Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! AG Cuma Biarkan Pengkhianat Berjoget Atas Pentas Berlubang... Hanya Penyangak Percayakan Pembohong... #SahabatSMB

TAIB MAHMUD, KEMUDIAN NAJIB... MEMANG SAH CLAIRE BROWN & SR PENIPU BESAR... INI BUKTINYA...

Pada Selasa 26 Januari, Peguam Negara Malaysia Mohamed Apandi Ali telah menolak tuduhan palsu derma yang diterima oleh PM Najib, datang dari 1MDB. Malah, siasatan telah mendapati derma terbabit datang dari keluarga diraja Arab Saudi. Tuduhan palsu ini telah dijadikan asas untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang telah dipilih secara demokratik yang telah dimulakan oleh Clare Rewcastle Brown.


Keputusan Peguam Negara ini dikeluarkan seminggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kritikan secara terbuka terhadap Clare Rewcastle Brown kerana menerbitkan maklumat palsu.

Clare Rewcastle Brown, blogger yang berpangkalan di UK menjadi ikon utama di dalam kempen menjatuhkan Najib, satu fakta yang beliau sendiri akui di dalam beberapa siri perbualan sulit. Pendedahan dan pengakuan oleh beliau di mana beliau telah menawarkan USD2 juta untuk data yang dicuri, yang kemudiannya diubahsuai dan diterbitkan di laman web beliau, telah mendedahkan niat dan motivasi sebenar beliau. Tetapi siapakah beliau yang sebenarnya?

SARAWAK REPORT - SEJARAH PEMBOHONGAN YANG PANJANG DAN MEMALUKAN.

Dilahirkan di Sarawak ketika Sarawak masih lagi di bawah takhlukan British, Clare Rewcastle Brown kemudiannya berpindah ke UK pada usia yang muda. Beliau mencuba nasib untuk menjadi wartawan di BBC, stesen penyiaran British dan ITV tetapi gagal apabila beliau menulis berita yang tidak benar.


Kemudian, beliau menjadi blogger  bertaraf rendah yang telah menubuhkan sarawakreport.org pada tahun 2010.

Sarawak Report pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2010 untuk menjatuhkan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, yang ketika itu adalah Ketua Menteri Sarawak. Clare dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim sememangnya diketahui mempunyai hubungan yang baik (anak perempuan Anwar lah yang menawarkan USD2 juta untuk data yang dicuri itu) dan memulakan kempen terhadap Taib.

Pada Oktober 2010, Clare Rewcastle Brown telah menerbitkan satu cerita yang anak Taib mengidap AIDS. (KLIK SINI)

Ini kemudiannya dibuktikan tidak benar apabila Sulaiman Taib sememangnya tidak sakit dan tidak muncul di khalayak kerana sedang bersedih atas kematian ibunya. (KLIK SINI)

Pada Mei 2011, Clare Rewcastle Brown telah menerbitkan satu cerita yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak telah melonggokkan dana kerajaan negeri di dalam akaun bank di Switzerland. (KLIK SINI)

Hakikat yang sebenar? Taib langsung tiada akaun bank di Switzerland.

Kesemua tulisan SarawakReport dibuktikan tidak benar dan kempen untuk menjatuhkan Taib gagal. Tetapi ianya tetap diteruskan oleh Clare Rewcastle Brown dan terus-menerus menerbitkan cerita bohong. Najib Razak menjadi sasaran seterusnya apabila Clare Rewcastle Brown direkrut oleh satu kempen politik untuk menjatuhkan Najib.


IA ADALAH UNTUK MENUMBANGKAN PM YANG DIPILIH SECARA DEMOKRASI

Beberapa minggu yang lalu, OSI telah membuat beberapa siri pendedahan berkenaan peranan yang dimainkan oleh Clare Rewcastle Brown di dalam plot untuk menjatuhkan Najib.

Francis Yeoh, salah seorang individu terkaya Malaysia, dengan pengakuan beliau sendiri berkata kekayaan beliau sebahagian besarnya adalah hasil dari perjanjian perniagaan yang menguntungkan yang dianugerahkan oleh PM Mahathir Mohamad.
(Bloomberg Business, 4 September 2011)(KLIK SINI)

Semenjak PM Najib mengambil alih pentadbiran, perniagaan Yeoh mengalami pelbagai masalah. Pendedahan demi pendedahan telah memberitahu bagaimana Yeoh telah berpakat dengan ahli perniagaan lain yang mempunyai perasaan tidak puas hati yang sama terhadap pentadbiran Najib, termasuklah taikun media Tong Kooi Ong, rakan rapat beliau di dalam usaha untuk menjatuhkan Najib.


Clare Rewcastle Brown telah direkrut. Seorang wartawan yang gagal menjadi seorang blogger inilah yang menawarkan suapan USD2 juta untuk data yang dicuri: "I have offered them [Malaysian businessmen] to buy 30% of my company. Then I will take the risk…a dodgy transaction but I will do it." (Clare Rewcastle, perbualan di Whatsapp, 18 Mei 2015)

Beliau kemudiannya membantu warganegara Switzerland, Xavier Justo, yang mencuri data-data dan dokumen terbabit, di dalam cubaan beliau untuk mendapatkan USD2 juta terbabit: "seems to be on its way to my company at least. Then we can start to get it to you." (Clare Rewcastle, perbualan Whatsapp, 1 Jun 2015) dan beliau kemudiannya menerima dan menyimpan dan mengubah dokumen yang diperolehi dari Justo. (KLIK SINI)

Mereka sendiri mengakui yang kempen itu bukanlah berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana pelaburan milik negara yang lembaga penasihatnya diketuai oleh PM. Ianya berkenaan dengan menjatuhkan kerajaan Najib Razak.


"She [Clare] said she wanted to bring down the Prime Minister, Najib Razak." (Xavier Justo, Pengakuan 29 Jun 2015)”. Tong pula telah mengakui ianya adalah "hal dalaman Malaysia sahaja" (Xavier Justo, Pengakuan 29 Jun).

Menurut laporan, plot ini menerima pembiayaan yang sangat banyak, dengan hampir USD140 juta dibelanjakan di dalam satu kempen media seluruh dunia. (KLIK SINI)

KEGELISAHAN REWCASTLE BERKENAAN HASIL KEMPEN 'JATUHKAN NAJIB'.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), agensi kerajaan yang menyiasat kes rasuah dan penyelewengan di Malaysia, telah menyiasat skandal 1MDB.

Pada 31 Disember 2015, SPRM telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara Malaysia. Peguam Negara kemudiannya meminta penjelasan lanjut untuk beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM dan mengembalikan semula kertas siasatan itu. Beberapa hari lepas, SPRM telah memberikan respon kepada permintaan Peguam Negara itu.


Selepas siasatan dilihat semakin ke penghujungnya, Clare Rewcastle Brown dan sekutunya menjadi semakin gelisah terhadap keputusan kempen mereka. Pada 17 Januari 2016, mereka mengumumkan di Sarawak Report yang siasatan SPRM “mengandungi tidak kurang 37 pendakwaan berasingan terhadap Najib”. Seperti yang telah ditunjukkan di OSI, ini hanyalah satu bentuk alih perhatian. SPRM kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan, yang secara terbuka mengkritik Clare Rewcastle Brown kerana ‘menyampaikan maklumat yang tidak benar’.

DITANGKAP TIDAK JUJUR SEKALI LAGI.

Berdasarkan siasatan SPRM, Peguam Negara Malaysia, Mohamed Apandi Ali telah membersihkan nama Perdana Menteri Najib Razak atas sebarang tuduhan salah laku di dalam skandal 1MDB. Tiada jenayah telah dilakukan oleh Najib. Bagaimana pula dengan dalang dan sekutu media mereka, Clare Rewcastle Brown? Tindakan mereka yang menyalahi undang-undang dan motif tindakan mereka telah didedahkan. Kesemua tuduhan ke atas derma tersebut telah dibuktikan tidak benar dan kempen menjatuhkan Najib ini telah gagal.


Tetapi, selepas begitu banyak wang dihabiskan untuk kempen politik dan motif penglibatan Clare pun telah diketahui, lebih banyak cerita dongeng dan pembohongan dijangka akan datang dari Clare Rewcastle Brown.


Sumber : Open Source Investigation

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama