Isnin, 7 Mac 2016

[POLITIK] SEGERA!!! Lembaga Disiplin UMNO Mesti PECAT Mukhriz Dan Muhyiddin Secepat Mungkin... Mereka Sudah Jadi Liabiliti UMNO... #SahabatSMB

JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO MESTI PECAT MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ... SUDAH BANYAK KEROSAKAN YANG MEREKA LAKUKAN DI DLM UMNO...


Sudah sampai masanya untuk Jawatankuasa Disiplin UMNO menilai dan membuat keputusan bagi menentukan hala tuju dan kedudukan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di dalam UMNO... mengikut perlembagaan parti, Jawatankuasa Disiplin UMNO bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menentukan kedudukan ahli2 UMNO, yg didapati melakukan kesalahan atau perlanggaran disiplin...

Majlis Tertinggi akan bermesyuarat dan memutuskan samada sesuatu kes perlu dirujuk kpd JK Disiplin UMNO, atau hanya perlu diputuskan di peringkat MT... Muhyiddin sudah digantung tugas2 sbg Timbalan Presiden sebelum ini oleh MT... namun, untuk menentukan kedudukan jawatan Timb Presiden, ia hanya diputuskan oleh JK Disiplin parti...

Megat Najmuddin Megat Khas

JK Disiplin UMNO menerima aduan/laporan dan akan menyiasat dan kemudian bermesyuarat bg menentukan hukuman... antara hukuman yg boleh diambil oleh JK ini termasuklah :

1. Amaran dan surat tunjuk sebab.
2. Gantung keahlian bagi tempoh tertentu, termasuk dilarang bertanding mana2 jawatan dalam pemilihan parti.
3. Pecat dari jawatan yg dipegang.
4. Pecat drpd menjadi ahli UMNO.

Bergantung kpd keputusan JK Disiplin samada perlu memanggil tertuduh untuk membela diri, atau memberi tempoh utk surat tunjuk sebab, atau terus menjatuhkan hukuman, khususnya bagi kes2 berprofil tinggi yg boleh membahayakan dan menjahanamkan parti...


Dalam kes melibatkan Muhyiddin dan Mukhriz, beberapa sebab utama yg dianggap kesalahan dan perlanggaran disiplin parti, yg mana Jk Disiplin UMNO perlu nilai, ambil kira dan jatuhkan hukuman adalah :

1. Bersekongkol dgn musuh2 utama UMNO BN...
2. Menandatangani deklarasi bg menjatuhkan presiden parti, sekaligus boleh menjatuhkan UMNO dan kerajaan keseluruhannya...
3. Mengikat diri dgn musuh secara sah, terbuka dan dgn kerelaan hati...
4. Semua kesalahan dibuat pada ketika masih lagi memegang jawatan penting di dalam UMNO dan masih merupakan ahli UMNO...

Maka, sebagai ahli UMNO, aku mencadangkan kepada Majlis Tertinggi agar merujuk segara kes melibatkan Mukhriz dan Muhyiddin kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO... Terpulang kpd JK Disiplin utk menentukan hukuman, tetapi memandangkan kesalahan yg dilakukan sangat besar, dan mereka selaku pemimpin peringkat tertinggi UMNO sepatutnya sudah tahu dan sedar tanggungjawab mereka dan kesalahan yg sepatutnya mereka elakkan...


Ahli2 UMNO tidak lagi akan menyalahkan Najib selaku Presiden parti atau UMNO itu sendiri jika kedua-dua pemimpin bertaraf pengkhianat ini dijatuhi hukuman berat termasuh dipecat drpd keahlian UMNO... Mereka sendiri yg memilih liku2 pengkhianatan ini... atas sebab ini, mereka memang layak DIPECAT!!!


By Muhammad Ariff Bin Ahmad


Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE