Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Kredibiliti SPRM Dicabar... Benarkah Wujud Bukti Skandal Salah Laku Pegawai SPRM Di Tangan Pembangkang??? #SahabatSMB

BENARKAH VIDEO SKANDAL SEKS PEGAWAI TINGGI SPRM ADA DALAM TANGAN LIM GUAN ENG...


Apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor mendedahkan perbuatan ‘rasuah’ Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika perbahasan Menjunjung Kasih Titah Yang Dipertuan Agong, umum bercampur baur menerima pembongkaran yang benar ini yang kemudiannya diakui sendiri oleh Lim Guan Eng ketika mempertahankan pembelian Banglo Mewah yang tidak mempunyai kolam renang itu.

Desakan rakyat melalui media sosial kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agensi berkaitan yang bertanggungjawab terhadap sebarang kes berkaitan rasuah agar segera mengambil tindakan seperti tidak mengundang rasa kebertanggungjawaban dan tidak sepantas tindakan yang mereka ambil sekiranya ia melibatkan batang tubuh pemimpin kerajaan pusat yang memerintah.

Mungkinkah hubungan baik yang sedia terjalin di antara pegawai kanan dengan ahli politik pakatan pembangkang menyebabkan laporan oleh pihak umum akan dipandang sepi selepas ini atau mungkin juga SPRM akan memberikan lebih masa kepada Lim Guan Eng untuk menyediakan dokumen ‘penyelamat’ diri agar tidak disabitkan kesalahan jenayah rasuah yang secara terang dilakukan bahkan sudah diakui ketika menjawab ‘tuduhan’ Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu?

Mungkinkah memang wujud unsur ‘peras ugut’ oleh pakatan pembangkang terhadap SPRM? Lalu mereka sengaja tidak peduli dengan desakan umum agar satu siasatan dan tindakan segera memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke pejabat operasi mereka untuk disoalsiasat.

Mungkinkah benar memang wujud sesuatu yang cuba disembunyikan di antara SPRM dan pakatan pembangkang untuk melambat-lambatkan proses siasatan melibatkan pembelian sebuah banglo mewah di bawah harga pasaran oleh Lim Guan Eng yang jelas terbukti mempunyai unsur rasuah apabila ‘menghadiahkan’ sebidang tanah untuk dikomersialkan kepada kenalan baik tuan rumah banglo mewah tanpa kolam renang yang disewanya selama 7 tahun itu? Tidak semena-mena SPRM mendedahkan hasil siasatan kes rasuah melibatkan orang lain terlebih dahulu pada hari cuti bekerja!

Kenapa SPRM tidak mengambil tindakan pro aktif terhadap LGE dan juga ahli politik pembangkang yang lain seperti kes tertunggak melibatkan Teresa Kok yang sehingga kini sudah melepasi tempoh 4 tahun walaupun Skandal Solar Yayasan Selangor dilaporkan dengan bukti yang kukuh.

Kenapa SPRM begitu sepi bila mengendalikan sebarang perkaitan kes yang melibatkan ahli politik pembangkang?


Mungkinkah wujud unsur rasuah ‘mega’ iaitu rasuah ‘seks’ yang melibatkan pegawai tertinggi SPRM sendiri?

Menurut sumber, seorang pengarah yang pernah bertugas di SPRM Kelantan yang kini dipindahkan ke SPRM Putrajaya dikatakan mempunyai isu skandal seks yang dirakamkan oleh individu tertentu yang pro pembangkang untuk digunakan sebagai ‘peluru’ sekiranya SPRM mengambil tindakan tegas sebagai respon kepada laporan rasuah terhadap pimpinan parti pembangkang oleh orang awam. Benarkah tuduhan ini?

Bagaimana pula dengan laporan yang menyatakan ada dalam kalangan isteri pegawai tertinggi SPRM yang campur tangan dalam siasatan kes rasuah?

Mungkinkah ini yang disebut sebagai usaha mempertahankan elemen integriti dan prioriti oleh sebuah agensi yang semakin bersungguh-sungguh ‘berkomplot’ untuk membantu usaha pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan demi melindungi skandal yang menjadi rahsia umum?

Berbalik kepada Lim Guan Eng, perlu diingat pengakuan beliau yang membayar sewa banglo tanpa kolam renang itu sebanyak RM5000 sebulan itu walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan kediaman rasmi untuk kegunaan Ketua Menterinya diambil sumbernya dari mana? Rasuah?

Adalah menjadi sesuatu yang aneh dalam isu melibatkan Lim Guan Eng apabila SPRM langsung mengunci mulut seolah olah mereka sedang diperas ugut oleh individu tertentu.

Apakah Lim Guan Eng juga mempunyai sesalinan video seks yang dikatakan aksinya milik seorang pegawai kanan dalam SPRM di Putrajaya sendiri?

Pernah dilaporkan mengenai skandal seks yang dikatakan berlaku di premis SPRM dan sehingga kini masih tiada sebarang penafian berkaitan tuduhan tersebut.

Mungkinkah ia menyebabkan SPRM ‘terikat’ dengan ugutan pihak tertentu yang mengakibatkan seringkali tindakan SPRM dilihat lembab apabila melibatkan pembangkang?

SPRM mesti dirombak sekiranya terus mengambil pendekatan melakukan ‘penyiasatan terpilih’ khususnya apabila menyiasat aduan melibatkan ahli politik pembangkang. Penangguhan dan lambakan aduan rasuah melibatkan parti pembangkang berterusan dipandang sepi tetapi SPRM amat pantas sekiranya ia adalah laporan rasuah yang melibatkan ahli politik kerajaan. Adakah unsur RASUAH itu hanya wujud kepada ‘kerajaan’ semata-mata?


Menurut sumber rapat khabarnya, seorang bekas Pengarang The Malaysian Insider G. Manimaran masih lagi berada di SPRM sebagai Pegawai Perhubungan Media. Kalau benar, tidak hairanlah sehingga ke saat ini langsung tidak ada kenyataan media SPRM yang keras dan tegas berkaitan isu pembelian banglo mewah tanpa kolam renang itu.


Sebaliknya, di tengah kepanasan isu rasuah Lim Guan Eng ini diperdebatkan, hasil siasatan kes rasuah seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian pula ‘disibukkan’ oleh SPRM pada hari cuti bekerja. Sedarkah apa yang sedang dilakukan SPRM hampir selari dengan apa yang termaktub dalam ‘kitab suci’ pegangan pakatan pembangkang iaitu ‘Buku Jingga’? Modus operandi melalui penggunaan media secara optimum jelas mempermudahkan kerja pembangkang di luar SPRM!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama