Isnin, 11 Januari 2016

[DEDAH] PANAS!!! Tun M Rupanya Membiayai Dana Politiknya Hasil Wang JUDI... Berjuang Untuk Bangsa Melayu Konon... #SahabatSMB

"Mengapa semua kroni dan taikun besar belaan Tun M bersatu membentuk satu konspirasi terancang termasuk sanggup membiayai berbillion ringgit semata-mata untuk menyerang Najib Tun Razak dan berusaha keras untuk menjatuhkan beliau? Jawapannya mudah. Najib juga secara terancang dan sistematik telah berjaya menghapuskan dan merombak semula sebahagian besar projek, lesen, konsesi yang pernah Tun M anugerahkan kepada rakan2 kroni beliau."


--------
Saya berada di dalam Pejabat Ahmad Sebi Abu Bakar apabila Vincent Tan meluru masuk tanpa mengetuk pintu. Nampaknya Vincent Tan tidak perlu membuat temujanji untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atau Menteri Kewangan Daim Zainuddin. Beliau boleh masuk begitu sahaja walaupun terdapat orang lain di dalam bilik, termasuklah diplomat dan wakil asing.

Apapun, sebab Vincent Tan dipanggil bertemu orang kanan Tun Daim, Ahmad Sebi, yang ketika itu mengendalikan TV3 adalah untuk membincangkan hal Sports Toto. Mereka mahu Vincent Tan mengambil alih Sports Toto. Kerajaan Mahathir memanggilnya penswastaan. Kami di Dewan Perniagaan Melayu memanggilnya pelanunan.

Satu sebab mengapa ahli tidak begitu gembira dengan penswastaan ini adalah ianya tidak dilakukan dalam tender terbuka. Maka tiada ketelusan langsung bagaimana ianya dilakukan. Ianya dilakukan secara bawah meja dan memberikan manfaat kepada kroni yang berjalan di koridor kekuasaan - Melayu, Cina dan India.

(Maka penswastaan ini tidak bersifat rasis dan perkauman - yang bermakna Dasar Ekonomi Baru atau DEB lebih berkesan untuk bukan Melayu. Contohnya, Mahathir memberikan RM3 bilion kepada orang Cina dan hanya RM500 juta kepada orang Melayu untuk ‘bail out’ mereka yang berdepan risiko muflis ketika krisis ekonomi 1985).

Dan yang lebih dipertikaikan adalah aset, pelaburan, pegangan dan konsesi kerajaan yang diswastakan ini dijual pada harga yang cukup murah, kadang-kadang 10% atau kurang dari harga pasaran sebenar. Dengan hanya satu tandatangan, kroni menjadi jutawan dan bilionair sekelip mata.

Anda boleh baca selebihnya tentang isu ini seperti yang dilaporkan oleh Jomo K. S. dan Tan Wooi Syn di pautan ini:
http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/un/unpan021546.pdf

Seperti yang saya sebutkan, saya berada di situ ketika Vincent Tan diminta untuk membuat tawaran untuk sumber wang kerajaan yang sangat menguntungkan, Sports Toto. Pada tahun 1995, Sports Toto secara sulit dijual kepada Vincent Tan tanpa sebarang pengumuman dan tiada bidaan saingan.

70% yang pertama dijual pada harga RM28 juta kepada B&B Enterprise milik Vincent Tan, yang dikatakan 60% milik bumiputera, dan kemudiannya 10% dijual kepada Melewar Corporation - syarikat yang dimiliki oleh seorang lagi kroni Mahathir (dan rakan perniagaan Tan Sri Loy Hean Heong dari MBF), Tunku Tan Sri Abdullah Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Baki 30% dijual kepada Raleigh Berhad milik Tun Daim, bernilai RM85 juta, yang dimiliki sebanyak 26% oleh seperti Tajuddin Ramli yang ‘terkenal’ dengan MAS. Walaupun penjualan kedua melibatkan harga sesaham 7 kali ganda lebih tinggi, perlu diingat ketika Sports Toto kali pertama diniagakan di BSKL, ianya mencatakan harga penutup yang lebih tinggi.

Ketika bursa saham ditutup semalam, pemodalan pasaran Sports Toto pemodalan pasaran Sports Toto mencecah RM4.2 bilion - satu pulangan yang cukup lumayan daripada RM28 juta untuk 70% saham yang dibayar ketika Mahathir menjualnya kepada Vincent Tan.



Memandangkang Berjaya Corporation (syarikat pegangan B&B) memilki hampir 56% pada penghujung tahun kewangan 1990-1991 dengan 42% adalah milik bumiputera, Jones and Fadil telah menyimpulkan kepentingan swasta Bumiputera telah melepaskan pegangan dengan menjual saham-sahamnya,dan dalam masa yang sama telah memberikan pulangan dana yang memberansangkan untuk kepentingan bukan bumiputera.

Sports Toto dipercayai adalah aset yang paling menguntungkan di dalam konglomerat milik Tan. Keuntungan Sports Toto diransang oleh kadar cukai yang rendah - berbanding dengan firma perjudian lain, dimana kadar cukai itu ditentukan secara rahsia oleh Kementerian Kewangan - dan juga sumbangannya - yang sering diberikan publisiti meluas - kepada pembangunan sukan di Malaysia.

Pada tahun 1988, operasi loteri Big Sweep telah diswastakan kepada Pan Malaysian Sweep Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Ananda Krishnan, seorang lagi sekutu rapat Mahathir (New Straits Times, 16 February 2016). Lesen untuk loteri Big Sweep hanya dikeluarkan kepada Kelab Lumba Kuda Selangor, Perak dan Pulau Pinang, yang hanya menjual tiket loteri itu kepada ahli kelab mereka.

Dengan pengambilalihan oleh Pan Malaysia Sweeps, sejak Februari 1989, tiket loteri telah djiual kepada orang awam. Hadiah Big Sweep yang lebih lumayan telah menjejaskan jualan tiket loteri Kementerian Kebajikan iaitu Loteri Kebajikan Sosial, yang akhirnya ditutup oleh Kerajaan, selaras dengan polisi Islamisasi - lalu memberikan monopoli kepada Big Sweep dalam jualan tiket loteri, monopoli yang bertahan selama 25 tahun hingga ke tahun ini.

Juga pada Januari 1989, Lembaga Totalisator Malaysia, satu badan berkanun kerajaan yang menganjurkan dan mengawal selia totalisator lumba kuda sejak 1961, telah melantik Usaha Tegas Sdn Bhd milik Ananda Krishnan untuk menguruskan Operasi Nombor Ramalan Totalisator (NFO)

Pengurusan NFO telah diambil alih oleh subsidiari milik penuh Usaha Tegas, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd, yang diperbadankan pada Julai 1988. NFO mengendali 2 aktiviti perjudian - operasi ‘3 digit’ yang bermula pada tahun 1961, dan operasi ‘1+3’ digit, yang diperkenalkan oleh Pan Malaysian Pools pada September 1989 (Malaysian Business, 16 November 1991) - yang mengukuhkan lagi monopoli perjudian Ananda Krishnan.

Selain dari keuntungan beratus juta ringgit yang dicatatkan selama lebih 2 dekad, operasi ini yang telah dinamakan semula sebagai Da Ma Cai, telah dijual pada 2011 oleh Ananda Krishnan pada harga RM2.1 bilion kepada sekumpulan taikun cina yang terkenal - mengagumkan untuk satu operasi yang diperolehi hampir secara percuma oleh Ananda apabila beliau dilantik (bukan dijual kepada beliau) untuk mengambil alih operasi.

Selain dari itu, beberapa tahun kemudian pada tahun 1993, Ananda Krishnan telah diberikan hak untuk mengambil alih tanah Kelab Lumba Kuda Selangor di Jalan Ampang pada harga RM400 juta dengan menggunakan wang yang diperolehi beliau dari operasi perjudian beliau.

Dengan pantas, Petronas diarahkan untuk membiayai dan mengambil alih projek ini dan dinamakan sebagai KLCC. Di dalam proses itu, hanya dalam tempoh beberapa tahun yang pendek selepas dibenarkan mengambil alih tanah tersebut, berbilion ringgit wang Petronas mengalir ke poket kroni Mahathir ini, iaitu Ananda Krishnan.

Tetapi ini adala kisah untuk hari lain. Cukup untuk mengatakan yang Petronas mengambil alih satu menara pada harga 2 menara ditambah dengan harga tanah. Maka Ananda Krishnan mendapat menara kedua secara percuma - yang begitu tidak disenangi oleh Petronas tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana perjanjian itu ditandatangani oleh antara Mahathir dan Ananda Krishnan.

Dan anda mahu bercakap tentang 1MDB? Aduh. Mari kita berbicara mengenai urusniaga-urusniaga lain yang lebih meragukan. Tony Pua dan DAP tidak akan menyalak berkenaan isu ini kerana mereka menerima jumlah derma yang besar dari orang-orang ini. Walaupun bukan RM2.6 bilion, ianya masih besar. Saya serahkan kepada anda Muhyiddin Yassin! Beritahulah berapa yang anda terima juga.

Sekarang, mengapa semua kroni ini bersatu membelasah Najib Tun Razak dan membiayai Dr Mahathir untuk menjatuhkan beliau? Jawapannya mudah. Najib secara sistematik menghapuskan semua projek, lesen, konsesi yang telah diberikan Mahathir kepada rakan kroni beliau.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri, Big Sweep dan Da Ma Chai kini hanya menjadi badan kebajikan berbanding menyumbangkan untung ke dalam poket Ananda Krishnan. Najib telah menggantung lesen pertaruhan sukan Vincent Tan yang diberikan oleh Mahathir sebulan sebelum beliau bersara. Permintaan Vincent Tan untuk menjadikan Bukit Tinggi Kasino tidak diluluskan. Dan Ananda Krishnan hilang IPP beliau yang menguntungkan kepada 1MDB.

Anda perlu menjadi saintis ke untuk mengorek sebab sebenar semua ini terjadi? Anda betul-betul fikir ianya mengenai 1MDB ke? Jika begitu, anda lebih bodoh dari apa yang sepatutnya.


Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/how-mahathir-turned-millionaire-vincent-tan-into-a-billionair
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE