Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] HOT!!! Lim Guan Eng Terpaksa Campurtangan Tangani Kemelut PKR P. Pinang... Kedudukan TKM(I) Diancam... #SahabatSMB

YB RASHID HASNON VS YB MANSOR OTHMAN... RETAK DALAM PKR P. PINANG SEMAKIN KRONIK...
-------------------------------------------


Pergolakan dalaman PKR Penang sebenarnya sudah tidak mampu dibendung lagi... sejak ketiadaan bos no. 1 PKR, DS Anwar Ibrahim yg terpaksa 'direhatkan' sementara, nampak masing2 di dlm PKR cuba menonjol dan berlumba-lumba bg mendapatkan tempat...

Samada di Selangor mahupun di Pulau Pinang, kedua-dua negeri yg dipimpin oleh Pakatun Heqhot ini semakin tidak keruan, khususnya melibatkan dalaman PKR... sudah nampak kewujudan 2 kem + 1 outsider yg cuba menguasai kepimpinan tertinggi parti... DS Wan Azizah selaku Presiden parti nampaknya semakin lemah dan longlai diasak oleh kumpulan dari kem Timbalan Presiden... manakala Chegu Bard yg bergerak menggunakan saluran NGO masih setia membela Anwar...

Kemelut ini sebenarnya turut mengheret kepimpinan PKR di P. Pinang... mmg tidak disangkal lagi, gerakan untuk menjatuhkan Timbalan Ketua Menteri P. Pinang sedang giat diatur... aku pernah dedahkan hal ini dalam posting blog sebelum ini...


YB Dato' Rashid Hasnon (Timb. Ketua Menteri (I) P. Pinang)

YB Rashid Hasnon yg merupakan TKM (I) P. Pinang sedang diasak oleh Pengerusi WHIP ADUN PKR P. Pinang yg juga merupakan ADUN Bukit Tengah, YB Ong Chin Wern... menurut sumber, individu yg berada di belakang YB Ong adalah YB Mansor Othman yg merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal...

Sumber tersebut juga telah memaklumkan bahawa YB Mansor lah yg bertanggungjawab mempengaruhi 5 ADUN PKR agar mengambil sikap berkecuali ketika usul tebus guna tanah dibahaskan dlm sidang DUN yg lepas...

Terbaru, mungkin setelah melihat kedudukan YB Rashid yg merupakan org kuat DS Wan Azizah kian tergugat, akhirnya memaksa campurtangan LGE... Guan Eng semalam telah menamatkan kontrak ke atas YB Ong Chin Wern selaku Pengarah di Penang Invest And Island Golf Propeties Bhd di bawah Penang Development Corporation... manakala seorang lagi ADUN PKR ialah YB Cheah Kah Peng mewakili DUN Kebun Bungah... YB Cheah ditamatkan kontrak sebagai Pengarah Penang Hill Corporation... kedua-dua syarikat ini merupakan GLC milik kjaan negeri...

YB Mansor Othman (Pengerusi PKR Negeri P. Pinang)

YB Rashid sebenarnya semakin ditolak oleh kepimpinan PKR Negeri yg lain kerana dianggap sangat lemah dan hanya menjadi pak angguk kpd LGE... ada juga andaian dr segelintir pihak kononnya tindakan LGE ini dibuat sebagai balasan kpd Azmin yg bertindak melantik Ahli2 Majlis di Selangor hanya dari kalangan org PKR yg menyokong kuat dirinya sehingga ramai ahli2 DAP dan ahli2 PKR pro DSWA telah tersingkir...


By Muhammad Ariff Bin Ahmad

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama