Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! LGE Terpaksa Akui Kerajaannya Gagal Membawa Kebaikan Kpd Pulau Pinang... Pemimpin NGO P. Pinang Jadi Saksi... #SahabatSMB

"Lim Guan Eng akhirnya akui bahawa kerajaannya TIDAK berkemampuan untuk mengubah dan memberi kebaikan serta manfaat kepada rakyat dan negeri Pulau Pinang"

Perjumpaan tertutup antara barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang termasuk Ketua Menteri, Kalipah Sayid Lim Guan Eng dengan pemimpin2 NGO dalam negeri Pulau Pinang... agenda pertemuan antara lain membincangkan isu2 semasa berbangkit yg berlaku di Pulau Pinang...


Beberapa isu penting telah dibangkitkan oleh pemimpin NGO yg hadir, dengan harapan mereka akan dapat penjelasan yg telus dan jitu drpd kepimpinan kjaan negeri...

Antara yg dibangkitkan adalah :

1) Isu tebus guna tanah atau tambakan laut yg nampaknya sedang rancak berlaku khususnya di bahagian pulau.

2) Isu Bukit Botak yg mana berlaku tarahan bukit tanpa kawalan dan tidak ada sebarang tindakan drpd pihak kjaan negeri.

3) Isu pembinaan bangunan atau rumah melebihi ketinggian 76 meter.

Apa yg mendukacitakan pemimpin2 NGO yg hadir adalah mendengar jawapan serta penjelasan yg diberikan oleh LGE. Ini antara penjelasan yg diberikan oleh LGE :

1) Isu pertama - Tambakan laut.
Seperti dijangka, LGE lebih berminat untuk menyalahkan kerajaan terdahulu pimpinan BN sebagai punca yg telah lebih awal lagi memberi kelulusan kpd pemaju untuk menambak laut... LGE juga turut mengaku bahawa kjaan negeri pimpinannya akan terpaksa RM1bil kpd pihak pemaju sbg pampasan jika mahu membatalkan kelulusan yg telah dikeluarkan oleh kjaan terdahulu... apa yg dinyatakan oleh LGE bukan saja jawapan untuk mengelak, malah ia satu penipuan fakta yg sgt licik...


Sepanjang tempoh 2 penggal kjaan DAP memimpin negeri P. Pinang, mereka telah mengeluarkan kelulusan untuk kerja2 tebus guna tanah melebihi 4000 ekar... ini termasuklah perancangan yg termaktub dalam Pelan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang di bahagian selatan pulau... malah LGE juga turut memberi kelulusan tambahan kpd E&O untuk membangunkan kawasan yg tidak termasuk dalam projek Seri Tanjong Pinang (STP) Fasa 2... semua ini tidak melibatkan sebarang keputusan yg pernah dibuat oleh kjaan pimpinan BN...


2) Isu Bukit Botak.
Sekali lagi, LGE menyalahkan kjaan pusat pimpinan BN dan pihak Peguam Negara kononnya hanya Peguam Negara sahaja yg boleh mengambil tindakan undang2 terhadap pemaju... adakah pihak kjaan negeri langsung tidak mempunyai kuasa untuk memantau atau menghalang kerja2 tarahan tersebut? Sebenarnya, surat kebenaran kepada pihak pemaju untuk 'rezonning' semula kawasan bukit tersebut untuk projek perumahan mewah telah dikeluarkan oleh pihak kjaan negeri pimpinan LGE...


Kerajaan pimpinan BN pernah mengenakan saman kepada pemaju sebanyak RM50,000 kerana telah melanggar kawasan dibenarkan... tetapi, sepanjang pentadbiran LGE, kjaan negeri belum pernah mengambil apa2 tindakan serious kepada pihak pemaju, malah pihak pemaju bebas melakukan kerja2 mengorek dan menarah bukit sewenang-wenang serta turut membina laluan khas untuk lori-lorinya masuk ke kawasan tersebut...


3) Isu pembinaan bangunan melebihi 76 meter.
Lain yg dibangkitkan, lain yg dijawab oleh LGE... LGE tetap cuba nak kaitkan dgn kjaan terdahulu... sememangnya peraturan binaan bangunan tinggi ini telah diputuskan sejak zaman BN lagi, sepertimana yg dijawab oleh LGE... tujuannya sudah tentulah untuk kebaikan dan keselamatan... yg menjadi persoalan, bagaimana kjaan negeri DAP pimpinan LGE boleh meluluskan pembinaan 55 buah bangunan yg melebihi ketinggian 76 meter sepanjang tempoh 8 tahun pentadbiran mereka?


Tidakkah ini sudah melanggar undang2 dan dasar kjaan negeri? Bukankah kjaan negeri perlu meminda peraturan tersebut melalui sidang DUN terlebih dahulu sebelum boleh memberi kelulusan? Bukankah sepatutnya LGE mengambil tindakan keras atau menghalang pembinaan bangunan seperti ini jika turut merasakan bahawa ia boleh mengundang bahaya?

Seperti yg telah aku nyatakan di awal tadi, semua jawapan dan penjelasan yg diberikan oleh LGE mewakili kjaan negeri sangat mendukacitakan dan tidak lebih hanyalah satu helah kotor untuk meletakkan kesalahan dan tanggungjawab di bahu pihak lain... kjaan negeri dan LGE menggambarkan seolah-olah mereka tidak ada kuasa untuk membuat keputusan atau mengambil tindakan ke atas isu2 penting membabitkan kepentingan negeri seperti yg dibangkitkan...


Jadi, apa guna rakyat P. Pinang memilih mereka bagi menggantikan kjaan BN, jika mereka sendiri mengakui tidak mempunyai kuasa untuk membawa kebaikan dan manfaat kpd rakyat dan negeri Pulau Pinang...

By Padiyappa

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama