Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] Tony, Nga Kor Ming Mahupun Rafizi Sudah Pun 'Meletak Senjata'... Tinggal Lagi Pengkhianat Dalaman Sahaja Yang Masih 'Berperang'... #SahabatSMB

KOREK DEMI MENCARI SALAH, CIPTA PLOT DGN BERMODALKAN 'BUAH KALAU' DAN SEBARKAN SEOLAH IA BENAR BERLAKU... ITU BUKAN BIJAK, TAPI JAHAT...


Tahukah anda...

1. Tun Mahathir pernah mengakui bahawa segala tuduhan yg dibuat terhadap Najib hanya bersandarkan pada andaian semata-mata, tanpa ada sebarang bukti yg kukuh... jadi tidak hairanlah kenapa Tun M tidak boleh mengemukakan laporan secara rasmi kpd pihak berkuasa atau SPRM.

2. Sehingga hari ini juga Tan Sri Muhyiddin Yassin masih gagal mengemukakan walau 1 bukti kukuh bagi mensabitkan, atau setidak-tidaknya bg mengaitkan Najib dengan mana2 tindakan salah laku sepertimana yg sering digembar-gemburkan olehnya selama ini... seperkara yg perlu kita tahu, TS Muhyiddin digugurkan dari barisan kabinet, termasuk terpaksa kehilangan jawatan sbg Timbalan Perdana Menteri bukanlah disebabkan tindakan beliau yg sering mengkritik 1MDB dan isu dana 2.6 bil, tetapi apabila terbongkar konspirasi beliau bersama Ghani Patail, ekoran bocornya maklumat tentang kewujudan draf pendakwaan terhadap Najib, sedangkan siasatan masih di dalam proses...


3. Rafizi beberapa kali bertindak tidak matang apabila gemar melempar tuduhan melulu dan suka bermain dgn persepsi rakyat... tidak wajar bg seorg yg bergelar pemimpin apabila bertindak membuat tuduhan terhadap PM dan keluarga, dan kemudian mengaku semua tuduhan yg dibuat hanyalah satu gurauan... malah tuduhan melulu yg dibuat oleh Rafizi telah memberi kesan negatif kpd negara dan rakyat seperti yg berlaku dalam isu Tabung Haji...

4. Tony Pua cuba menjadi hero apabila bersekongkol dgn beberapa media yg berpusat di barat seperti Sarawak Report bertujuan untuk membuat tuduhan terhadap pemimpin negara... sbg salah seorang ahli di dalam jawatankuasa PAC, beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab menggunakan saluran PAC jika mahu membangkitkan apa jua kemushkilan berkaitan PM, bukannya membawa keluar maklumat PAC dan kemudian menggunakan media asing bg memanipulasikan maklumat yg ada... terbaru, Tony telah memohon membatalkan saman yg telah difailkan oleh peguam Najib terhadapnya... sepatutnya, Tony meneruskan tindakan saman tersebut jika yakin memiliki bukti kukuh bagi menjawab tindakan saman drpd Najib... mohon batal menunjukkan Tony tidak ada kekuatan bg membuktikan segala tuduhan yg dibuat selama ini...


5. Pihak SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa wang RM2.6bil yg wujud di dalam akaun PM merupakan derma politik dr kerabat Di Raja Arab Saudi tanpa mengharap apa2 balasan... hal ini telah disahkan sendiri oleh pihak yg menderma... malah transaksi yg dibuat juga telah mengikut prosedur yg betul... pihak SPRM dan Peguam Negara juga menolak sebarang perkaitan antara dana 2.6bil ini dengan isu 1MDB...

6. Laporan PAC yg diumumkan baru2 ini juga menunjukkan bahawa Najib tidak melakukan apa2 kesalahan berhubung isu melibatkan 1MDB... ia merupakan masalah di peringkat pengurusan dalaman dan di peringkat Ahli Lembaga Pengarah syarikat... pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan berdasarkan laporan yg dibuat oleh PAC... Timbalan Pengerusi PAC yg juga merupakan Ahli Parlimen Kepong dari parti DAP juga mengesahkan bahawa Najib tidak terlibat...


7. Nga Kor Ming, ahli parlimen dari DAP hari ini telah diarahkan agar mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, termasuk melalui status FB nya kepada Najib dan isteri di atas fitnah yg telah disebarkannya sebelum ini... atas persetujuan ini, Najib berbesar hati untuk menyelesaikan kes saman ini di luar mahkamah... Nga Kor Ming sebelum ini telah menuduh kononnya Rosmah telah terlibat secara langsung dalam mesyuarat2 peringkat kabinet, termasuk mempengerusikannya... fitnah ini jelas berniat jahat dan bertujuan untuk mengaibkan Najib sekeluarga...

Sebenarnya, banyak lagi tuduhan dan fitnah yg dilemparkan terhadap Najib sudah pun terjawab dgn sendirinya... persoalannya, sbg rakyat Malaysia yg bijak, adakah kita bersedia dan berlapang dada untuk menerima setiap kebenaran yg terhidang hari ini?


Membangkang dan berbeza pendapat dgn tindakan kerajaan tidak semestinya menunjukkan kita bijak... adakalanya, bersetuju dan menerima pandangan dianggap satu tindakan yg bernas dan ia lebih menunjukkan keterbukaan... apabila kita menutup pintu hati drpd mengikhtiraf kebenaran, bermakna kita sudah menutup satu pintu keterbukaan...

Maka, berfikir dan nilailah dgn bijaksana, bukan semata-mata mengikut hati dan nafsu...

By Muhammad Ariff Bin Ahmad

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama