-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Isnin, 30 November 2015

[ANALISIS ISU] PANAS!!! Tempoh Untuk Lim Guan Eng Hampir Tamat... Lebih Molek LGE Pulang Ke Melaka Secara Terhormat... #SahabatSMB

LIM GUAN ENG : THE REAL CM 'PARACHUTE'...

Semalam berlangsung pemilihan AJK tertinggi DAP peringkat Negeri Pulau Pinang... seperti dijangka, YB Chow Kon Yeow berjaya memperolehi undian tertinggi dan sekaligus mempertahankan kedudukannya sebagai Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang...


Sebenarnya, sudah timbul cakap2 di peringkat akar umbi DAP berhubung kewajaran LGE terus memikul peranan sbg Ketua Menteri P. Pinang, seolah-olah sudah tidak ada pemimpin negeri yg layak untuk dilantik... peringkat awal kepimpinan dahulu mungkin boleh diterima alasan perlantikan LGE untuk memperkukuhkan kedudukan DAP sbg kjaan negeri, tapi sekarang sudah lebih 7 tahun sejak amik alik tahun 2008...

LGE enggan bertanding dlm pemilihan peringkat negeri P. Pinang... kononnya atas dasar semangat setiakawan dan mengelakkan perpecahan dalaman DAP P. Pinang... atas semangat setiakawan jugalah sepatutnya LGE serahkan jawatan Ketua Menteri kepada pemimpin pilihan DAP Penang, Chow Kon Yeow yg juga merupakan anak tempatan... dan LGE boleh lebih fokus kpd tanggungjawab parti selaku Setiausaha Agong DAP dan juga sebagai ahli Parlimen Bagan...


Selain itu, ADUN Tanjung Bungah, YB  gagal menempatkan dirinya di kalangan 15 ahli jawatankuasa yg baru... walhal beliau sebelum ini menduduki tangga ke-6 dlm senarai ajk DAP... adakah ini akibat yg terpaksa beliau telan apabila bertindak melawan arus dgn memihak kepada ADUN UMNO BN ketika membawa usul berkaitan tebus guna tanah di P. Pinang... nampak LGE mula menggunakan diktatorship nya terhadap mana2 pihak yg cuba untuk menyanggah keputusannya...

Menarik lagi, seorang waris legasi empayar Lim berjaya menempatkan dirinya dlm kalangan 15 ajk pilihan... Lim Hui Ying yg merupakan anak perempuan LGE menduduki tangga ke-4 di belakang satu-satunya calon yg bernama dgn nama org 'Melayu', YB Zairil Khir Johari... selain Zairil, tidak ada lagi pemimpin DAP Melayu yg berjaya menambat hati LGE dan perwakilan DAP... kekal sebagai tongkoi dlm DAP...

Seorang lagi nama besar, orang lama dalam DAP Penang, YB Lim Hock Seng turut gagal mendapat tempat... kedudukan sbg EXCO Kjaan Negeri belum menjamin untuk diterima oleh perwakilan DAP... manakala mewakili legasi empayar Karpal Singh, hanya seorang anaknya yg terpilih iaitu YB Jagdeep Singh Deo di tangga yg ke-2...



Sementara itu dalam Mesyuarat Agong Pemilihan Dap P. Pinang semalam, seorang perwakilan dari DAP Cawangan Taman Chai Leng telah mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada anak tempatan yg berjaya mendapat undi tertinggi... ketika ini, wajah LGE sedikit berubah, mungkin sudah mula menyedari dirinya semakin ditolak oleh ahli2 DAP P. Pinang...

Apapun aku ucap tahniah kepada ajk yg berjaya... diharap dapat memimpin negeri Pulau Pinang dgn baik, bukan hanya mencari salah pihak lain... ingat, anda sekarang adalah di pihak kjaan negeri, bukan lagi pembangkang di P. Pinang...

Ahad, 29 November 2015

[BONGKAR] EKSKLUSIF!!! Isu Tebus Guna Tanah Laut Pulau Pinang... PH Selak UMNO BN, UMNO BN Londeh PH... Akhirnya Rakyat P. Pinang Yg Telanjang Bogel... #SahabatSMB

SIAPA YANG DEDAH FAKTA SEBENAR, LIM GUAN ENG UGUT NAK SAMAN...

Menarik di Pulau Pinang... 'Say No To The Truth'...


KELULUSAN TEBUS GUNA TANAH SEPANJANG 40 TAHUN PEMERINTAHAN UMNO BN...

Seri Tanjung Pinang (STP) Fasa 1 : 240 ekar oleh E&O Berhad.
Jelutong : 263.1 ekar oleh IJM.
Lebuh Maccalum : 61.8 ekar oleh PDC.
Tanjung Tokong : 54 ekar oleh UDA Holdings
Bagan Luar : 115.65 ekar oleh SPPP.
STP Fasa 2 : 740 ekar oleh E&O (BELUM DILAKSANA)
Butterworth : 1006 ekar oleh Penang Port (BELUM DILAKSANA)


Jumlah : 3026.55 ekar
(-) Perjanjian luput : 1606 ekar
Baki yg telah diluluskan : 1420 ekar

KELULUSAN TEBUS GUNA TANAH OLEH KJAAN PAKATAN HEQHOT DARI 2008 HINGGA 2015.

Bayan Mutiara : 35 ekar oleh Ivory
Bayan Bay : 25 ekar oleh Ideal DM
STP Fasa 2 : 29 ekar oleh E&O
Gurney Drive : 131 ekar oleh E&O
Rancangan pembangunan di bahagian selatan pulau. Termasuk dalam Pelan Induk Pengangkutan P. Pinang : 4000 ekar oleh SRS Consortium.

Jumlah : 4211 ekar


Beberapa perkara perlu difahami berdasarkan fakta dan angka yg telah aku dedahkan di atas...

1. Hanya baki 2 projek yg belum sempat dilaksanakan setelah kerajaan UMNO BN memberikan kelulusan iaitu Seri Tanjong Pinang (STP) Fasa 2 membabitkan 740 ekar oleh E&O Berhad... dan projek membesarkan pelabuhan oleh Penang Port melibatkan keluasan 1006 ekar... sedangkan menurut LGE, semua projek tebus tanah sudahpun diberikan kelulusan oleh kjaan UMNO BN dahulu...


Projek Seri Tanjong Pinang (STP) Fasa 1...

Cadangan Projek Seri Tanjong Pinang (STP) Fasa 2...

2. Kerajaan UMNO BN secara kolektifnya telah meluluskan sebanyak 3026.55 ekar. Namun, disebabkan faktor2 kepentingan umum, contohnya, tidak mendapat rekomendation dari JAS atau AIA, mendapat bantahan drpd NGO termasuk CAP, bantahan drpd penduduk tempatan dan lain2, maka, sebanyak 1606 ekar drpd jumlah keseluruhan telah dibatalkan secara automatik apabila perjanjian tersebut luput...

3. Tidak ada sebarang pampasan dikenakan kpd kjaan negeri Pulau Pinang termasuk di bawah pimpinan Lim Guan Eng ke atas baki 2 projek yg telah diluluskan oleh UMNO BN, tetapi belum dilaksana... dakwaan LGE bahawa kjaan negeri perlu membayar pampasan yg boleh menyebabkan kerugian kpd kjaan negeri adalah satu dakwaan palsu yg cuba utk menyalahkan UMNO BN...

4. Lim Guan Eng juga cuba untuk mengaitkan projek di Gurney Drive sebagai sebahagian drpd kawasan yg telah diluluskan oleh UMNO BN di bawah Seri Tanjong Pinang (STP) Fasa 2... ia adalah fakta yg salah kerana aktiviti tebus guna tanah di kawasan Gurney Drive tidak termasuk dalam perancangan E&O untuk projek STP2... E&O telah diberikan kelulusan seluas 131 ekar di kawasan Gurney Drive oleh kerajaan Pakatan Heqhot sendiri... kawasan yg terlibat dgn STP2 terletak berhampiran dgn projek STP1, iaitu berhampiran Tanjung Tokong...


Terdapat 4 perkara yg masih menjadi persoalan yg mana ketiga-tiga hal ini tidak pun disebut atau dibangkitkan, samada oleh kerajaan Pakatan Heqhot mahupun oleh ADUN2 UMNO BN yg mana sebahagian drpd nya pernah terlibat dlm pentadbiran kjaan negeri Pulau Pinang sewaktu menjadi kjaan...

1. Apakah status aktiviti tebus guna tanah melibatkan kawasan Permatang Damar Laut? Menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar Pulau Pinang (JPBPP), ia merupakan sebahagian drpd projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas... adakah ia juga merupakan sebahagian drpd perancangan yg telah diluluskan oleh kjaan UMNO BN dahulu, atau ia termasuk di dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang melibatkan 4000 ekar seperti yg pernah diumum oleh EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang, YB Chow Kow Yeow?


2. Apakah pula status di kawasan Middle Bank atau lebih dikenali sbg Pulau Korea? Middle Bank merupakan sebuah kawasan pulau buatan yg terletak di tepi Jambatan Pulau Pinang... ia terbentuk hasil tambakan tanah sewaktu kerja2 pembinaan jambatan Pulau Pinang... sewaktu persidangan DUN yg lepas, seorang wakil rakyat dari DAP telah mempersoalkan cadangan dari kerajaan negeri Pakatan Heqhot yg mahu memajakkan tanah Middle Bank kepada sebuah syarikat dari luar... kedudukan pulau tersebut yg agak strategik menarik minat byk pelabur, khususnya dari luar yg mahu menjadikan Middle Bank sbg tarikan pelancongan yg baru...

Middle Bank atau Pulau Korea...

3. Apakah status kelulusan yg telah diberikan sejak dari zaman pentadbiran UMNO BN lagi bagi cadangan tebus guna tanah di sepanjang pesisir pantai di Butterworth... seluas 1006 ekar telah diluluskan kepada Penang Port membabitkan sepanjang kawasan pantai dari Bagan Ajam hingga ke Telok Ayer Tawar... ia turut membabitkan pantai di kawasan Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)... Adakah kelulusan yg diberikan ada hubung kait dengan rancangan memindahkan Pangkala Tentera Udara dan membangunkan semula tapak tanah TUDM dengan projek perumahan mewah?


4. Apakah justifikasi dan perancangan yg termaktub dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang? Hal ini penting dan perlu didedahkan kepada rakyat Pulau Pinang kerana ia membabitkan cadangan tebus guna tanah yg berskala besar... YB Chow Kon Yeow telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah meluluskan cadangan tebus guna tanah seluas 4000 ekar bagi merealisasikan pelan induk ini... yg lebih menimbulkan kemushkilan adalah kawasan yg membabitkan 4000 ekar masih belum ditentukan lokasinya, tetapi hak untuk membangun dan melaksanakan pembangunan telah pun diluluskan... hak membangunkan 4000 ekar dijadikan tukaran atau pajakan atau satu bentuk pembayaran bagi merealisasikan hasrat kjaan negeri melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang...

YB Chow Kon Yeow mengumumkan hal ini dalam satu temuramah bersama Sin Chew Daily pada 25 Nov yang lalu... menurut sumber, hak pajakan ini diserahkan pada sebuah konsortium sebagai bayaran untuk melaksanakan Projek Terowong Dasar Laut menghubungkan pulau dan tanah besar...

Sementara itu, hari ini, Pengurus Besar SRS Consortium yg bertanggungjawab membangunkan 4000 ekar telah mengumumkan pelan pembangunan yg bakal dilaksana... kawasan yg terlibat adalah di bahagian selatan Pulau merangkumi Permatang Damar Laut...

Beberapa pecahan fasa telah dibuat membabitkn rancangan pembangunan kawasan bebas cukai, pembangunan perumahan, zon industri dan perniagaan... malah kira2 900 ekar drpd keseluruhan 4000 ekar dijangka akan dibangunkan sebagai sebuah pulau buatan...

Klik link untuk mengetahui penjelasan sepenuhnya oleh CEO SRS Consortium...

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang...

Tidak dinafikan, pembangunan mmg baik bagi sesebuah negeri, tetapi ia mestilah di dalam kawalan, apatah lagi melibatkan pembangunan tebus guna tanah laut... ia melibatkan banyak pihak, dari aspek alam sekitarnya, perubahan ekosistemnya, kesan kepada kegiatan ekonomi penduduk tempatan khususnya nelayan dan sebagainya... cadangan ADUN Pulau Betong dari UMNO BN, YB Muhammad Farid Saad agar kjaan negeri memberi tumpuan dan penekanan kpd laporan Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar sebelum meneruskan sesuatu projek membabitkan tebus guna tanah laut... cadangan dan bantahan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), agensi yg berkaitan serta drpd masyarakat tempatan tidak boleh dipandang sepi oleh kjaan negeri...

Lim Guan Eng selaku orang no 1 di Pulau Pinang sepatutnya lebih bertanggungjawab dan bersikap amanah, sebelum mengeluarkan satu kenyataan... pemimpin yg hebat dan bijak tidak akan semata-mata menafikan sesuatu isu atau tuduhan yg dilemparkan kpdnya, apatah lagi apabila sering mengambil sikap menyalahkan pihak lain termasuk pihak kerajaan sebelumnya hanya untuk menutup dan melindungi kelemahan serta kesilapan sendiri... pemimpin hebat akan tampil berani dgn hujah yg kuat dan bernas demi mempertahankan keputusannya, sekalipun benar ia adalah kesan drpd keputusan pentadbiran kjaan terdahulu...


Seperkara lg, terus terang aku katakn, aku lebih menghormati dan memuji cara kepimpinan yg ditonjolkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia... saman adalah langkah terakhir yg akan diambil oleh Najib, itupun hanya membabitkan tuduhan atau isu yg dilemparkan terhadapnya menyentuh hal2 peribadi dan keaiban keluarga... tidak kpd isu2 berkepentingan umum atau menyentuh hal pentadbiran dan keputusan kjaan... berbeza dgn pemimpin Pakatan Heqhot, baik Azmin Ali di Selangor mahupun Lim Guan Eng di Pulau Pinang...

Ugutan saman hanyalah satu helah atau cara untuk menutup mulut rakyat termasuk media drpd terus membicarakan isu yg dibangkitkn... segelintir pihak yg terkesan dgn ugutan tersebut pasti berasa takut dan akhirnya isu yg sepatutnya perlu diberi perhatian kerana membabitkn kepentingan dan hak rakyat akan didiamkan atau ditutup... adakah ini ciri2 sebuah kjaan yg kononnya menjadikan prinsip ketelusan, hak kebebasan bersuara sbg budaya atau asas dlm pentadbiran?

Apapun, sebagai rakyat Pulau Pinang yg prihatin dgn hak dan nasib masyarakat, serta dlm masa yg sama mahu melihat negeri Pulau Pinang terus berjaya dan membangun dgn pesat, harapan aku adalah agar persoalan serta kemushkilan yg telah aku bangkitkn akan mendapat jawapan dan penjelasan yg sewajarnya dan memuaskan hati semua pihak.. tak kiralah penjelasan drpd pihak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Heqhot mahupun penjelasan daripada kepimpinan UMNO BN yg pernah bersama kepimpinan dahulu sebagai sebuah kerajaan negeri...

Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang... (KLIK SINI)


Jumaat, 27 November 2015

PIC [DEDAH] PANAS!!! Gambar-Gambar Kekejaman Dan Penderitaan Anak2 Kecil Yg Sedang Dibom Di Syria... #SahabatSMB

Yang dituju, yang menjadi sasaran kononnya puak IS yg dikatakan menjadi dalang dalam peristiwa Paris berdarah... bertalu-talu serangan balas dilancarkan ke atas bumi Syria, Iraq dan bumi Islam lain...


Tapi... siapa sebenarnya yg menjadi mangsa di Syria??? Berapa ramai puak IS yg berjaya menjadi korban, berbanding rakyat Syria yg tidak berdosa khususnya kanak2 yg masih belum mengenal erti kehidupan???










Moga Allah melindungi dan membantu saudara seikhwan ku di bumi Syria dan bumi Islam lain yg sekarang sedang menjadi mangsa kerakusan musuh2 Islam...

Rabu, 25 November 2015

[DEDAH] PANAS!!! Persoalan2 Spin Yang Masih Cuba Dibangkitkan Oleh Mat Chai Pakatan Heqhot... 1MDB Tetap Catat Keuntungan... #SahabatSMB

SPIN YANG CUBA DIMAINKAN OLEH PAKATAN HEQHOT BERHUBUNG ISU PENJUALAN ASET EDRA, ANAK SYARIKAT 1MDB...

Memang sudah dijangka, buat lah apa pun, pasti akan ada yg tak kena di mata puak Mat Chai pengangkang Pakatan Heqhot... kalau kena dan tepat pun satu2 tindakan yg diambil, tetap akan dispin, dipusing, diauta dan lebih sadis difitnah oleh mereka...


Sebelum ni pun aku dah post tentang kejayaan 1MDB menjual aset di dalam EDRA Global Energy kpd China General Nuclear Power Corporation... (KLIK SINI)

malah sebelum pada itu pun aku sudah ceritakan perkaitan antara 1MDB, YTL hingga membawa kpd penjualan aset2 ini... (KLIK SINI)

 tp masih juga cuba mencetus isu, hingga ada antara isu yg dibangkitkn jadi kelakar...

1. Kenapa tak jual kpd TNB je... kan TNB pun membida?

Tentunya sebab harga yg ditawar oleh TNB lebih rendah berbanding harga CGN Corp... ini bisnes dan 1MDB tertakluk dlm plan rasionalisasi bg menyelesaikan isu hutang yg dibangkitkn... so logiknya kena cari buyer yg boleh offer harga lebih tinggi...
Dan, jika jual kpd TNB, tentu-tentu dah korang akan tuduh 1MDB mempergunakan TNB untuk bailed out hutang2 milik 1MDB... sepertimana yg korang tuduh pada Tabung Haji dan KWAP sebelum ni...


2. Beli dulu RM18B, jual cuma RM9.83B je???

Betulkan fakta anda... beli dulu pada harga RM12B plus hutang yg ditanggung bernilai RM6B... Manakala jual kpd CGN Corp tunai RM9.83 plus hutang yg ditanggung RM8B... jumlahnya sekitar RM18B...

Nilai tunai berkurangan adalah perkara biasa kerana aset2 spt ini perlu diambil kira peratus susut nilai... ia bergantung kpd jangka hayat aset tersebut, baki tempoh hayat yg masih ada, waranty2 yg masih berbaki ke atas spare part digunakan dan beberapa faktor lain... serupa korang beli kereta baru lerr, cuba esoknya korang jual... takkan harganya masih sama...

3. Penjualan ini merupakan satu bentuk jajahan baru oleh negara China...

Pertama, aku nk gelak dulu... kahkahkah... apa2 bentuk jual beli pun, mesti la ada perjanjian atau MoU... CGNCorp mana boleh buat pandai2 sendiri, nk sekat bekalan elektrik la, nk kenakan taarif melampau la, dll... semuanya dh termaktub dlm perjanjian... sebarang pelanggaran terma perjanjian hanya akan merugikan CGNCorp... mana ada syarikat yg mau rugi, melainkn syarikat2 GLC dibawah pentadbiran Azmin Ali je...


4. Penjualan ni menyebabkan 1MDB kehilangan banyak aset...

Ini memang termasuk dlm langkah rasionalisasi... mai mana langkah ni? Berpunca drpd musuh2 kjaan termasuk puak Mat Chai dan puak berhaluan songsang yg menggunakan isu hutang 1MDB untuk menyerang kjaan hingga menjatuhkan reputasi 1MDB dan kjaan Msia hingga memberi kesan kpd ekonomi negara... so, kjaan terpaksa buat keputusan untuk settlekn dulu isu hutang ini, walhal hutang 42b bukanlah satu bebanan yg boleh meruntuhkn entiti 1MDB... ia masih dlm kawalan...


Buktinya... haaa... mengikut laporan kewangan berakhir tahun 2013 dan laporan drpd Jabatan Audit Negara, 1MDB telah berjaya mencatatkn keuntungan selepas cukai berjumlah RM877.67 mil, meningkat lebih 100% berbanding 2012 yg hanya sebanyak RM44.72 mil... jadi, apa sebenarnya tujuan korang menyerang 1MDB???

Isnin, 23 November 2015

[BONGKAR] PANAS!!! Ada Konspirasi Dlm PKR Penang Untuk Jatuhkan Timbalan Ketua Menteri... Ini Rupanya Punca Lim Guan Eng 'Hangin'... #SahabatSMB

BAKAL TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG YANG BARU??? WUJUD USAHA MENJATUHKAN YB RASHID...

Patut la sehari dua ni nampak hangin lain macam je melanda Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.... rupanya ada kisah di sebalik cerita...


Aku pun sebenarnya agak terkejut apabila secara tiba2 LGE menyerang pihak yg sepatutnya menjadi sekutu kuatnya... setahu aku LGE menghadapi krisis dgn kepimpinan PAS negeri... tetapi yg disergah adalah 5 ADUN dari PKR... siap tuduh mereka pro UMNO lagi, satu tuduhan berat yg setara dgn pengkhianat atau pembelot...

Rupa-rupanya ini kisahnya... LGE dapat tau wujud satu usaha mahu menjatuhkan Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Rashid Kasnon... ianya dikatakan didalangi oleh seorang lagi YB dari PKR mewakili DUN Bukit Tengah yang juga merupakan Pengerusi WHIP Negeri, YB Ong Chin Wen...


Ini berikutan rasa tidak puas hati 5 sekawan dari PKR ini yg berasa terpinggir dan menganggap YB Rashid yg juga dari PKR terlalu tunduk dan mengikut telunjuk LGE hingga mengabaikan rakan2 lain dalam PKR...

Sebagai tanda protes, kelima-lima sekawan ini telah bertindak berkecuali ketika undian menolak usul berkenaan penambakan tanah laut dibuat... LGE jelas sangat marah dgn tindakan mereka dan sedang berbincang dgn Presiden PKR samada perlu mengambil tindakan atau tidak...



Gelora yg melanda dalaman kerajaan negeri pimpinan Pakatan Heqhot di Pulau Pinang rupanya semakin meruncing... sikap diktator yg diamalkan LGE semakin dibenci oleh barisan kepimpinan lain... hanya mereka yg sanggup menjadi 'Pak Turut' sahaja yg boleh menjadi pencacai LGE...

Baca selanjutnya KLIK SINI...

Jumaat, 20 November 2015

[ISU SEMASA] PANAS!!! Tinggal YB Salleh Man Berseragam PAS, Berbadan Mengkarung... Dr. Norlela Tak Yah Dok Sebak Sangat... #SahabatSMB

AIRMATA SEORANG ADUN...

Apa lagi yg boleh nk dikatakan... jika sebelum ini, bertubi-tubi kesalahan dan kelemahan cuba diletakkan di bahu kerajaan terdahulu pimpinan BN... Adakah ini pun angkara kelemahan BN???


DUN Penanti diwakili oleh wakil rakyat dari PKR... bukan orang lain, tapi orang kanan dan orang kuat Presiden PKR... malah ibu Dr Norlela yg baru sahaja kembali ke Rahmatullah mmg sgt akrab dengan Dr. Wan Azizah... jadi apabila timbul isu seperti ini, mmg ia sangat janggal dan menghairankan...

Siapa sebenarnya yang tak buat kerja??? Siapa yang dianaktirikan??? Dan siapa pula yang menganaktirikan??? Adakah YB Dr. Norlela seorang yg lemah, tidak mampu dan tidak layak menjadi seorang wakil rakyat yg sepatutnya membela hak penduduk Penanti??? Jika benar, bagaimana pengundi di Penanti sanggup mempertaruhkan nasib kawasan DUN mereka di tangan seorang wakil rakyat yang lemah???

Tiada yg pelik jika hal ini berlaku di kawasan DUN yg diwakili UMNO BN sebagai pembangkang... sememangnya penduduk di kawasan Telok Ayer Tawar, Penaga, Sungai Dua dan beberapa kawasan UMNO BN seperti sudah mangli dianaktirikan oleh kepimpinan kerajaan negeri... walaupun tetap perlu membayar cukai pintu dan tanah kpd kjaan negeri, sama seperti penduduk Pulau Pinang di DUN lain...


Tapi keluhan dan kekecewaan ini datang dari ADUN yg tempat duduknya berada bersama dengan EXCO dan DUN kerajaan Negeri Pulau Pinang... mungkin inilah harga yg perlu dibayar di atas perjuangan membela rakyat dgn menghalalkan kemenangan cauvinis DAP sebagai kelompok dominan, dan akhirnya sedikit demi sedikit dikuis cara halus, tanpa siapa pun sedari...


Hari ini pun, semakin terserlah keangkuhan dan kebiadapan puak cauvinis DAP... 300 ahli JKKKN di seluruh Pulau Pinang telah dipecat, bermula 15 Oktober yg lalu berdasarkan notis yg dikeluarkan oleh pihak kjaan negeri...

Kenapa... kerana mereka tidak menyatakan sokongan kepada kepimpinan kjaan negeri yg ditunjangi oleh DAP, PKR dan PAN... makanya mereka dianggap masih menyokong PAS, sedangkan DAP sudahpun memutuskan semua hubungan mereka dengan PAS Pulau Pinang...


Hari ini, Setiausaha Agong PAS Pusat, YB Datuk Takiyuddin mengumumkan bahawa PAS Pulau Pinang merupakan pembangkang dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, sama seperti UMNO BN... tinggal lah terkontang kanting seekor lg jemuan jelmaan yg masih lagi mengaku memakai baju seragam PAS, tapi berbadankan mengkarung...

Bagi YB Salleh Man... ditelan mati mak bapak, diluah mati mak bapak, dikulum... kena tanya Anwar dgn Azmin, depa tau rasa cam na dikulum...

DAP oh DAP...

_______________________________

Ikuti kami di :

Group FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun Youtube Mamu Karapoley SMB :
https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com


By MamuKarapoley

Rabu, 4 November 2015

[ANALISIS ISU] Subsidi Beras Bakal Dimansuhkan Bermula 1 Januari... Aku Sokong, Dengan SYARAT...... #SahabatSMB

KERAJAAN MANSUHKAN SUBSIDI BERAS... AKU SOKONG, DENGAN SYARAT......

Sebenarnya aku nak post hal debat Arul Kanda dgn Tony Pua aka T.Pu... tapi... lepas ni lah, mungkin hal ini lebih bg manfaat kepada rakyat marhaen bawahan seperti aku...


Mungkin kebanyakan rakyat sudah digembar gemburkan dgn hal ini iaitu keputusan kjaan memansuhkan subsidi bagi beras jenis ST15 dan S15... makna kata harga beras akan naik bermula 1 Januari 2016...

Confirm... rakyat Malaysia termasuk aku akan marah dan mengecam keputusan kerajaan ini... sudah la rakyat dok merungut tentang barang mahal... tup, tup harga beras pula nak naik... hrrmmm...

Tapi, sehingga ke tarikh pelaksanaannya aku masih yakin dan optimis bahawa kerajaan pasti akan mencari kaedah serta alternatif bagaimana untuk mengelakkan hal ini terkesan kpd rakyat Msia khususnya yg berpendapatan rendah (B30) dan sederhana rendah (M40)...

Mungkin ramai yg tidak sedar betapa kerajaan dan rakyat terpaksa menanggung kerugian saban tahun bilamana subsidi yg sepatutnya dinikmati hanya rakyat Malaysia, tetapi telah diambil kesempatan oleh mereka2 yg tidak berhak... pendatang asing, warganegara luar, golongan peniaga berjaya bebas berkongsi subsidi ini sedangkan mereka tidak layak... kita boleh bayang berapa ramai pendatang asing di Malaysia dan berapa banyak subsidi milik rakyat yg mereka tumpang...

Jadi, sebagai satu langkah pengurusan kewangan khususnya dlm bab pemberian subsidi yg lebih efisyen, kjaan perlu mencari jalan agar perkara ini tidak berlaku dan sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan negara...

Namun, hak rakyat yg berhak dan memerlukan tidak boleh kjaan nafikan... walaupun subsidi beras dimansuhkan keseluruhannya, rakyat yg berhak dan layak perlu dikekalkan pemberian subsidi... tak kiralah bagaimana kjaan mahu melaksanakannya, asalkan rakyat Msia, terutama dlm kategori B30 dan M40 masih dapat membeli beras dgn harga bersubsidi...

Mungkin kjaan boleh perkenalkan kaedah pemberian kad subsidi kpd rakyat yg diberi bersekali dgn BR1M... yg mana rakyat perlu sertakan kad ini dan KP mungkin setiap kali membeli barangan bersubsidi... atau mungkin dgn cara pemberian kupon kpd yg layak... kupon subsidi diberi kpd rakyat berdasarkan keperluan masing-masing... atau lebih moden sikit, kjaan boleh naik taraf cip pada KP yg mana setiap kali pembelian perlu disertakan bersama KP sebagai pengesahan...

Tak kisahlah apa cara sekalipun... walaupun aku faham, dgn suasana ekonomi semasa yg suram, kjaan mesti mengambil langkah perbelanjaan yg berhemah... dalam masa yg sama, hak dan kebajikan rakyat, terutama yg memerlukan, mesti juga mendapat perhatian kerajaan...
_______________________________

Ikuti kami di :
Group FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun Youtube Mamu Karapoley SMB :
https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com


By Padiyappa

Isnin, 2 November 2015

[ANALISIS ISU] PASUMNO... Berlapang Dada Dan Berserah Pada Allah, InshaAllah, Allah Akan Bantu... #SahabatSMB

DAP, PAKATAN HEQHOT (PH)!!! JANGAN TERLALU BONGKAK... INGAT! ALLAH JUGA MERANCANG...

Peerrghh... bongkak sungguh puak pengangkang Pakatan Heqhot ni, terutama DAP... siap dh merancang nak letakkan calon di 8 DUN yg dimenangi PAS sewaktu PRU13 lalu di Selangor... dan tentu jugalah mereka bersama rakan sekutu yg lain akan melakukan perkara yg sama di kawasan2 lain yg dimenangi PAS ulama di seluruh Malaysia...


Siap dah buat perkiraan peratusan pengundi cina yg menyumbang kepada kemenangan PAS tempohari... walaupun peratusan tersebut boleh dipertikaikan kerana tidak dimaklumkan samada peratusan pengundi cina yg dimaksudkan adalah pengundi cina yg keluar mengundi, atau keseluruhan jumlah pengundi cina di kawasan tersebut...


Tak pe lah apapun... cuma, aku sbg seorang umat Islam berbangsa Melayu amat berharap dan mendoakan rahmat daripada Allah agar dipertemukan titik perpaduan yg utuh dan kukuh di antara saudara seikhwan ku dalam UMNO dan PAS... Dengan syarat, kedua-dua pihak mesti terlebih dahulu berlapang dada dan buang apa jua prasangka buruk antara satu sama lain... tumpukan sepenuhnya matlamat perpaduan ini, Lillahitaala dan berserah sepenuhnya apa yg akan berlaku di atas kehendak dan kekuasaan Allah...


Jika ini dapat dilakukan, InshaAllah, apa jua cabaran, perbezaan yg selama ini menjadi tembok penghalang dlm mencari titik ukhwah akan dapat diruntuhkan... selagi mana kedua-dua pihak kembali ke matlamat asal jihad fisabilillah, yakni berjuang meletakkan agama Allah di kedudukan paling tinggi, Allah pasti akan bersama dgn mereka... itu janji Allah...


Percayalah... jika berjaya disimpul erat tali perpaduan antara kedua-dua pihak ini, InshaAllah, 8 kerusi yg cuba dirampas kafir laknatullah akan terus kekal di bawah kepimpinan Daulah Islamiyah... mungkin BN tidak perlu meletakkan calon dan memberi sokongan penuh kpd calon PAS, atau boleh juga bertukar dgn calon dari UMNO yg mana PAS tidak perlu bertanding dan menyokong penuh calon BN... asalkan kekuatan sokongan kedua-dua parti dapat digembleng menjadi satu...

Begitu juga bagi kerusi UMNO BN... jgn disangka semua kerusi yg dimenangi UMNO tempohari berada dlm keadaan selamat... apatah lg dgn pelbagai isu dan kemelut yg melanda dalaman UMNO hari ini menyebabkan beberapa kerusi, khususnya yg dimenangi oleh puak berhaluan songsang kini nampak semakin goyang...

Aku yakin, seandainya Najib terus kekal menerajui UMNO, pasti beliau akan bermasalah untuk meletakkan calon UMNO di kawasan terlibat... ini termasuklah di P___h, S_______A, G__ M____G dan beberapa kawasan kritikal lain... meletakkan calon lain selain dari yg sedia ada akan menyebabkan konflik dalaman yg lebih teruk... mengekalkan calon sedia ada, bilamana berlaku krisis kepercayaan, ia akan menyebabkan kelancaran pentadbiran kerajaan akan terganggu... jadi, alternatif lain, korbankan dgn cara kompromi iaitu meletakkan calon PAS bertanding... maknanya kedua-dua kem perlu berkorban samada kem pro Najib atau kem berhaluan songsang... jika mereka sayangkan agama, bangsa dan tanahair, inilah masanya untuk mereka buktikan dgn menyokong calon saudara seikhwan... samalah halnya dgn kawasan yg sebelum ini dimenangi PAS dari gerombolan AMANAH... biarkan BN bertanding manakala penyokong PAS pro ulama bersatu memberikan sokongan kpd calon BN...


Apapun... semuanya berbalik kepada niat dan matlamat dalam perjuangan... carilah titik temu yg terbaik, yg diredhai oleh kedua-dua pihak, kerana Allah pasti jua akan turut meredhai perjuangan menegakkan syiar Islam...

InshaAllah...
_______________________________

Ikuti kami di :
Group FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun Youtube Mamu Karapoley SMB :
https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com

By MamuKarapoley








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE