Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! TS Muhyiddin Tersilap 'Under Estimated' Keupayaan Najib... Najib Sudah Tahu Sejak 2013 Lagi Wujudnya Konspirasi TSMY... #SahabatSMB

TUN M, MUKHRIZ... MEREKA JUGA MANGSA YG DIPERGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SESEORANG...
----------------------------------


Apakan daya... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya... Tun M tahu rentak tarinya kini kian sumbang... untuk hentikan tarian sekarang? Bukan mudah, apatah lagi bilamana seantero dunia tahu bahawa beliau lah yg membuka gelanggang dan beliau juga merupakan jaguh yg tidak pernah tewas...

Siapa sangka dalam diam rupanya muncul penari mambo yg sekian lama impikan untuk menguasai gelanggang... dari dalam, api bara ditiup, kemudian membiarkan jaguh tak tertewas membakar gelanggangnya sendiri... dgn harapan, dia akan tampil kemudiannya memadamkan api yg marak menjilat gelanggang...

Kita hanya nampak seolah-olah Tun M lah dalang dalam menjatuhkan Najib... tampak seperti Tun M lah mastermind yg membentuk konspirasi... Tun M lah paling lantang membidas setiap tindakan Najib... sehinggakan tidak ada yg sedar, tangan ghaib di sebalik kisah penglipurlara ini...

PRU tahun 2013... Najib mulai sedar ada duri dalam daging yg sedang mencari jalan menjatuhkannya... apabila taikun2 pelahap memilih untuk tidak lagi mahu membiayai kempen pilihanraya UMNO BN, menyedarkan Najib bahawa usaha sabotaj dari dalam sudah bermula... ramai yg hanya kaitkan taikun2 ini sebagai kroni Tun M semata-mata, tapi ramai yg tidak tahu bahawa selepas Tun M, TSMY telah mengambil alih pengaruh taikun2 ini... lihat saja peranan YTL dalam projek 1Bestari di Kementerian Pelajaran Msia...


TSMY mula meracuni pemikiran Tun M agar memihak kpdnya... dgn beberapa perancangan politik yg licik, ditambah pula janji2 'buah kalau', akhirnya Tun M mula terpengaruh... atas arahan Tun M, taikun2 kroninya dilarang menyalurkan sebarang dana terus kpd Najib tanpa melalui TSMY dan Tun M... mereka mahu lihat Najib terdesak lalu datang melutut kpd mereka meminta bantuan... maklum saja, mereka tahu, tanpa dana politik bagi menghadapi PRU, agak sukar UMNO BN menang...

Namun perkara itu tidak berlaku... Najib tampak begitu tenang dan yakin menghadapi PRU... TSMY mulai mushkil kerana setahunya, semua taikun2 yg selama ini membantu UMNO BN sudah ada dlm genggamannya... TSMY terpaksa menggunakan 'org dalam' bg menyiasat apa sebenarnya yg brlaku, dan siapa selama ini yg membantu Najib...

Mengetahui bahawa Najib mendapat bantuan yg lebih kukuh dari kerabat Arab Saudi memberi satu tamparan yg sangat hebat kpd TSMY... dalam masa sama Najib juga mendapat maklumat bahawa TSMY mula menyiasat dirinya termasuk mendapatkan maklumat acc peribadinya... Najib perlu menutup segera acc tersebut, manakala baki dalam acc tersebut terpaksa dipulangkan setelah Najib terhidu niat jahat Timbalannya itu...


Najib juga tahu segala perancangan yg diatur sepanjang 2014 bg menjatuhkannya... musuh Najib perlu mencetuskan satu keadaan yg tidak stabil, bagi membangkitkan ketidakpuasan hati rakyat, dan kemudian barulah satu persatu spekulasi ditiup di dlm masyarakat bagi mengekalkan momentum kebencian rakyat terhadap Najib...

Tun M mengarahkan taikun2nya supaya menjual matawang ringgit dalam kuantiti yg banyak, dalam masa yg sama spekulator matawang dunia dibayar supaya mencetuskan kebimbangan di kalangan pelabur... pelabur yg terpengaruh mula mengambil langkah yg sama... nilai ringgit mulai jatuh, pelabur baru membatalkan niat utk membeli matawang ringgit ketika itu kerana ia akan mengundang kerugian... kaedah inilah yg berlaku sekitar 1998, angkara penyangak matawang George Soros bg mempengaruhi Anwar supaya menjatuhkan Tun M ketika itu...

Isu 1MDB yg muncul tiba2 telah membantu konspirasi TSMY ini... dengan keadaan ekonomi yg kelihatan tidak menentu, ditambah serangan spekulasi ke atas 1MDB, dan kemudiannya ditambah pula pendedahan isu dana politik RM2.6b... semua ini dihimpun, digabung, dan disimpulkan sekali untuk menjatuhkan Najib...

Tapi dgn syarat... Najib mesti tumbang sebelum simpulan tersebut dirungkai... jika simpulan tersebut berjaya dirungkai, sedangkan Najib masih lagi bergelar Perdana Menteri, maka peluang untuk TSMY boleh dianggap sudah tertutup...


Dan sekarang... sebenarnya inilah yg berlaku... selamat tinggal pengkhianat UMNO... TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN...


By Mamu Karapoley

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama