Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] Lim Guan Eng Bernasib Baik... Request For Proposal (RFP) Adalah Direct Tender Yang 'Dihalalkan', Bukan Sebahagian Open Tender... #SahabatSMB

"RFP LEBIH KPD DIRECT TENDER... BUKAN OPEN TENDER SPT DAKWAAN LGE..."


Merak buih sungguh aku tengok apek Melaka ni... ada je cara nak ambik kesempatan dan mengeksploitasi keadaan dan fakta sebenar yg berlaku... tengok je lah kenyataan LGE berhubung keputusan kes samannya terhadap YB Ustaz Nasaruddin Tantawi (UNT)... siap boleh kaitkan UNT sebagai pelaku dosa fitnah dan secara tak langsung menggambarkan dirinya sbg mangsa fitnah yg teraniaya...

Perkara yg kita perlu tahu berhubung kes saman ini adalah:

1) Pihak LGE yg bersungguh-sungguh mahu kes ini diselesaikan di luar mahkamah, walaupun pada awalnya ditolak oleh pihak UNT...

2) Pihak UNT tidak pernah mengemukakan apa2 permohonan maaf terhadap LGE... UNT cuma bersetuju untuk menarik balik sebahagian drpd keseluruhan kenyataan yg pernah dikeluarkan hingga membawa kpd kes saman ini...


3) 5 point penting disentuh oleh UNT dlm kenyataannya terhadap LGE antaranya mendakwa bahawa LGE telah menganugerahkan tender terowong dasar laut secara direct tender kpd kontraktor, nilai projek yg overpriced, bajet kjaan negeri yg sentiasa menunjukkan bajet defisit...

4) LGE hanya menumpukan pada point pertama, iaitu berkenaan penganugerahan tender secara direct kpd kontraktor... LGE mengaku ia dibuat secara open tender...

Sebenarnya, kedua-dua pihak memberi maklumat yg tidak tepat tentang kaedah penganugerahan tender ini... ini menunjukkan kedua-dua pihak kurang arif dan kurang faham tentang kerja2 berkaitan kontraktor dan tender...

Kaedah sebenar yg digunakan adalah Request For Proposal (RFP)... kjaan negeri akan arahkan kontraktor kemukakan satu request terhadap satu2 projek, samada secara surat permohonan atau bersekali dgn kertas cadangan yg lengkap... selepas kjaan negeri menerima request ini, barulah kjaan negeri menganugerahkan projek tersebut kpd kontraktor...


Kaedah ini sebenarnya lebih hampir kpd kaedah direct tender... ia diperkenalkn oleh golongan kapitalis bg menghalalkn direct tender... maknanya, kaedah RFP tidak salah dr segi law...

Kenapa ia hampir kpd direct tender? Biasanya pihak kontraktor yg akan dipilih mmg sudah dikenali... request tersebut hanya sebagai syarat seolah mmg wujud permohonan atau request dr kontraktor... walhal kontraktor tersebut mmg sudah dikenalpasti dari awal... lainlah halnya jika RFP tersebut diperoleh dari beberapa kontraktor berlainan, namun ia biasanya dikenali sbg sebutharga...

Dakwaan LGE bahawa ia dibuat secara open tender juga tidak tepat... open tender biasanya bermula drpd tawaran tender diiklankan kpd umum (spt yg biasa kita lihat di akhbar)... LGE perlu kemukakan bukti tarikh dan di mana tender tersebut diiklankan jika benar ia open tender... kontraktor yg layak berhak menyertai tender tersebut... jawatankuasa khas akan dibentuk bg memilih kontraktor yg berjaya berdasarkan kriteria ditetapkan, tidak semestinya harga tender yg paling rendah...

Jika LGE mahu meneruskan samannya di mahkamah maka dia perlu kemuka semua dokumen berkaitan open tender spt dakwaannya, termasuk minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan tender yg berjaya... memandangkan ia menggunakan kaedah RFP, maka LGE akan terpaksa mendedahkan hanya 1 permohonan RFP dr Zenith Konsortium, kontraktor yg mendapat projek ini... ini pasti akan memberi imej negatif terhadap sistem C.A.T dambaan LGE...

Tp memandangkan UNT juga menggunakan termatologi yg salah iaitu mendakwa ianya direct tender, bukan RFP, di situlah sikit kelebihan kpd LGE... dan hanya hal inilah yg ditarik balik oleh UNT, sedangkan 4 point penting lain masih kekal sbg tuduhan terhadap LGE, dan ia langsung tidak dinafikan oleh LGE...


5) Disebabkan kesilapan kecil berkaitan termatologi ini juga, mahkamah hanya mengenakan pembayaran kos paling minima iaitu RM10k, dan ia adalah prosedur biasa di mana pihak defenden akan dikenakan pembayaran kos mahkamah...

Bagi aku, UNT tidak kalah... Malah tiada kemenangan yg boleh dibanggakan oleh LGE... LGE cuma bernasib baik, sedangkan 4 lagi point salah laku dan kelemahan pentadbiran LGE langsung tidak disentuh...


By Mamu Karapoley

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama