Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Mukhriz Tersilap Pilih Kem... Najib Dah 'Payung' Banyak Kali, Masih Nak Jadi Lembu Muhyiddin... #SahabatSMB

NAJIB BANYAK KALI 'BAGI MUKA' KAT MUKHRIZ... MUKHRIZ TETAP MEMILIH MENJADI 'LEMBU TERNAKAN' TS MUHYIDDIN YASSIN...

"Jangan Kata Najib Tak Payung..."


Mukhriz sebenaqnya tak layak untuk mempertikai apatah lagi menyerang Najib... tak mungkin org boleh lupa bagaimana Mukhriz dan ayahandanya bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Pak Lah ketika tahun 2008...

Syukur ketika itu Pak Lah walaupun ditekan bertali arus, masih mampu berfikiran rasional dan masih memikirkan masa depan UMNO dan negara dengan memilih Najib sebagai penggantinya, bukan Tan Sri Muhyiddin Yassin... disebabkan inilah TSMY terpaksa menolak Mukhriz supaya bertanding Ketua Pemuda bg mengelakkan populariti tenggelam...

Mukhriz yg ketika itu masih mentah, hanya menurut sahaja percaturan TSMY dan ayahnya... sbg tanda terima kasih Najib kpd Tun M, Najib telah melantik Mukhriz sbg Timbalan Menteri ketika itu, walaupun kalah dlm pemilihan Ketua Pemuda...

Najib terpaksa menerima kecaman drpd pro Khairy Jamaluddin kerana melantik Mukhriz, sedangkan KJ yg memenangi jawatan Ketua Pemuda tidak pula dilantik dlm mana2 jawatan kabinet, walaupun sbg Timb Menteri... KJ tidak pula memilih untuk menentang Presidennya malah terus setia bersama Najib dan UMNO...


Sehinggalah dlm PRU 13 di mana KJ berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rembau, malah turut mempertahankn jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia... akhirnya Najib telah melantik beliau sbg Menteri Belia Dan Sukan, hingga kini...

Dalam masa yg sama, Mukhriz sekali lg dijadikan spt lembu dicucuk hidung untuk masuk mencabar jawatan Naib Presiden... biasanya, seorang yg bergelar Menteri Besar mendapat laluan mudah memenangi kerusi Ahli Majlis Tertinggi... tetapi Mukhriz memilih untuk langkah setapak ke atas, sedangkan Mukhriz sepatutnya tahu tindakannya itu telah melangkaui beberapa pemimpin yg lebih senior, tp memilih bertanding hanya kerusi MT... cthnya, Datuk Seri Mustapha Mohamad, DS Idris Haron, DS Khaled Nordin, DS Shahidan Kassim, DS Mohamad Hassan dan beberapa nama lg...

Kenapa??? Kerana terpengaruh dgn percaturan politik TSMY yg mahu mengimbangi penguasaan pemimpin pro Najib di kerusi Naib Presiden... nasib baik, rancangan TSMY gagal dan hanya Shafie Apdal yg dianggap pro TSMY berjaya mempertahankn kerusi Naib...


Sekali lg... sbg tanda hormat Najib kpd Tun M, walaupun pada ketika ini Najib sudahpun menyedari wujudnya usaha2 awal konspirasi mahu menjatuhkannya, (boleh baca artikel sebelum2 ini), Mukhriz dilantik sbg ahli Majlis Tertinggi atas tiket lantikan yg mana kuasa lantikan berada dlm tangan Presiden... DS Ali Rustam yg turut mencuba kerusi naib pun tidak diberi keistimewaan ini...

Memang malang bg Mukhriz kerana terlalu terpengaruh dgn mainan politik ayahnya, yg juga turut terpengaruh dgn percaturan TSMY... Najib beberapa kali memberi peluang kpd Mukhriz dgn hanya bersandarkan pada prasangka baik... maklum sajalah, Mukhriz sebagai pemimpin muda, mmg diakui mempunyai aura kepimpinan yg tersendiri serta berupaya menarik pengaruh dan sokongan kpd UMNO... mmg sayang sekiranya perjalanan politik Mukhriz berakhir begini...

Najib beberapa kali cuba memejamkan mata dgn tindakan dan perbuatan Mukhriz yg dianggap biadap serta tidak menghormati pemimpin lebih senior termasuk dirinya selaku Presiden UMNO... beberapa kali kehadiran Najib ke Kedah tidak disambut oleh MB... walaupun hal kecil, tp tetap memperlihatkan keangkuhan Mukhriz... malah sesama pemimpin UMNO di Kedah juga, Mukhriz sering berlagak pandai dan dilihat sering memperkecil-kecilkan kewibawaan pemimpin UMNO Kedah yg lain yg mungkin dianggap kolot dan kekampungan... jika tidak, masakan ketua2 bahagian yg lain bangkit menentangnya...


Mukhriz terlupa, menjadi pemimpin di negeri seperti Kedah, tidak sama seperti menjadi pemimpin di kawasan2 bandar... sensitiviti masyarakat khususnya yg tinggal di kawasan2 luar bandar serta kampung perlu dijaga... itu belum dikira lagi dengan beberapa kenyataan yg keluar dari mulut Mukhriz yg jelas bertentangan dgn dasar2 kjaan...

Turning point yg patut Mukhriz sedari tentang tahap keikhlasan Najib adalah ketika TSMY dan Shafie digugurkan dari kabinet... Najib boleh sahaja memilih utk turut menggugurkan Mukhriz ketika itu, tp tidak... Najib kekalkan Mukhriz, sekali lagi atas dasar menghormati ayahnya, malah Najib tidak pernah mendesak Mukhriz untuk menyatakan pendirian dan sokongannya... hinggalah apa yg berlaku di Saloma Bistro... kehadiran Mukhriz ke sana telah mencabar kesabaran Najib... tidak cukup setakat hadir, Mukhriz tanpa rasa bersalah telah mengkritik dan mempertikai Najib dalam ucapannya malam itu secara terbuka...

Tindakan Mukhriz ini bukan saja mencabar Najib, malah turut melukakan hati pemimpin2 UMNO lain di Kedah yg setia kpd UMNO dan presiden... Mukhriz terlupa bahawa ucapannya pada mlm itu boleh dianggap mewakili suara UMNO Kedah, sedangkan tidak semua pemimpin negeri bersetuju dengannya...


Maka, bagi menjaga nama baik dan maruah UMNO Kedah, bagi menjaga dan menghormati kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia, dan, bg menjaga maruah dan jatidiri UMNO itu sendiri, memang sewajarnya lah desakan ini dibuat dan mmg tepatlah tindakan Mukhriz untuk berundur daripada kerusi Menteri Besar Kedah...


By Muhammad Ariff Bin Ahmad

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama