Rabu, 17 Februari 2016

VIDEO + PIC [SUKAN] PANAS!!! Gol Cantik Faiz Subri Turut Mendapat Pujian Media Sukan Luar... P. Pinang (4) vs Pahang (1)... #SahabatSMB

ANUGERAH PUSKAS UNTUK PEMAIN PULAU PINANG, FAIZ SUBRI???


Memang cukup cantik dan terbaik... itu je yg boleh digambarkan apabila menonton gol yg dihasilkan oleh pemain Liga Super Pulau Pinang, Faiz Subri semalam, dalam pertemuan menentang Pahang di Stadium Bandaraya... lebih manis lagi, gol tersebut turut membantu P. Pinang menundukkan Pahang dgn keputusan 4-1...


Gol tersebut terhasil apabila P. Pinang dihadiahkan sepakan percuma... Faiz yg diberi kepercayaan mengambil sepakan dari luar kotak penalti dgn yakin melepaskan satu sepakan kencang kaki kanan... bola yg pada awalnya menuju ke arah kanan gol, tiba2 melencong menerjah penjuru kiri gawang gol Pahang, menyebabkan penjaga gol tergamam...


Gol cantik ini bukan saja mendapat perhatian peminat bolasepak Malaysia, malah mendapat pujian daripada media2 sukan asing...

"Laporan dari thesportbibile menyifatkan sepakan tersebut 'mungkin' telah memenangi anugerah puskas; satu anugerah untuk gol cantik; dengan mudahnya. 

Lebih menarik, laporan tersebut turut dimuatnaik di laman Facebooknya dan menerima lebih 10,000 'likes' dan lebih 2,000 perkongsian serta lebih 3,000 komen."


Media dari Sepanyol dan beberapa negara lain turut kagum dgn gol yg terhasil berdasarkan laporan2 yg dimuatnaik dlm laman2 web mereka...


Tahniah Faiz Subri dan syabas Pulau Pinang... HARIA PENANG HARIA!!!

By Muhammad Ariff Bin Ahmad 
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE