Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] Cari Jalan, Bukan Cari Alasan... 1.5 Juta Warga Bangla Masuk Untuk Urus Hidup Rakyat M'sia Jugak... #SahabatSMB

ADA 100 ENGGINEER, TAPI TAK DE SAPA YG NAK BINA BANGUNAN... PUN TAK GUNA JUGAK...
---------------------------------


Kemasukan warga asing khususnya dari Bangladesh dll mmg ada baik buruknya... semua pihak nakkan yg terbaik utk negara Malaysia... tapi dlm masa sama, kita tak boleh nafikan sumbangan warga asing dlm proses membangunkan negara, terutama dlm sektor pembinaan, perladangan dan sebagainya...

Aku tak percaya, anak2 kita yg merupakan warganegara Malaysia, tak kiralah bangsa Melayu, Cina, India atau apa saja boleh bertahan lama bekerja sebagai 'capkang' dlm projek2 pembinaan, atau sebagai pemetik buah sawit... malah hari ini pun, jika kita lihat di sawah2 bendang, warga asing inilah yg ramai mendapat upah ketika musim menanam... kita boleh melahirkan ramai jurutera dan tenaga mahir, tapi tak guna juga jika tidak ada orang yg berupaya membina projek2 yg kita rancang...

Dalam isu ini, kjaan perlu mengkaji semula keperluan, terutama dari sudut keutamaan kehendak industri, memberi fokus dlm aspek penguatkuasaan undang terhadap PATI, mencari jalan bagaimana untuk memaksimumkan sumbangan tenaga tempatan terutama golongan penganggur dan beberapa keperluan lain... manfaatkan dulu warga2 asing sedia ada termasuk PATI, baru fikir untuk tambah bilangan... strategi kjaan spt yg diumumkan oleh Najib sewaktu ucapan Penggubalan Bajet 2016 yg mahu memberi peluang kpd PATI untuk tampil mendaftar secara sah dilihat langkah yg tepat dlm mengoptimumkan tenaga warga asing...

Soal kelulusan 1.5 juta warga Bangladesh sebenarnya masih di peringkat kelulusan awal... negara Bangladesh secara umumnya telah memberi kebenaran kpd Malaysia untuk meng'import' rakyat mereka pada bila2 masa sekiranya perlu... bukanlah bermaksud jumlah tersebut sudah tentu akan dibawa masuk dlm masa terdekat...

Jika semua pihak memainkan peranan dgn baik, tidak hanya komplen dan mengkritik di media, bersama-sama dgn kjaan mencari jalan bagaimana untuk mengelakkan tuntutan keperluan warga asing ini dgn memanfaatkan sumber sedia ada, maka tidak perlulah kjaan membawa masuk warga asing spt yg dimohon...

Tujuan kjaan adalah sebagai persediaan sekiranya wujud keadaan yg mendesak di mana tenaga kerja sedia ada masih belum cukup untuk memenuhi tuntutan semasa... jika tidak ada langkah awal drpd kjaan sbg persediaan, dikhuatiri masalah ini boleh mengganggu operasi, membantutkn perancangan dan sekaligus merencatkan agenda pembangunan negara...

#KekalUMNO

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama