Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Jagdeep Singh Deo GAGAL 'Spin' Isu... Kuarters Kerajaan & Ruang Niaga Tidak Mengubah Perancangan Asal Membina PPRT... #SahabatSMB

EXCO PERUMAHAN KERAJAAN NEG. P. PINANG CUBA NAK SPIN ISU TMN. MANGGIS... TAK PERNAH TAHU ATAU, MEMANG BODOH???


Ini dia kenyataan dari Jagdeep Singh Deo yg mencabar UMNO BN agar mengakui cadangan yg pernah dikemuka pada 2005...

"Kenyataan Media YB Tuan Jagdeep Singh Deo, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan pada 26 Mac 2016 (Sabtu) di George Town, Pulau Pinang: 

ISU TAMAN MANGGIS - BN DICABAR MENAFIKAN MENCADANGKAN AGAR BAKI TANAH DI TAMAN MANGGIS DIGUNAKAN UNTUK PROJEK BERCAMPUR RUMAH KEDAI DAN KUARTERS KERAJAAN DAN BUKAN PPR PADA TAHUN 2005

Berkenaan tohmahan yang dibuat terhadap isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng, pihak-pihak yang tertentu telah mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang telahpun menjual tanah yang sepatutnya dibina Projek Perumahan Rakyat (PPR), kepada pihak ketiga untuk projek mewah dibina, dan oleh yang demikian, tuduhan yang dibuat adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menyediakan perumahan untuk golongan yang kurang berkemampuan.

Berkenaan ini, satu 'memo' bertarikh 1 Julai 2003 daripada Pengarah Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dirujuk di mana dinyatakan bahawasanya ada cadangan agar satu blok tambahan 14 tingkat yang mengandungi160 unit perumahan PPR dibina di atas baki 1.251 ekar tanah di Taman Manggis.

Saya ingin mencabar pihak Barisan Nasional Pulau Pinang untuk menafikan fakta bahawa selepas 'memo' tersebut, di dalam tahun 2005, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa tersebut, telah mencadangkan agar baki tanah tersebut digunakan untuk pembangunan projek bercampur iaitu rumah kedai dan kuarters kerajaan di mana juga turut dicadangkan ialah projek bercampur tersebut di atas tanah tersebut ditawarkan kepada pemaju swasta untuk dibangunkan. 

Semakan yang dibuat menunjukkan bahawa ini adalah fakta yang berlaku selepas 'memo' tersebut yang sememangnya diketahui kepada semua di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada waktu material yang tersebut, termasuk pimpinannya yang tertinggi.

Cabaran ini dibuat agar pihak-pihak yang membuat tuduhan bahawa pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang yang tidak membenarkan pembangunan PPR di tanah tersebut, dapat menyemak dan memperbetulkan fakta agar pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada waktu yang tersebut iaitu pada tahun 2005, tidak berasa segan ataupun 'embarassed', sekiranya saya mengemukakan bukti untuk menunjukkan ini.

Malahan, sepertimana saya nyatakan, cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2005 agar projek bercampur iaitu rumah kedai dan kuarters kerajaan dibangunkan, bukan sahaja tidak meneruskan dengan rancangan untuk membangunkan projek perumahan PPR, malahan tidak memberi cadangan alternatif pembangunan rumah kos rendah ataupun kos sederhana rendah pun!"

-Jagdeep Singh Deo (DAP)-

Mungkin Jagdeep Singh tidak tahu, atau buat2 tak tahu, atau memang berniat untuk alihkan perhatian dan cuba meletakkan kesalahan di bahu kerajaan terdahulu pimpinan UMNO BN...



Perlu kita ketahui ciri2 serta konsep rumah PPRT yg dibina dalam negeri P. Pinang... ia merupakan rumah jenis pangsapuri atau flat, yg boleh mencecah sehingga 200 buah unit bagi satu2 fasa... setiap unit dilengkapi 3 ruang bilik dan 1 bilik air...

Tidak timbul masalah jika kerajaan bercadang memiliki sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan unit rumah untuk dijadikan kuarters kerajaan... mungkin antara 20-30 unit drpd jumlah 200 unit dijadikan kuarters utk ditawarkan kpd kakitangan kerajaan yg menghadapi masalah berulang-alik ke tempat kerja...


Dan, satu lagi, biasanya rumah pangsapuri yg melebihi 10 tingkat, akan dilengkapi ruang niaga atau rumah kedai di tingkat bawah pangsapuri... di samping ruang meletak kenderaan yg dibina samada secara bertingkat atau di ruang sekeliling pangsapuri...





Tidak timbul persoalan kononnya kjaan UMNO BN pernah mencadang untuk mengubah status asal rumah PPRT di Tmn Manggis, sepertimana yg cuba digembar gemburkan oleh Jagdeep Singh... cadangan membina rumah PPRT tetap dikekalkan seperti yg telah diputuskan pada 2003, cuma, cadangan tambahan supaya kjaan menjadikan beberapa unit sbg kuarters dan tambahan ruang niaga di tingkat bawah...


By Muhammad Ariff Bin Ahmad

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama