Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Dosa Tun Mahathir Selama 22 Tahun... Ini Pilihan Tun M, Maafkan Kami... #SahabatSMB

TUN MAHATHIR JANGAN INGAT 22 TAHUN PENTADBIRAN PENUH DENGAN KESEMPURNAAN... NEGARA MUNGKIN LEBIH HEBAT JIKA TANGAN ORANG LAIN YG MEMIMPIN SELAMA ITU...


1.  Sebelum bermula DEB 1970 , ekuiti Bumiputra sekitar 1.5% sahaja. Tapi dari 1970 -1982 ekuiti Bumiputera meningkat kepada 15.5% deng pengambilan syarikat syarikat seperti London Tin, Sime Darby, Guthrie Ropel, Harisson & Crossfield , berpuluh syarikat syarikat milik Pernas, UMNO linked companies termasuk bank bank utama.

2. Namun sejak Mahathir mengambil ambil alih dari 1982-2004 selama dua puluh dua tahun , ekuiti Bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% tahun 2004. (4% dalam 22 tahun). Nampak tak?

3. Habis syarikat syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST,TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds difaraid kepada kroni Madey, Daim dan Ketum. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat /Hicom, Perwaja , Proton, Dayabumi, KLCC, Putrajaya yang hanya menguntungkan bukan Melayu dan ahli keluarga mereka.

4. Beratus syarikat kerajaan di swastakan, dipindah milik termasuk berpuluh bilion program PFI ( buat dulu bayar kemudian).
Hari ini Mahathir menuding jari kononnya
yang memegang tampuk gagal mentadbir. dulu tiada siapa berani melawan Mahafiruan Mahathir ini. Sesiapa saja menyanggah akan dipatah... disingkir malah disumbat ke penjara


ANAK MAHATHIR, KRONI & SALAHGUNA KUASA

5. Bagaimana San Miguel dan cerita salah seorang anak Mahathir? Dilihat pernah CUBA MEMBELI stesen janakuasa kepunyaan 1MDB  [ puak protun kata sebagai antara tindakan PEMBELIAN ASET YANG MERUGIKAN]. Rugi tetapi dia rasa minta beli. Tun M kata besi buruk tak laku tetapi dijual melebihi RM9 B sekali dengan hutangnya. RUGI tapi nak beli? kenapa nak BELI? tak dapat beli Mahathir meroyan untuk anaknya. Hebat Mirzan Mahathir merupakan pemegang saham terbesar syarikat ini.

6. Apakah Mahathir terlalu mulia? Kata Barry Wain penulis WSJ Tun M lesapkan RM 100 Bilion USD selama beliau berkuasa. Rakyat Malaysia jangan lupa perbuatan jenayah penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan TUN M sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri :

a) Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni kanan BN seperti dalam kes:
* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara atas alasan kononnya kekurangan bukti;
* Sekatan terhadap siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur;

b) Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas dalam kes;

* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (apabila perbicaaan dilakukan secara olok-olok di mana akhirnya Eric Chia dibebaskan selepas meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik atas tuduhan terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ (yang mana Ling juga turut dibebaskan);
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF di Hong Kong;
* Siasatan kes pelaburan Tabung Haji yang bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman;
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC, S Samy Vellu;

c) Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni Tun M

* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk mengukuhkan politik Tun M ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004;

* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail-out) 50.6% saham MAS milik Naluri Sdn Bhd pada harga RM8 sesaham ketika harga semasa cuma RM3.60 sesaham;
* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b;
* Pengambilalihan syarikat , Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Danaharta;
* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi - YTL Corporation;


* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil-alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce lalu membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB);

* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Danaharta;

* Pengambilalihan Celcom, sebuah anak syarikat TRI oleh Telekom;

* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS Berhad;

* Memaksa Petronas membeli saham Proton;

* Memaksa Petronas mengambil-alih Litar Sepang;

* Memaksa Danaharta menanggung segala hutang lapuk RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain;

* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian besar;

* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir;

* Kes anak Ling Liong Sik yang memiliki harta RM1b ketika berusia baru 28 tahun;

* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam segala jenis perniagaan.

d) Menyalahgunakan akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi memelihara kepentingan politik.

* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), pengharaman al-Arqam (1994), Reformasi (1998), memfitnah kumpulan al-Maunah (2000) dan mencipta kisah KMM (2001);

* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak - buku kritik Mahathir diharamkan. Ditangkap musuh politiknya.

e) Menyekat kebebasan badan penguatkuasa; dengan cara

* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis;

* Mengganggu penyiasatan BPR;

* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

f) Mengagihkan tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

* Keruntuhan makmal computer;

* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

* Keretakan PULAREK; dan

* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.


g) Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

* Kes Anwar Ibrahim (dengan mencipta kes liwat 1);

* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam di New Zealand;

* Kes tape V.K. Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasat kes ini telah mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kemudiannya berkata tiada kes, maka ia pun ditutup.

* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu di DUN Likas;

* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim;

* Penghapusan bukti dalam kes seks D. P. Vijandran;

* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan

* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustine Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

7. Selepas usaha Mahathir menyingkirkan Paklah kini usaha Mahathir pula mahu menyingkir PM Najib. Keluar parti masuk parti sudah jadi permainan mahathir. Tidak cukup itu Mahathir membawa Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Apdal bersekongkol dengan Pakatan Harapan seperti DAP! Terbaru Mahathir mengarahkan agar BN dikalahkan di dua PRK iaitu Sg Besar dan Kuala Kangsar semata-mata untuk kepentingannya.

8. Apa saja yang Mahathir lakukan serba tidak menjadi. Yang dia buang, singkir, penjarakan kini terpaksa dijilat semula. Ini semua kifarah dan karma mahathir sebelum mati.

Sumber : Wa Sengat Lu

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama