Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] Pilihan Di Tangan Tun M... 'Cukup Sampai Di Sini', ATAU, 'Ku Serahkan Jiwa Dan Raga'... #SahabatSMB

2 PILIHAN BUAT TUN MAHATHIR... BERHENTI DAN HIDUP DAMAI, ATAU, TERUSKAN SERANGAN DAN BERSEDIA UNTUK KEMUSNAHAN ANDA DAN KELUARGA... 
----------------------------------

"Servis di tangan Tun Mahathir..."


Memang dah dijangka, ini akan menjadi gerakan terakhir drpd kelompok anti-Najib untuk menjatuhkan Najib... strategi ini pernah dilakukan oleh Tun M pada tahun 1988, dan nampaknya ia terpaksa digunakan semula...

Mereka yg telah terlibat dlm politik UMNO sejak sebelum 1988 pasti masih ingat apa yg sebenarnya berlaku ketika itu... Tun M yg ketika itu baru 7 tahun memimpin UMNO sbg Presiden, mungkin terlalu sibuk mengatur pentadbiran negara, hingga terlupa mengukuhkan kedudukan parti...

Akibatnya, muncul gerakan dari dalam UMNO dikepalai oleh Timbalan Presiden ketika itu, Tan Sri Musa Hitam, menggunakan Tengku Razaleigh Hamzah yg mempunyai pengaruh kuat pihak istana sbg proksi untuk menumbangkan Tun M... (aku akan kongsikn punca2 berlaku kebangkitan ini dlm posting akan datang secara berperingkat...)

Yg penting, gerakan ini mmg cukup kuat dan sudah cukup sebenarnya untuk jatuhkan Tun M... sewaktu pengiraan undi yg dilakukan beberapa kali setelah mendapat bantahan, KuLi menang pada kiraan pertama... tp kemudiannya terpaksa akur tewas kpd Tun M pada kiraan kali ke-2 dan ke-3 dgn hanya kelebihan tidak lebih 5 undi...

Apa yg berlaku selepas pemilihan ini? Tun M sedar, kali ini dia menang... belum tentu dia dapat pertahankn kemenangan ini pada pemilihan akan datang, jika dia tidak melakukan satu tindakan drastik utk melumpuhkan terus kekuatan lawan dan menghalang pihak lawan mengumpulkan kekuatan semula utk menjatuhkan...

Pengharaman UMNO lama ketika itu dijadikan batu loncatan utk Tun M menyusun semula UMNO yg baru ditubuhkan semula... Tun M mengarahkan jentera parti yg diketuai oleh Setiausaha Agong UMNO ketika itu, Sanusi Junid agar melakukan tapisan seketat-ketatnya terhadap ahli2 yg akan mendaftar semula dalam UMNO baru...


Maka ramailah di kalangan ahli UMNO lama yg memihak kpd KuLi-Musa telah disekat, digantung dan diperlambatkan pendaftaran keahlian baru mereka... hal ini menyebabkan KuLi yg tidak berpuas hati memilih untuk menubuhkan Semangat 46... pujian mungkin boleh diberikan kpd Musa Hitam dan beberapa pemimpin lain termasuk Pak Lah yg memilih untuk tidak menyertai KuLi... Musa memilih untuk berundur dari politik manakala Pak Lah dan beberapa pemimpin seangkatan memilih untuk berehat seketika drpd kepimpinan tertinggi...

Maknanya, Tun M ketika itu berjaya menjatuhkan dan membunuh karier politik seterunya, Musa Hitam, dgn cara mengorbankan dan mengharamkan UMNO lama... tak pe lah, ketika itu Tun M bertindak sebagai Presiden dan 'servis' berada di tangan...

Bagaimana pula halnya dgn Najib sekarang, iaitu utk jatuhkan Najib? Kita sudah sedia maklum, Tun M sudahpun menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan Najib, tp sehingga kini masih gagal... lebih malang, anaknya sendiri yg tumbang...

Tinggal lagi satu sahaja cara, dan cara ini mmg sgt berisiko, jika Najib masih tidak tumbang, maka penamat utk Tun M, malah turut terheret sekali ahli keluarga dan seluruh sekutu-sekutunya, samada yg nyata mahupun yg masih bersembunyi dlm UMNO... Bagaimana? Seperti yg katakan td, utk hancurkan UMNO dari dlm mmg sukar, tidak seperti 1988 yg mana dirinya sendiri sbg Presiden... Najib sbg Presiden UMNO tentunya sudahpun memperkukuhkn kekuatannya di dlm parti...

Mahu tidak mahu, Tun M perlu menerjah dr luar iaitu dgn membentuk proksi baru utk org Melayu iaitu dgn menubuhkan parti baru yg mirip dgn UMNO... jika ini berlaku, Tun M dan sekutu-sekutunya perlu bekerja keras utk menarik sokongan seramai mungkin dr kalangan ahli2 UMNO, khususnya barisan kepimpinan di semua peringkat terutama mereka2 yg mempunyai nama, terkenal dan berpengaruh...

Sekadar sama kuat sahaja tidak cukup, malah dianggap berniat jahat mahu memporak perandakan kesatuan org Melayu... Tun M perlu pastikan gerakannya ini lebih kuat drpd UMNO pimpinan Najib, barulah alasan ahli UMNO menolak kepimpinan Najib boleh digunapakai...

Tempoh masanya? Matlamat mesti dicapai sebelum pemilihan agong UMNO akan datang... jika tidak ia akan dianggap usaha yg sia2... jika berjaya, maka Najib akan diturunkan menjelang pemilihan dan TSMY dijangka akan mengambil alih kepimpinan, yg mana ketika itu kedua-dua parti iaitu UMNO dan parti baru pimpinan Tun M akan kembali bersatu...


Jika gagal... Tun M dan kesemua sekutu-sekutunya akan kekal dalam parti serpihan tersebut, dan dianggap sebagai petualang orang Melayu dan UMNO... ruang utk mereka kembali ke pangkuan UMNO mungkin ada, tetapi jgn mimpi untuk mengambil semula tempat yg mereka tinggalkan ketika memilih utk membelot drpd UMNO...

Manakala buat Tun M dan ahli keluarganya, anda mungkin sudah boleh melupakan taikun2 kroni yg selama ini memayungi kalian hasil drpd merompak hak negara dan rakyat... kerana tentunya, taikun2 ini juga tidak akan lg mendapat walau sedikit ruang utk berkongsi hak kekayaan dan kemakmuran negara, selagi mana Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia...

#KekalNajib
#KekalUMNO
#KekalUMNOBN

By Mamu Karapoley

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama