kebijaksanaan YAB Perdana Menteri selaku Presiden UMNO berpolitik... kehebatan beliau mentadbir sebuah organisasi sehebat UMNO BN selaku sebuah parti keramat... serta keupayaan Najib menguruskan dan menjadi contoh kpd 3 juta ahli UMNO dan 30 juta rakyat Malaysia keseluruhannya...


Berpolitik memerlukan strategi, memerlukan kesabaran, memerlukan sikap terbuka dan berlapang dada, perlu pandang jauh ke depan, dan paling penting, perlu meletakkan sepenuh keyakinan kepada kuasa Qada dan Qadar yg merupakan milik mutlak Allah... sedikit kesilapan tentunya akan meninggalkan kesan yg mendalam, dan lebih2 lagilah mendalamnya jika kesilapan itu dilakukan oleh seorang yg bergelar PRESIDEN...

Memang benar, Najib boleh memecat Muhyiddin dan Mukhriz sejak dari awal lagi... bilamana Muhyiddin didapati telah berkompromi dan membentuk konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan Najib... bilamana Muhyiddin menggunakan isu penggugurannya dari kabinet utk menagih simpati rakyat bg menyerang Najib... begitulah juga halnya dgn Mukhriz...

Dan, kesilapan terbesar Muhyiddin dan Mukhriz adalah apabila mereka berkongsi pentas dgn puak pengangkang untuk menyerang kjaan UMNO BN pimpinan Najib, walhal ketika itu mereka masih lagi ahli UMNO... inilah alasan terbaik yg akan digunakan untuk memecat M&M...


Sebenarnya, semakin lama masa yg Najib biarkan tergantung, makin byk mereka tersilap langkah... dan makin byk mereka tersilap langkah, maka makin ramai juga penyokong mereka yg mula menjauhkan diri dan kembali kpd perjuangan UMNO...

Bayangkan, berapa ramai ahli UMNO yg akan turut bangkit memberontak jika Najib memecat mereka dari awal? Pada ketika kebanyakan isu yg dibangkitkan masih diperingkat 'Menyerang' dan masih dalam proses siasatan, maka kemungkinan sebahagian besar ahli UMNO yg terpengaruh dgn pemikiran M&M akan bertindak adalah sgt besar...

Pada ketika itu, masing2 dipengaruhi dgn sentimen 'Amarah', rasa tertipu, dikhianati dan sebagainya... namun, kepala hotak Najib mmg bergeliga, Najib biarkan dulu musuh menyerang, kemudian ambil tindakan untuk menyekat pengaruh dalaman dgn menggugurkan mereka dari kabinet...

Najib selesaikan satu persatu masalah yg dibangkitkan... semua ini Najib lakukan secara tersusun, terancang dan perlahan-lahan supaya rakyat dan ahli UMNO dapat melihat, memahami dan kemudian membuat penilaian...


Hasilnya, hari ini, ahli UMNO dan rakyat Malaysia sudahpun boleh menerima dan memahami kedudukan sebenar... penilaian yg dibuat pun lebih adil dan dalam keadaan yg waras... tidak ada suara2 yg kita tidak jangka bangun memberontak... yg tinggal hanyalah kelompok2 tegar yg berkepentingan yg masih cuba menagih sentimen simpati ahli UMNO...

Mereka ini kita tahu, samada dari golongan pengangkang yg berlagak seperti 'musang berbulu ayam', atau, mereka2 yg memang merupakan orang M&M yg bakal terjejas kehidupan mereka akibat dari pemecatan ini... Majoriti ahli UMNO? Terus utuh bersama UMNO di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak...


Maka, benarlah pujangga orang tua2, "Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua..." Berpijaklah atas kebenaran, kerana akhirnya pasti Allah akan beri kemenangan...


By Muhammad Ariff Bin Ahmad

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama