-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Khamis, 30 April 2015

PRK P044 : Mana Macai Kaki Melompat Ketika Lim Guan Eng Naikkan Tarif Air??? #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Bila tengok gambar ni, teringat pula masa kerajaan terpaksa kurangkan subsidi gula hingga memaksa harga dinaikkan. Maka melompat lah semua macai2 Pr mendapat isu sensasi untuk mereka jadikan bahan menhentam kerajaan.

Sampai meleleh air liur pak menteri ketika itu menepis serangan bertali arus dari puak-puak macai ni. Akhirnya, bila penjelasan demi penjelasan diberi, masih tidak diterima dan di'spin' oleh macai2 PR, dengan nada berseloroh pak menteri tadi akhirnya menjawab,

"Kenaikan harga gula akan mendidik masyarakat agar mengurangkan gula dalam makanan memandangkan jumlah yang menghidap diabetes kian meningkat"

Berguling-guling puak macai jadikan alasan ini untuk mengutuk pak menteri td.

Tapi sekarang bilamana Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang menaikkan tarif air hingga 16% dan kemudian memberikan alasan yang hampir sama dengan nada yang serius, bukan berseloroh, mana perginya macai2 kaki mengutuk tadi?

Oh ya... SMB terlupa... tokong bercakap, macai mana berani terkinja-kinja...

PRK P044 : Hospital Baru, SBP Baru, RTC Baru, Sejarah Baru... Mau Apa Lagi ??? #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin #MelakarSejarahBaru

Janji kerajaan BN kepada seluruh rakyat Permatang Pauh telah pun secara rasminya diumumkan melalui pelancaran manifesto Barisan Nasional sebentar tadi. Banyak perkara-perkara menarik yang boleh diambil kira dan bakal memberi banyak manfaat kepada penduduk Permatang Pauh.

Antara yang mungkin menarik perhatian SMB adalah cadangan membina sebuah sekolah berasrama penuh di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Sekiranya ia menjadi kenyataan maka akan bertambah satu lagi institusi pendidikan berprestij di sini.

Selain itu, seperti yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini, iaitu menaiktaraf Hospital Seberang Jaya yang bakal menelan belanja jutaan ringgit. Sudah pasti bukan sahaja penduduk Permatang Pauh yang akan menerima manfaat malah boleh dikatakan seluruh masyarakat Seberang Perai termasuk di Bagan, Tasek Gelugor, Kepala Batas akan dapat menikmati kemudahan ini.

Kerajaan juga berjanji untuk mewujudkan sebuah mini RTC di Parlimen Permatang Pauh sekiranya berjaya memenangi PRK kali ini selain membina Kedai Rakyat 1 Malaysia, mengusahakan peruntukan untuk Program Tabung Penyelengaraan 1 Malaysia dan meningkatkan tahap keselamatan di Permatang Pauh.

SMB percaya kredibiliti kerajaan Barisan Nasional mengotakan janji kepada penduduk Permatang Pauh melebihi keupayaan PKR. Soalnya, adakah pengundi Permatang Pauh mahukan perubahan yang akan dibawa oleh kerajaan BN atau mahu terus kekal di sebalik bayang-bayang Anwar Ibrahim?

"Melakar Sejarah Baru"

PRK P044 : MANA YUSNI ??? Adakah 'U-Turn' Pemuda PAS P. Pinang Tidak Selesai ? #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin #DemiRakyat

SMB terkedu sekejap selepas Pemuda PAS semalam membuat 'u-turn'. Walaupun perkara ini sebenarnya memang dijangka, cuma apa yang menjadi tanda tanya, bagai mana Yusni dalam tempoh satu malam boleh berubah angin. SMB percaya faktor yang telah SMB dedahkan dalam posting sebelum ini (Klik Sini) menyumbang kepada tindakan 'u-turn' ini, tetapi SMB yakin pasti ada sebab lain atau perancangan lain yang memaksa Yusni bertindak sedemikian.

Semalam, seperti biasa, SMB mengambil kesempatan untuk 'jalan-jalan cari modal' di sekitar Parlimen Permatang Pauh. Adat PRK di Permatang Pauh memang sentiasa menjanjikan suasana yang meriah dan panas, walaupun jam menunjukkan 2 pagi. Kedua-dua jentera parti utama kelihatan sibuk menjalankan tugas masing-masing. Ada yang sedang menaikkan poster dan bendera, yang sedang menghias pusat gerakan parti dan ada juga pusat gerakan yang sedang mengadakan sessi memberi penerangan dan berkempen secara berkelompok. Masing-masing dengan hal dan tugas masing-masing.

Tapi satu perkara yang menarik perhatian SMB ialah seolah-olah masih tidak ada lagi pusat gerakan atau 'khemah panas' milik PAS walaupun selepas Pemuda PAS Negeri secara rasminya telah mengumumkan akan memberi kerjasama. Sangkaan baik SMB, mungkin jentera PAS baru saja menggerakkan arahan kepada jentera parti dan pusat-pusat gerakan PAS baru sahaja dalam proses hendak dibina. Maklum lah, semua peralatan dan aset milik PAS disimpan dan dikunci sebelum ini. Dan sekarang semua peralatan itu terpaksa pula dipunggah keluar. Mungkin makan masa kot.

Satu lagi perkara yang sedikit menimbul tanda tanya kepada SMB ialah berkenaan Program Ceramah calon PKR DSWA di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam. SMB tercari-cari kehadiran wakil pemimpin dari Pemuda PAS Negeri. Maklumlah, biasanya bila berlaku isu seperti ini, PKR akan cuba cari jalan agar dapat kelebihan kepada mereka. Contoh, bila YDP Pas Kawasan Permatang Pauh buat u-turn, maka Wan Azizah pun sibuklah adakan program sebelah malamnya bersama YDP PAS yang u-turn itu. Nak tunjuk kononnya masalah sudah selesai.
MANA YUSNI MAT PIAH ???

Tapi semalam, tidak ada kehadiran yang ditonjolkan oleh PKR dari Pemuda PAS. Yang ada hanyalah Mat Sabu dan konco-konconya. Tidak pasti samada Yusni and the Gangs telah dijemput atau tidak. Atau mungkin Yusni tidak dapat hadir walaupun telah dijemput.

Apa pun bagi SMB tindakan Pemuda PAS Negeri ini boleh dianggap sebagai 'U-turn yang tidak selesai'. Zahir nampak seperti Pemuda PAS negeri sudah bersetuju untuk bekerjasama tapi on the ground nya, masih banyak perkara yang boleh dipertikaikan. Tak pe lah, mungkin masih awal untuk menuduh. SMB pasti akan sentiasa mengikuti perkembangan ini.

Rabu, 29 April 2015

PRK P044 : MAT SABU PANAS !!! Yusni Mat Piah 'U-Turn' Selepas Berjaya Dipilih YDP PAS Kawasan Bukit Mertajam... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Akhirnya, Ustaz Yusni Mat Piah selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang tumpas dengan desakan dan tekanan dari pelbagai pihak baik dari sahabat Pakatan Rakyat mahupun dari dalam PAS sendiri. (Klik Sini) Sebenarnya, keputusan Yusni ini sudah dapat dijangka oleh SMB. Yusni sebenarnya hanya menantikan hari semalam (28 April 2015) sebelum memutuskan untuk membuat 'u-turn' atau kekal dengan keputusan boikot. Sebelum SMB jelaskan sebab-sebabnya, ada tak sesapa yang nampak kelibat Abang Mat Sabu kita dalam press conference di bawah???

MANA ABANG MAT SABU KITA???

Sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, agak janggal bila melibatkan pengumuman satu keputusan yang agak penting, yang menentukan hala tuju PAS di Pulau Pinang dan juga melibatkan perjalanan kempen PRK bersama Pakatan Rakyat, Mat Sabu mahupun Timbalannya Mujahid Usop Rawa, kedua-duanya tidak kelihatan dalam sidang media tersebut.

Tidak dinafikan inilah keputusan yang dinantikan oleh Mat Sabu, soalnya adakah sekarang Mat Sabu menerima keputusan ini dengan senang hati atau terpaksa. Di atas kertas nampak seperti Mat Sabu berjaya memujuk Yusni agar beralih arah walaupun terpaksa mengugut, Soalnya, adakah Yusni bertukar fikiran disebabkan takut dengan ugutan Mat Sabu atau ada sebab lain?


Semalam, Yusni Mat Piah telah berjaya dipilih sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Mertajam. Inilah sebenarnya yang dinanti-nantikan sebelum Yusni Mat Piah sebelum memutuskan untuk beralih arah. Dipilih sebagai YDP PAS Kawasan boleh dianggap satu aset penting untuk pergi lebih jauh. Bukanlah isu hudud mahupun isu mempertahankan maruah Presiden yang diperjuangkan sangat tetapi sebenarnya lebih kepada memasak tapak agar lebih kukuh dan tidak mudah digoyah. Sasaran selepas ini pastilah tempat di mana Mat Sabu sedang berdiri.

PAS sebenarnya sedang melalui proses pemulihan dan peralihan dalaman parti. Pertama, memulihkan kembali peranan ulama dalam parti dengan cara memastikan golongan ulama menjawat kedudukan tertinggi parti. Kedua, peralihan bermaksud menyingkirkan golongan parasit yang anti-ulama dan pro-Anwarinas dari barisan kepimpinan utama.

Ini meletakkan Mat Sabu dan kelompoknya dalam situasi tiada pilihan. Ditambah pula dengan keputusan terkini jumlah pencalonan yang diterima dalam pemilihan peringkat tertinggi PAS yang jelas menunjukkan Mat Sabu sudah berada di hujung tanduk. Mahu atau tidak, Mat Sabu terpaksa akur dengan apa jua kehendak golongan ulama asalkan mereka bersetuju untuk membantu kempen Wan Azizah. Hakikatnya Mat Sabu bakal kehilangan kedudukannya sebagai PesuruhJaya PAS Negeri Pulau Pinang selepas ini kerana Yusni Mat Piah yang juga merupakan YDP Kawasan pasti tidak lagi akan membiarkan Mat Sabu menjadi orang nombor 1 PAS di Pulau Pinang.

Mat Sabu lah orang yang paling susah hati sekarang memikirkan hala tuju yang terpaksa dilalui selepas ini. Samada masih berupaya untuk kekal bersama PAS, atau terpaksa mencari alternatif lain.

PRK P044 : Nah Amik !!! Blogger Yang Gemar Serang Peribadi Kak Zah Datang Dari Kem Sendiri... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Apasal ni Kak Zah? Sapa sebenaqnya yang serang sapa? Rupa-rupanya Kak Zah sendiri tak kenai mana satu blogger pro-umno dan mana satu blogger yang pro-pr. Asal artikel yang ditulis melukakan hati Kak Zah, maka itu blogger pro-Umno. Mudah sungguh kesimpulan yang Kak Zah buat.

Untuk makluman Kak Zah, senario politik sekarang dah banyak berubah. Jangan ingat semua blogger yang letak logo Pr tu sayangkan semua yang ada dalam PR. Jika Guan Eng blogger, sekalipun dia kuat PR, belum tentu Guan Eng sayangkan TGHH. (Contoh...). Jadi tidak hairanlah jika banyak artikel-artikel yang sensitif dan peribadi biasanya datang dari kumpulan yang rapat dengan kita. Hanya mereka yang lebih mengetahui rahsia2 peribadi.

Sekali lagi SMB ingatkan kepada Kak Zah agar lebih cermat dan berhai-hati dalam perkara-perkara seperti. Selidik dahulu dengam teliti sebelum mendakwa agar tidak ada pihak yang teraniaya dengan fitnah yang tidak sewajarnya. Ini boleh memberi kesan yang negatif kepada barisan blogger pro-UMNO...

Selasa, 28 April 2015

PRK P044 : Kes Naya !!! Kajang Dok Banjir, Kak Zah Tak Habis Shopping Lagi Di Permatang Pauh... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Kajang oh Kajang... Nasib hampa la Kajang ooiii... Dah itu kehendak majoriti pengundi Kajang ketika itu. Sudah diberi peluang kedua untuk memilih pemimpin yang terbaik, Kak Zah juga pilihan di hati.
Kali ni Kak Zah membuat 'come back' di kerusi keramat warisan peliwat. Sanggup ditinggalkan bumi Kajang yang separuh tenggelam untuk mengejar Permatang Pauh. Semuanya demi kuasa, kedudukan dan nama.
Sudah sudah ler Kak Zah oooii... balik pi tengok bumi Kajang pun banyak faedahnya. Ini tak... Di Kajang sibuk banjir, Kak Zah di Permatang Pauh sibuk menjadi penguatkuasa. Buat pemeriksaan di kedai yang laksana Gst secara sah. Buat apa? Takkan nanti nak bongkar dan kata,
"kedai ini didapati tela mengutip Gst sebanyak 6% berdasarkan apa yang tertera pada resit. Minta kerajaan ambil tindakan tegas kepada peniaga ini.."
Pelik namanya tu...

PRK P044 : AZIZAH TERLUKA !!! Sapa Yang Dok Bawa Cerita Dalam Kain Sampai Kak Zah Kita Kecik Ati??? #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Awat Kak Zah??? Sapa yang dok serang peribadi Kak Zah sekeluarga??? Habaq mai kat SMB... Nanti sat, biaq SMB pi luku kepala sedaih...


Nak habaq mai kat Kak Zah, sapa pun sebenaqnya tak kelapaq nak serbu peribadi Kak Zah. Tak bagi manpaat pun. Kak Zah kan segak, lawa, muda jelita, ayu bak anak dara. Dah tu, anak pun segak, berani, terer main bola macam Kak Zah jugak. Senang cerita, kira satu pamili Kak Zah ni memang hebat la. Kalau tak, takkan boleh pakat-pakat jadi wakil rakyat kat seluruh Malaysia ni. Laki Kak Zah tok sah habaq la. Sapa tak kenai abang Non??? Dikenali seantero donia. Tak dan cerita, baru sebut nama, orang dah cam Abang Non had mana. Satu-satunya Abang Non had 'lagu tu'. Tak dak dah aih Abang Non had lain.

Kalau dah macam tu, nak cerita peribadi apa lagi Kak Zah oooiii. Dok ulang benda yang sama. Lepaih 'masuk', pilihanraya... 'keluaq', pilihanraya... 'masuk' pulak, pilihanraya... lepaih ni apa pulak pun tak tau. Orang pun cemuih dah nak dengaq Kak Zah oooiii. Serupa la, orang pun dah cemuih dengan fatamorgana Kak Zah sekeluarga ni. Buat sinetron, mau pi beribu episod, tapi macam dok kata, pi mai pi mai had tu jugak.

Isu yang dibawa sekarang langsung tidak menyentuh peribadi Kak Zah mahupun keluarga. Adakah mendedah kepada rakyat yang berhak tentang kegagalan Kak Zah selama memimpin Parlimen Permatang Pauh dan kemudiannya di ambil alih oleh Abang Non merupakan perkara peribadi? Begitu juga seperti apa yang berlaku di Kajang sekarang, bilamana rintihan suara rakyat Kajang yang berasa terabai diangkat, adakah itu juga peribadi?

Rakyat berhak tahu dan diberitahu rekod khidmat selama ini terutama melibatkan hal ehwal rakyat bagi setiap calon yang menawarkan diri untuk dipilih memimpin dan menjaga rakyat sekiranya menang nanti. Untuk apa? Memberi peluang kepada rakyat khususnya pengundi menilai secara adil kemampuan dan potensi yang dimiliki oleh calon-calon yang menawarkan diri.

Terpulang kepada Kak Zah jika mahu mengekalkan populariti bersandarkan simpati seperti kebiasaan. Yang pasti, calon BN menjanjikan perubahan yang lebih baik kepada rakyat Permatang Pauh apatah lagi beliau seorang yang berwibawa dan layak untuk memimpin. Biar rakyat buat perbandingan samada mahu memberi peluang sekali lagi kepada calon yang telah gagal selama ini atau mencuba calon muda yang berpotensi dan bersemangat... atau... menyerahkan kerusi Permatang Pauh kepada calon PRM mahupun Bebas yang hingga kini, bayang pun masih belum kelihatan.

Untuk membuat perbandingan, sudah tentu rakyat perlukan maklumat yang benar dan bernas. Tidak salah untuk sesiapa sahaja mendedahkan kelemahan dari aspek rekod khidmat selama ini bagi setiap calon. Yang salah adalah mendedahkan kelemahan yang tidak benar hingga mengaibkan atau menjaja cerita 'dalam kain' yang tidak sepatutnya. Dan ini tidak berlaku dalam mana-mana media mahupun kempen dari UMNO dan Barisan Nasional.
Kak Zah sedang membeli barangan dapur untuk membiasakan diri membuat tugas-tugas surirumah sepenuh masa selepas kalah di Permatang Pauh nanti...

Seperkara lagi, apabila Kak Zah mempertikai kononnya kerajaan gagal menjelaskan dan menjawab isu semasa yang dibangkitkan seperti isu GST, 1MDB dan ntah apa-apa ntah lagi. Hakikatnya hanya orang yang matanya tertutup, pekak telinga dan buta hati sahaja yang tidak mendapat penjelasan dari kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Cuba Kak Zah tanya diri sendiri, bila kali terakhir Kak Zah menonton media televisyen atau radio baik RTM mahupun Media Prima? Bila kali terakhir Kak Zah membaca akhbar rasmi perdana seperti Berita Harian, Utusan dan lain-lain? Bila kali terakhir Kak Zah melayari laman web kementerian, agensi kerajaan mahupun tulisan-tulisan dari kepimpinan selain daripada tulisan berbentuk spekulasi dan gosip? Dan bila juga kali terakhir Kak Zah mengikuti sessi ceramah, penerangan, talk, seminar, forum dan seangkatan dengannya yang dianjurkan oleh pihak kerajaan?

Masalahnya hidup Kak Zah hanya dibayangi oleh Media Rakyat milik PR, akhbar Harakah, Suara Keadilan, Buletin Mutiara dan lain-lain. Manakala laman web rasmi PR, MalaysiaKini, MiloSuam, blog-blog tulisan pemimpin PR, follow twitter gang PR dan friendlist FB kelompok PR. Ceramah, seminar dan forum yang Kak Zah hadiri semuanya anjuran geng sendiri dan membawa tajuk yang syok sendiri.

Jadi tidak hairanlah jika Kak Zah tidak sampai maklumat, penjelasan dan jawapan oleh pihak kerajaan terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Dan jika sampai pun tidak ada gunanya jika hati telah tertutup untuk menerima penjelasan dan jawapan dari kerajaan selagi mana jawapan itu tidak selari dengan apa yang Kak Zah kehendaki.

Buat ahli-ahli tegar Pakatan Rakyat... Adakah anda menghadapi masalah yang sama juga dengan Kak Zah???


PRK P044 : Kesian... Yusni Kena Balun Depan Belakang... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang diserang dari segenap penjuru. SMB melahirkan rasa simpati atas apa yang menimpa Yusni.

Semuanya hanya disebabkan beliau bersungguh-sungguh memperjuangkan hukum Allah yang selama ini menjadi tunjang perjuangan PAS. Prinsip beliau yang tidak rela melihat maruah Islam dipijak menyebabkan beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan.

Mempertahan Presiden PAS yang telah dihina dan direndahkan martabat kedudukan di mata pimpinan PR menjadikan diri sebagai 'punch bag' untuk diserang oleh pemimpin PKR dan DAP termasuk golongan anti-ulama. Menyerang Yusni secara tidak langsung menyerang TG Hadi Awang.

 Baca sepenuhnya...
Semalam, Chegu Bard melalui entry terbarunya turut menyerang Yusni dengan pelbagai tuduhan malah turut menghina apabila membangkitkan kekalahan Yusni di DUN Sungai Aceh dalam PRU yang lepas di mana Yusni hanya mampu memperoleh sekitar 600 sahaja dan kehilangan deposit. Yusni dikatakan tidak mengambil ikhtibar kekalahan tersebut malah turut dituduh sebagai pro-Umno yang bencikan Anwar-PKR.

Tidak cukup dengan itu, Yusni turut diserang dari kalangan pimpinan PAS sendiri. Antara yang menyelar ketegasan Yusni termasuklah dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kayat selain diugut untuk dikenakan tindakan tatatertib oleh Mat Sabu.

 Baca sepenuhnya...
Namun begitu, Yusni boleh menarik nafas lega apabila perjuangan beliau disokong oleh semua Dewan Pemuda Pas Kawasan dalam Pulau Pinang dan beberapa DPP Negeri seperti Kedah dan Terengganu. Malah Yusni juga turut disokong oleh beberapa pimpinan utama Pas pusat yang pro-ulama dan Dewan Ulama Pas.

Senario terkini yang sedang berlaku jelas memperlihatkan pergolakan yang serius yang sedang melanda Pas. Sudah wujud bibit perpecahan dan berpuak-puak di kalangan pimpinan Pas.
SMB mendoakan agar Allah memberikan kemenangan kepada kebenaran dan memudahkan perjalanan pejuang-pejuang Islam.

Isnin, 27 April 2015

PRK P044 : PANAS !!! Guan Eng Terpaksa Tangguh DUN Kerana Takut Dilondeh Oleh Dato' Jahara... #PRKPermatangPauh

Lim Guan Eng tangguh sidang DUN??? 

Apa kena mengena dengan PRK Parlimen Permatang Pauh??? 


Tak pe lah, SMB punya sangkaan tetap baik terhadap tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini. Mungkin ingin memberi peluang kepada semua pihak terutama barisan kepimpinan DUN untuk membantu jentera parti masing-masing menghadapi PRK P044 Permatang Pauh ini.

Tapi, bagaimana pula dengan tanggungjawab pimpinan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat terhadap rakyat Pulau Pinang yang lain pula? Ya... Walaupun penangguhan itu tidak lama, iaitu dianjak dari 5 Mei yang sepatutnya bermula ke 11 Mei, namun tidakkah setiap detik dan masa itu amat berharga? Di mana asas CAT yang selama ini diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

ATAU... Sebenarnya ada sebab lain yang memaksa Lim Guan Eng menunda tarikh persidangan?

YB Dato' Hajah Jahara Binti Hamid selaku Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang, di dalam sidang media yang dibuat petang tadi bertempat di Command Center BN melahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh Lim Guan Eng ini.

Menurut YB Datuk Jahara lagi, sidang DUN kali ini sangat dinanti-nantikan oleh semua ADUN-ADUN dari Barisan Nasional kerana terdapat beberapa isu-isu penting yang perlu dibangkitkan dan perlu diberi penjelasan oleh kerajaan negeri. Kesemua isu-isu ini melibatkan hak-hak rakyat yang masih belum ditunai termasuk isu tanah. Malah Datuk Jahara juga turut menyatakan untuk mencadang agar gaji Ketua Menteri dan EXCO yang gagal memberi khidmat terbaik, dipotong. Termasuk cadangan untuk menghadkan tempoh penggal bagi Ketua Menteri.

SMB berpandangan, antara sebab kenapa Lim Guan Eng terpaksa menangguhkan sidang DUN yang jatuh pada hari pengundian adalah disebabkan beberapa isu yang masih gagal diselesaikan. Kerajaan Negeri belum bersedia untuk berdepan dengan alasan yang bernas di atas kegagalan yang berlaku.

Sudah tentu ia akan memberi kesan kepada keputusan PRK Permatang Pauh nanti jika Kerajaan Negeri gagal menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional. Lim Guan Eng terpaksa menggunakan kuasanya untuk melindungi kelemahan yang berlaku dalam kerajaan pimpinannya tatkala seluruh rakyat Malaysia sedang memberi tumpuan terhadap perkembangan PRK Permatang Pauh ini.

Harus diingat, Lim Guan Eng pernah meneruskan Sidang DUN sewaktu menghadapi PilihanRaya Kecil Parlimen Gelugor, jadi kenapa kali ini ia perlu ditangguhkan???

PRK P044 : Undi PAS Celah Gigi Wan Azizah Je... Apa PKR Nak Heran... #PRKPERMATANGPAUH


Wan Azizah tetap meneruskan kerja-kerja kempennya sekalipun tidak mendapat kerjasama dan sokongan dari jentera PAS. Malah SMB tak nafikan bahawa setiap vanue dan program yang dihadiri oleh Wan Azizah, tetap mampu menarik kehadiran yang memuaskan.

Nampak sangat selama ni PAS sekadar gebang dan sembang besar kononnya undi merekalah yang berjaya memenangkan calon PKR di Permatang Pauh selama ini. Mungkin itu dahulu, tapi sekarang tidak lagi. Ahli-ahli PAS dahulu yang 'old fesyen' dan jumud sudah digantikan dengan generasi baru yang terbuka dan sentiasa dahagakan pembaharuan. Bezanya, generasi baru ini tidak lagi bergantung di bawah PAS, sebaliknya lebih yakin akan perjuangan PKR dan UMNO.

Jadi tidak hairanlah kenapa Azizah tidak kisah jika tidak dibantu oleh jentera Pas malah UMNO sendiri berani meletakkan calon muda kerana yakin dengan peralihan sokongan dari generasi muda.

Jadi siapa yang sebenarnya tinggal di dalam PAS Permatang Pauh? Mungkin hanya terdiri daripada ahli lama yang tegar dan masih panjang umur serta beberapa pemimpin yang melahap ganjaran dunia. Tidak hairanlah kenapa Pesuruhjaya PAS kawasan boleh berubah angin tanpa melalui perbincangan dengan ajk lain.

Tinggallah ahli-ahli yang selama ini percaya dengan kepimpinan secara membabi buta. Rupa-rupanya mereka dipergunakan untuk kepentingan pemimpin mereka. Itu baru elaun Ahli Majlis yang tak seberapa, belum lagi projek2 mega yg didamba. Jawabnya, kenai juai la hampa wahai ahli PAS Permatang Pauh...

PRK P044 : Mat Sabu Cuak PKR kalah... Jadi 'Anjing' Pun Mat Sabu Rela... #PRKPERMATANGPAUH


Mula Mat Sabu pujuk dengan baik agar PAS menjalinkan kerjasama dan membantu kempen PKR - GAGAL

Mewujudkan spekulasi kononnya Azizah telah memohon maaf seperti yang dikehendaki oleh PAS - GAGAL

Menggunakan kedudukan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendesak Omaq Hasan hingga bekerjasama dengan PKR dengan harapan ahli PAS lain pun bekerjasama - GAGAL

Terkini... Mat Sabu mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan untuk mengambil tindakan tatatertib kepada mana-mana ahli PAS yang masih engkar untuk bekerjasama - ???

Mat Sabu sendiri sangat terdesak untuk buktikan kepada pimpinan Pakatan Rakyat bahawa pengaruhnya dalam PAS masih kuat. PR sendiri sebenarnya sudah mula gusar dan was-was dengan keupayaan Mat Sabu apatah lagi melihat kedudukan Mat Sabu yang ketinggalan jauh dalam senarai pencalonan Timbalan Presiden PAS kepada Tuan Ibrahim Tuan Man.

Lim Guan Eng sendiri hari ini telah mengeluarkan kenyataan agar Pakatan Rakyat dibubarkan jika masih gagal menjalinkan kerjasama yang diharapkan antara ketiga-tiga parti. Tidak pasti samada kenyataan ini dibuat hanya untuk membuat jentera BN leka melihat pergolakan yang berlaku dlam PR atau @ Guan Eng benar-benar bengang dengan kegagalan Mat Sabu memujuk PAS.

Yang pasti, Mat Sabu lah yang sepatutnya paling risau dengan perkembangan terkini. Harus diingat, Mat Sabu bakal kehilangan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS sekiranya kalah dalam pemilihan PAS nanti. Maka terpaksalah Mat Sabu kembali ke asal, melukut di dalam PAS. Tapi setidak-tidaknya dia masih berpeluang menumpang kasih bersama Pakatan Rakyat, itupun jika PR masih wujud.

Jika kenyataan Guan Eng menjadi benar, ditambah pula Mat Sabu tewas dalam pemilihan. Kemanalah hala tuju Mat Sabu? Nak join PASMA, diorang pun dah ada team sendiri. Terpaksalah menyerendeh dengan PKR, untung2 diberi peluang menempek, itupun kalau Azizah menang.
Apa pun SMB mengucapkan selamat berusaha kepada Mat Sabu...

PRK P044 : Omaq Hasan 'KENCING', Yusni Mat Piah 'KAMBUIH'... Cantikkk... #PRKPERMATANGPAUH

Alahai... Yusni Mat Piah kena kencing. Kesian pulak SMB bila tengok Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPP) yang dipimpin oleh Yusni Mat Piah hanya dipandang sebelah mata oleh pimpinan PKR dan DAP. Nampak sangat selama ini PAS di Pulau Pinang hanya dianggap pelengkap korum dalam Pakatan Rakyat terutama dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Cuma mungkin PAS selama ini hanya syok sendiri dan mencari buah penyedap hati seolah-olah kehadiran mereka penting dalam membentuk hala tuju Pakatan Rakyat. Sia-sialah pengorbanan PAS selama ini hingga sanggup menggadaikan asas perjuangan parti hanya semata-mata mahu bersekongkol dengan PKR dan DAP.

Tak cukup dengan itu, si Omar selaku Pesuruhjaya PAS Kawasan Permatang Pauh boleh pula membelakangkan keputusan asal parti sekaligus memalit tahi ke muka Yusni Mat Piah apabila mengarahkan jentera PAS kembali menyokong Azizah tanpa mendapat persetujuan pimpinan PAS lain. Tak pe la, mungkin Omar takut kehilangan kedudukan dalam kerajaan negeri yg dipegang sekarang.

"Miss syoru" katakan...

Ahad, 26 April 2015

PRK P044 : PANAS !!! Info Bocor...Omar Hasan Terpaksa Tonggek Kepada Wan Azizah Dan DAP Kerana...

Baca sebelumnya...
(Info Bocor -Siri 1)
(Info Bocor -Siri 2)

DAP sebenarnya tidak kisah siapa pun yang akan dicalonkan mewakili PKR di Permatang Pauh. Ini adalah peluang untuk DAP menunjukkan sikap bermuka-muka seolah-olah mereka sedia untuk bekerjasama tidak kira siapa pun calonnya. Sebenarnya baik calon pilihan Azmin mahupun Azizah sendiri kedua-duanya boleh memberi manfaat kepada DAP samada menang atau kalah.

Bagi DAP sekiranya Azizah menang di Permatang Pauh, sudah tentu Azizah akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Dan inilah sebenarnya tujuan Anwar mahu Azizah bertanding di Permatang Pauh selain memastikan legasinya kekal di sini. DAP yakin sekiranya Azizah dilantik sebagai Ketua Pembangkang, maka Azizah lebih mudah untuk dijadikan kuda tunggangan DAP. Apatah lagi bilamana hendak berdepan dengan rancangan Presiden PAS TGHH yang mahu membawa usul persendirian berkaitan hudud. Azizah akan dipergunakan sepenuhnya dan ditekan bagi memastikan rancangan tersebut gagal.

Begitu juga halnya sekiranya rancangan Azmin berjalan seperti dirancang. DAP tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Azmin andainya tampuk pentadbiran PKR diambil alih oleh Azmin. Seperti juga Anwar, Azmin juga mempunyai banyak rahsia yang disimpan kemas oleh DAP dan pasti akan dipergunakan bilamana keadaan memaksa. Cuma satu perkara yang perlu difikirkan oleh Azmin adalah siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang sekiranya Azizah kalah. Yang pasti DAP tidak akan bersetuju jika TGHH menjadi Ketua Pembangkang. DAP akan berusaha untuk melantik ahli Parlimen DAP sebagai Ketua Pembangkang jika Azmin gagal mengemukakan calon yang boleh diterima. Pada masa inilah, khidmat ahli parlimen dari PAS dan golongan Anwarinas akan ditagih, Pertama untuk menidakkan peluang TGHH dan kedua untuk mengangkat calon dari DAP. Yang pasti, individu yang berharap sangat dengan kejatuhan Wan Azizah pastinya Azmin.

Hari ini, Pesuruhjaya PAS Permatang Pauh telah menyatakan sokongan kepada calon Wan Azizah dan mahu semua jentera PAS turun membantu gerak kerja PKR. Ini menggusarkan Azmin hingga memaksa Azmin mengeluarkan kenyataan menafikan Wan Azizah ada mengemukan tuntutan maaf kepada PAS. Kenyataan ini secara tak langsung menimbulkan keraguan. Bagaimana Omar Hasan selaku Pesuruhjaya PAS Kawasan boleh beralih angin menyatakan sokongan kepada Azizah sedangkan Azizah tidak pernah memohon maaf kepada PAS seperti yang dituntut sebelumnya.

Yusni Mat Piah selaku Ketua DPPP menyelar tindakan Omar dan mengarahkan seluruh jentera Pemuda PAS kekal dengan keputusan asal dengan tidak memberi kerjasama kepada PKR. Omar dikatakan telah membuat keputusan tersebut tanpa melalui perbincangan dengan ahli jawatankuasa PAS kawasan.

Menurut sumber, tindakan Omar sebenar disebabkan wujud desakan dari kepimpinan negeri yang mahu Omar menyatakan sokongan kepada Azizah. Omar tepaksa akur dengan arahan itu memandangkan beliau merupakan salah seorang Ahli Majlis dalam agensi kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Elaun yang diterima oleh Omar menjadikanya seorang lagi kuda tunggangan yang terkini kerajaan DAP. 

PRK P044 : PANAS !!! Info Bocor... Legasi Wan Azizah Akan Azmin Dan DAP Kuburkan Dalam PRK Kali Ini...

(Sambungan sebelumnya)

Pada awalnya, Azmin menjangkakan bahawa Cikgu Zaidi selaku Ketua UMNO Bahagian akan dicalonkan mewakili BN. Azmin beranggapan inilah masanya untuk PKR merubah senario politik Permatang Pauh dengan mencadangkan Dr. Afif. Ditambah pula rekod cemerlang yang ditonjolkan oleh Dr. Afif sepanjang menjadi ADUN Seberang Jaya dan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang. SMB akui kebolehan Dr. Afif. Dari segi khidmat, Dr. Afif boleh dianggap berjaya menggunakan kedudukannya sebagai EXCO Negeri untuk membantu ramai masyarakat luar bandar terutama orang Melayu membabitkan golongan petani dan nelayan, yang melibatkan portfolio EXCOnya. Namun, dari segi politik, Dr. Afif masih mentah dan hanya dianggap cebisan di kalangan pimpinan DAP.

Cadangan awal Azmin ini dibuat sebelum krisis dalaman Pakatan Rakyat melibatkan PAS memuncak. Pada waktu itu, Azmin masih beranggapan bahawa PAS akan menyokong calon PKR. Tidak dinafikan PAS lebih berminat dengan nama Dr. Afif berbanding Wan Azizah atau anaknya. Namun begitu, kemelut yang melanda PR telah merubah banyak tanggapan awal. Ditambah dengan kenyataan beberapa pemimpin utama PAS termasuk Ketua DPPPP, Yusni Mat Piah, Pesuruhjaya PAS Permatang Pauh, kenyataan Mursyidul Am PAS, Dr. Haron Din dan yang paling utama adalah kenyataan dari Presiden PAS sendiri yang tidak mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP sehinggalah permohonan maaf isu hudud dibuat.

Pengumuman Saudara Suhaimi Bin Hj Sabudin sebagai calon BN juga telah menyumbang kepada perubahan strategi politik Azmin dan DAP. Nama Suhaimi sememangnya kurang dikenali di peringkat tertinggi dan nasional. Namun bagi pengundi Permatang Pauh, peranan Suhaimi telah banyak menyumbang dan merubah lanskap politik Permatang Pauh. Lazimnya, peranan Setiausaha sangat penting dalam menyusun atur dan menentukan hala tuju organisasi. Setiausaha lah yang banyak berhubung dengan pemimpin akar umbi dan ahli di bawah. Jadi tidak hairanlah nama Suhaimi lebih dekat di hati pengundi Permatang Pauh dari segi sumbangan berbanding Wan Azizah walaupun memiliki nama besar dalam politik.

Dalam perbincangan tertutup antara Azmin dan beberapa pemimpin DAP serta PAS dari kelompok liberal pada malam selepas pengumuman calon BN, Azmin mahu semua pihak bersetuju dengan calon yang dinamakan oleh Anwar dari Sungai Buluh yang mahukan Wan Azizah. Wan Azizah dan kumpulan yang pro Azizah tidak dimaklumkan berkenaan pertemuan ini. Terus terang SMB katakan, peluang Wan Azizah untuk menang dalam PRK kali ini adalah 50-50, tidak seperti PRK Permatang Pauh sebelum ini, dan Azmin mengetahui perkara ini.

Bagi Azmin, inilah peluang terbaik yang harus digunakan untuk menjatuhkan reputasi keluarga Anwar dan sekaligus menamatkan legasi Anwar dari PKR. Azizah mahukan kerusi Permatang Pauh kekal miliknya atau Nurul Nuha kerana beranggapan bahawa selama ini kemenangan Azizah mahupun Anwar di atas tiket PKR di Permatang Pauh adalah disebabkan sokongan ahli PKR yang ramai. Hakikatnya, Permatang Pauh bukanlah kubu kuat PKR mahu pun UMNO. Sejarah menunjukkan bahawa PAS melalui wakil rakyatnya, Haji Zabidi pernah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini. Sehinggalah Tun Mahathir membawa masuk Anwar untuk merampas kembali kerusi Permatang Pauh. Dengan kebolehan yang dimiliki Anwar dan sokongan kuat dari Tun Mahathir ketika itu, akhirnya Permatang Pauh berjaya dirampas oleh Anwar dan berjaya membentuk sokongan padu di dalam UMNO Permatang Pauh.

Pemecatan Anwar menyebabkan UMNO Permatang Pauh terpecah dua. Sebahagian besar yang terdiri daripada pemimpin utama peringkat bahagian dan cawangan telah menyertai Reformasi Anwar. Sebahagian kecilnya yang nampak berpeluang untuk mengambil alih Bahagian Permatang Pauh dengan ketiadaan Anwar memilih untuk kekal bersama UMNO. Berbeza dengan PAS, apapun yang berlaku dalam UMNO, PAS tidak terkesan dengannya. Kebanyakan ahli PAS di Permatang Pauh merupakan ahli PAS tegar.

Sepanjang tempoh kemenangan Wan Azizah mahu pun Anwar atas tiket KeAdilan mahupun PKR disumbang oleh undi dari penyokong PAS Permatang Pauh. KeAdilan mahupun PKR setiap kali menghadapi pilihanraya pasti akan menjalin hubungan dengan PAS. Matlamat PAS hanya satu, menjatuhkan kerajaan UMNO BN walau dengan apa cara sekalipun.

Berbeza dengan PRK P044 kali ini. Pemimpin utama PAS sudah pun menyatakan pendirian untuk tidak lagi memberi kerjasama kepada PKR selagi tiada permohonan. Apatah lagi Wan Azizah sendiri yang telah menyelar keputusan PAS berkenaan dengan hudud. Azmin percaya, PAS akan mengotakan apa yang dikata. Azmin tahu pengundi PAS tidak akan memangkah walau siapa pun calon BN, tapi sebagai tanda boikot, dalam masa yang sama pengundi PAS juga tidak akan menyokong Wan Azizah. Cara terbaik adalah tidak hadir langsung pada hari pengundian. Disebabkan hal ini, ditambah dengan kebangkitan sokongan kepada perubahan yang dilakukan oleh UMNO BN. Maka Wan Azizah terpaksa mengharapkan sokongan dari segelintir sisa penyokong PKR yang disangkanya ramai dan undi simpati dari golongan atas pagar dan masyarakat Cina.

Kekalahan Azizah sekaligus membuka peluang baru kepada penguasaan team Azmin. Azmin yang sekian lama kepingin untuk menjadi Presiden PKR perlu menguburkan terlebih dahulu legasi sifunya. Kekalahan Azizah di kubu kuat sendiri, di depan penyokong sendiri akan menjadi tamparan hebat kepada Anwar dan Azizah. Dan inilah peluang yang dinantikan oleh azmin untuk menekan Anwar. Jadi tidak hairanlah kenapa Azmin akur dengan pencalonan Wan Azizah. Yang penting sekarang, strategi yang perlu dilakukan oleh Azmin adalah memastikan PAS tidak mudah berubah angin. Tidak hairanlah dengan kenyataan media hari ini yang menyatakan bahawa Azmin tidak mengakui wujud permohonan maaf antara Azizah dengan PAS. Malah dalam satu kenyataan media beberapa hari sebelum hari penamaan calon, Azmin telah mencabar dan mencetuskan provokasi kononnya PKR tidak memerlukan PAS untuk menang di Permatang Pauh.

Hari ini pun, sokongan yang kelihatan dari PAS sebenarnya bukanlah PAS tetapi daripada kelompok serpihan dalam PAS iaitu PASMA yang sememangnya pro-Azizah. PASMA sememangnya menyokong Azizah sejak dari Kajang Move lagi iaitu sewaktu hendak melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor. Spekulasi-spekulasi berkaitan sokongan PAS kepada Azizah akan sentiasa ditiup menggunakan topeng PASMA bagi menarik semula sokongan ahli PAS. Selagi tidak ada kenyataan rasmi dari Presiden PAS, maka ia akan kekal sebagai spekulasi dan pastinya Azmin ia kekal begitu untuk menjatuhkan Presidennya dalam PKR.

(Selanjutnya : Apa pula kaitan dan manfaat yang dapat dikutip oleh DAP hasil dari perancangan Azmin ini? DAP juga bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah secara dasarnya tetapi pasti bersebab. Nantikan posting selanjutnya perbincangan antara SMB dengan sahabat tadi berkenaan peranan DAP dalam perbincangan tertutup tersebut)
(SMB nak pusing Permatang Pauh)

PRK P044 : PANAS !!! Info Bocor - Perancangan Azmin Ali Mahu Menamatkan Karier Politik Wan Azizah Dan Legasinya

Hari pertama gelanggang PRK P044 Parlimen Permatang Pauh dibuka memperlihatkan ke semua jentera calon yang bertanding masih lagi sibuk membuat persiapan dari segi persediaan bilik gerakan dan menyusun jadual dan strategi yang akan digunakan sepanjang tempoh berkempen untuk menarik sokongan pengundi. Begitu juga halnya di Command Center Jentera BN yang terletak di perkarangan PERDA City Mall. Tidak banyak aktiviti yang dapat dilihat melainkan menjamu mata menyaksikan Pertandingan Aerobathon 'Glow In The Dark' sempena Karnival Belia Negeri Pulau Pinang anjuran KBS yang berlangsung bersebelahan dengan Command Center BN.

Sedang leka SMB melayan mata, tiba-tiba SMB dikejutkan dengan kehadiran sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Al maklum la, sahabat yang juga tinggal di Permatang Pauh merupakan salah seorang pejuang kuat Reformasi satu ketika dahulu yang sentiasa bersungguh-sungguh mempertahan bosnya, DSAI. Dan disebabkan itu hubungan antara SMB dengannya menjadi renggang. Mungkin disebabkan masing-masing menjadi segan kerana berbeza perjuangan maka SMB terputus hubungan dengannya.

Tapi berbeza dengan tadi. Mulanya SMB agak hairan melihatnya berada di Command Center BN. "Salah kem ke?" Itu yang bermain di fikiran SMB. Bila lama berbual dan bertanya khabar, barulah SMB tahu bahawa sahabat tadi sudah pun berubah haluan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR dan PR.

Sepanjang perbualan dengan sahabat tadi, SMB tertarik dengan satu info yang boleh dikatakan agak menggemparkan yang diceritakan oleh beliau kepada SMB. Maklumat yang beliau perolehi juga datangnya dari dalam kem PKR sendiri dan sepanjang perkenalan SMB dengan sahabat tadi selama kira-kira 15 tahun, beliau adalah seorang yang boleh dipercayai.

"Habis la Azizah kali ni" Permulaan ayat dari sahabat SMB yang menarik perhatian SMB. Menurutnya, cadangan pencalonan Azizah awalnya ditentang oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Satu mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah diadakan kira-kira 2 minggu lepas bagi membincangkan persiapan awal .menghadapi PRK di Permatang Pauh dan Rompin. Antara yang hadir termasuklah Azizah dan Azmin, Mat Sabu, pemimpin Dap dan beberapa pemimpin tertinggi lain. Perkara yang dibincangkan termasuklah perihal calon yang akan diletakkan.

Azizah mahukan agar kerusi Permatang Pauh kekal di tangan ahli keluarganya dengan mencadangkan Nurul Nuha sebagai calon. Azmin tidak bersetuju dan lebih berminat untuk meletakkan YB Dr. Afif Baharuddin yang merupakan ADUN Seberang Jaya, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ketua AMK PKR Pulau Pinang. Dan ini menimbulkan sedikit ketegangan antara keduanya dan menjadikan mesyuarat tersebut tidak mencapai kata putus.

Amanat dari Sungai Buluh pula mahukan agar Azizah bertanding di Permatang Pauh kerana DSAI masih yakin pengundi Permatang Pauh akan kekal memenangkan Azizah. Disebabkan inilah PKR terpaksa menanti hingga hari terakhir untuk mengumumkan calonnya. Itu pun selepas BN menamakan Saudara Suhaimi Bin Hj Sabudin sebagai calon BN.

 Sebaik sahaja BN mengumumkan calon yang akan bertanding, sebelah malamnya, satu pertemuan sulit telah diadakan antara Azmin, pemimpin DAP dan Mat Sabu bagi merangka strategi baru dan menyelesaikan isu calon yang masih tergantung. Azizah selaku Presiden PKR tidak dimaklumkan tentang perbincangan ini.

(Ikuti post selanjutnya untuk mengetahui hasil perbincangan sulit dan kenapa Azmin akur dengan cadangan pencalonan Azizah)(SMB dah mengantuk)

Sabtu, 25 April 2015

PRK P044 : Beza Antara Command Center Bn Dan PKR... #PRKPERMATANGPAUH


BN UMNO menentukan calon yang paling layak dan sesuai serta memenuhi kriteria yang ditetapkan berdasarkan musyawarah dan perbincangan antara seluruh barisan kepimpinan setelah menerima pandangan dari semua pihak termasuk akar umbi.

Manakala PKR perlu mendapat perkenan dari penghuni 'Command Center'nya di Sungai Buluh yang berhak menentukan calon bertanding walaupun tidak dipersetujui pimpinan lain.

PRK P044 : 4 Calon Berentap... Sekitar Majlis Penamaan Calon.

Gelanggang Pilihanraya Kecil P044 Parlimen Permatang Pauh secara rasminya dibuka. 4 calon telah diterima untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN), PKR, PRM dan Bebas cap Kunci.

Gambar sekitar Majlis Penamaan Calon PRK P044 Parlimen Permatang Pauh bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

PRK P044 : Lepas Laki, Bini... Lepas Tu Laki, Kemudian Bini...

Seperti dijangka calon yang diumumkan bagi mewakili PKR dalam PRK P044 Parlimen Permatang Pauh tidak lain dan tidak bukan adalah YB Datin Seri Wan Azizah Ismail. Ini jelas membuktikan bahawa PKR masih mengharapkan sentimen simpati dan air mata untuk menawan pengundi Permatang Pauh. Beliau yang juga merupakan mantan (berulang kali) ahli Parlimen Permatang Pauh yang pernah mengosongkan kerusi panas ini untuk memberi laluan kepada suami tercinta mengambil alih Parlimen Permatang Pauh dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pembangkang di dalam sidang Parlimen.

Jika ketika itu alasan yang diberikan adalah untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan menguruskan cucunya, tapi kali ini tampak seolah-olah beliau sudah memperoleh 'babysitter' untuk menguruskan keluarganya itu. Atau sebenarnya 'cucu'nya itu sedang berehat panjang di "Pusat Asuhan Pagar Besi" dan ini memberi lebih ruang kepada beliau untuk kembali mengencing pengundi Permatang Pauh...

Jumaat, 24 April 2015

PRK P044 : Cikgu Zaidi Berkorban Demi Perpaduan Permatang Pauh. Tanggungjawab Besar Di Bahu Abg Mie...


Ini adalah status yang telah dimuatnaik oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato' Mohd Zaidi Bin Mohd Said di dalam laman facebook beliau 1 hari selepas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin mengumumkan Saudara Suhaimi Bin Hj. Sabudin sebagai calon PRK P044 Parlimen Permatang Pauh mewakili Barisan Nasional.

Sebenarnya banyak pihak tertanya-tanya kenapa Dato' Zaidi selaku Ketua UMNO Bahagian tidak dipilih sebagai calon BN. Berdasarkan latar belakang, komitmen, kerja keras dan semangat jelas sekali Dato' Zaidi sepatutnya menjadi pilihan utama. Ditambah pula dengan keupayaan beliau yang berjaya melakukan transformasi dalam Bahagian Permatang Pauh sebaik sahaja berjaya menduduki kerusi Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh menjadikan beliau sangat dihormati dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat Permatang Pauh.

Dominasi oleh segelintir puak dalam Bahagian Permatang Pauh telah berjaya dirombak oleh beliau. Berdasarkan pengalaman beliau sewaktu menduduki kerusi Pemuda Bahagian menjadikan beliau tekad untuk meruntuhkan tembok dominan yang menjadi penghalang antara kerajaan UMNO BN dan penduduk Permatang Pauh.

Beliau merupakan seorang ketua yang sangat rajin turun ke akar umbi. Banyak program-program dan aktiviti-aktiviti UMNO Bahagian telah sampai manfaatnya hingga ke bawah. Kemesraan dan keramahan beliau melayan setiap individu yang ditemuinya membuatkan masyarakat mudah mesra untuk bergaul dengan beliau. Terkenal dengan panggilan 'Cikgu Zaidi', beliau amat dikagumi dan digeruni oleh kawan mahupun lawan. Satu persatu pembaharuan yang positif telah berjaya beliau perkenalkan di Permatang Pauh. Dengan program-program mesra anak muda dan belia menyebabkan semakin ramai golongan muda yang sudah mula tertarik dengan UMNO dan perjuangannya.

Dari awal lagi SMB seolah-olah dapat merasakan bahawa Cikgu Zaidi bukanlah calon yang akan diumumkan. Berdasarkan spekulasi-spekulasi yang bertiup kencang ditambah pula dengan kenyataan dari Cikgu Zaidi sendiri sewaktu membayangkan hasil perbincangan beliau bersama Presiden UMNO, tampak Cikgu Zaidi seolah-olah sudah merangka pelan strategi terbaik untuk menghadapi PRK ini.

Seorang ketua yang layak, yang memenuhi kriteria calon yang ditetapkan dan memiliki rekod bersih, apabila beliau sendiri menolak untuk dicalonkan dan bersedia untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon pilihan, ini adalah satu pengorbanan yang besar, yang tidak dimiliki semua orang, hanya ada dalam diri pemimpin yang berjiwa besar, yang sedia berjuang dan berkorban demi agama, bangsa dan tanahair.

Calon yang beliau cadangkan juga pastilah bukan calang-calang orang. Saudara Suhaimi mungkin kurang dikenali di peringkat tertinggi. Namun berdasarkan pengalaman beliau yang pernah menjadi orang no. 2 dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, kemudiannya dilantik oleh Cikgu Zaidi sendiri sebagai Setiausaha UMNO Bahagian hingga kini dan merupakan Ketua UMNO Cawangan Guar Jering menjadikan SMB yakin bahawa calon yang dipilih ini sudah sangat dikenali dan akrab dengan seluruh masyarakat Permatang Pauh khususnya pengundi yang akan membuang undi pada bulan Mei ini. Dan inilah sebenarnya kriteria yang paling penting yang perlu ada untuk menjadi calon PRK P044 mewakili UMNO BN.

SMB sekali lagi salute dengan pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Cikgu Zaidi. Jelas sekali niat beliau sewaktu menduduki kerusi Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh bukanlah kerana hendak mengejar pangkat dan kuasa. Demi memartabatkan perjuangan UMNO, demi membela nasib penduduk Pematang Pauh khususnya orang Melayu, demi membawa perubahan kepada bumi Permatang Pauh mendorong beliau mengambil alih tampuk kepimpinan UMNO bahagian Permatang Pauh.

Namun lebih dari itu, beliau sanggup mengorbankan kerjaya beliau sebagai seorang guru yang sepatutnya telah menjamin masa depan beliau untuk memilih terjun ke dunia politik yang penuh pancaroba. SMB percaya bahawa Cikgu Zaidi bersama barisan kepimpinannya lah yang akan menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kejayaan UMNO dan Parlimen Permatang Pauh... InsyaAllah.

SMB mendoakan agar Cikgu Zaidi, Saudara Suhaimi dan seluruh jentera UMNO Permatang Pauh sentiasa istiqhomah dalam perjuangan membela agama, bangsa dan tanahair bersama UMNO. Ikhlaskan perjuangan anda, bekerja keras dan patuh dengan suruhan Allah, InsyaAllah, Allah akan bersama dengan mereka yang benar.

PRK P044 : Antara Kredibiliti Dan Simpati... Apa Pilihan Anda ?

"SEMPOI" & "MUDAH KIRA"

Ini lah ciri-ciri yang dimiliki oleh calon BN bagi PRK P044 Parlimen Permatang Pauh, Saudara Suhaimi Bin Haji Sabudin yang telah diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO semalam di PERDA Mall City. Dengan semangat baru yang dimiliki oleh orang muda pastinya akan menjanjikan satu perubahan yang positif yang akan dibawa ke Parlimen Permatang Pauh sekiranya beliau diberi mandat dalam PRK nanti.

Dengan slogan :

"MELAKAR SEJARAH BARU"

seolah-olah menggambarkan penduduk Permatang Pauh sebenarnya sangat mendambakan satu perubahan. Perubahan yang mana mampu memacu pembangunan sosio-ekonomi seiiring dengan kemajuan yang sedang dikecapi di kawasan lain.

Secara umumnya, Permatang Pauh merupakan sebuah kawasan pinggiran bandar yang berpotensi besar untuk dibangunkan. Pada zaman era Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, sudah banyak pembangunan yang dilaksanakan di Permatang Pauh khususnya di Bandar PERDA. Tidak dinafikan sumbangan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang ketika itu mewakili UMNO dan Barisan Nasional, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sudah mula membuat perancangan untuk memajukan parlimennya.

Namun begitu, harus diingat, sekalipun beliau dan isteri tidak lagi mewakili panji Barisan Nasional sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, kerajaan negeri dan persekutuan di bawah UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan Permatang Pauh. Pembangunan yang telah dirancang tetap diteruskan sekalipun BN sedar bahawa Permatang Pauh merupakan kubu kuat, tanah kelahiran parti Keadilan dan PKR. Bilamana kerajaan negeri diambil alih oleh Pakatan Rakyat pimpinan DAP, mereka hanya mengambil manfaat sahaja hasil pembangunan yang telah dimulakan oleh BN.

Istimewanya di Permatang Pauh, majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu. Pembangunan bijak yang dirancang oleh PERDA dan UDA Land telah memberi peluang kepada kaum bumiputera Melayu memiliki hartanah dan rumah di Permatang Pauh terutama di PERDA dan Seberang Jaya. Dalam masa yang sama, kampung-kampung Melayu masih dikekalkan seperti di kawasan Permatang Pasir, sebahagian kawasan Penanti dan Kampung Pelet, Kampung Pertama dan beberapa kawasan lagi.

Permatang Pauh juga telah dibangunkan oleh kerajaan persekutuan hasil perancangan yang rapi dengan menjadikannya sebagai kawasan gedung ilmu. Politeknik Seberang Perai, UITM Permatang Pauh, Kolej Matrikulasi Permatang Pauh, Maktab Tunku Bainun dan beberapa Kolej Komuniti telah dibina di dalam Parlimen Permatang Pauh. Malah ibu pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai yang dulunya terletak dalam Parlimen Bagan telah dipindahkan di bangunan baru yang tersergam indah di Bandar PERDA.

Permatang Pauh menjadi lokasi yang strategik bermula siapnya Lebuhraya Utara Selatan. Lebuhraya yang merentasi Semenanjung Malaysia dari Johor hingga ke Perlis melalui sebahagian kawasan antara Permatang Pauh dan Seberang Jaya. Lebih menarik lagi, apabila mula beroperasi Jambatan Pulau Pinang yang pertama, pintu masuk dari tanah besar untuk melalui jambatan terletak di Jalan Baru dalam kawasan Permatang Pauh. Kemudian, sekali lagi Permatang Pauh menjadi penghubung antara penduduk Kulim, Baling hingga ke Pantai Timur setelah siapnya Lebuhraya BKE. Pendek kata, Permatang Pauh merupakan titik tengah kepada seluruh penduduk Pulau Pinang yang tinggal di kawasan Tanah Besar atau Seberang Perai.

Lanskap politik di Permatang Pauh berubah bermula sekitar tahun 1998 bilamana Ahli Parlimennya yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri telah dipecat dari UMNO dan kerajaan dan kemudiaanya telah didakwa dan dijatuhkan hukuman atas pelbagai kesalahan. Walaupun sebenarnya Permatang Pauh tidaklah boleh dianggap sebagai kubu UMNO walaupun sewaktu di bawah DSAI kerana sejarah menunjukkan bahawa Permatang Pauh pernah dimenangi oleh calon dari PAS. Hinggalah DSAI dibawa masuk ke dalam UMNO oleh Tun M dan merubah Permatang Pauh menjadi kawasan kubu kuat UMNO.

Apabila dipecat, DSAI telah mengheret sama penyokong setianya dalam kawasan Permatang Pauh untuk terus bersamanya. Malah pada tahun 2004, dalam Pilihanraya Umum ke 11, bilamana semua calon Parlimen dari KeAdilan, termasuk juga nama-nama besar dalam PAS dan DAP, yang mana ketika itu telah pun dibentuk satu kerjasama atas nama Barisan Alternatif antara ketiga-tiga parti pembangkang telah tewas mengejut kepada calon dari Barisan Nasional, hanya yang tinggal adalah Datin Seri Wan Azizah Ismail yang berjaya mempertahankan Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti yang sangat kecil menewaskan bekas imam Masjid Negara,, Datuk Firdaus Ismail. Pada PRU-11 juga memperlihatkan penguasaan BN pimpinan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi yang berjaya memperolehi 2 per 3 kerusi parlimen untuk menubuhkan kerajaan.

Apabila DSAI dibebaskan dan dibenarkan untuk kembali ke arena politik, isterinya, DSWA telah mengorbankan kerusi Parlimen yang dimenanginya untuk ditandingi oleh DSAI. DSAI yang mewakili PKR telah dicabar oleh Dr Mazlan dari BN. Atas kertas jelas menunjukkan kelebihan memihak kepada DSAI. Namun hakikatnya, sekalipun Dr. Mazlan tewas, beliau telah berjaya mengurangkan sejumlah besar majoriti hingga tinggal sekitar 10, 000 sahaja. Ini seolah membayangkan kematangan pengundi Permatang Pauh yang sudah muak dengan mainan politik pembangkang yang hanya mempergunakan pengundi Permatang Pauh untuk berkuasa.

Kali ini, PRK P044 Parlimen Permatang Pauh kembali sekali lagi. Atas apa yang berlaku kebelakangan ini, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, pastinya akan sekali lagi merubah persepsi pengundi Permatang Pauh dan menjadikan lanskap politik Permatang Pauh kembali menarik. Yang pasti, hanya pengundi Permatang Pauh sahaja yang mengetahui apa sebenarnya kehendak mereka. Adakah mereka ingin terus dibuai rasa simpati dan air mata mainan keluarga DSAI? Atau, sudah tiba masanya untuk mereka berubah dan kembali berpijak di bumi yang nyata...

"TEPUK DADA, TANYA SELERA"

Khamis, 23 April 2015

PRK P044 : Analisis Peratusan Pengundi Melayu Dan Cina Dalam Parlimen Permatang Pauh


ANALISIS JUMLAH PENGUNDI MENGIKUT PDM YANG MEMPUNYAI PENGUNDI BANGSA MELAYU MELEBIHI 60%. 
N10 SEBERANG JAYA
PDM JALAN SEMBILANG : 62.28% 
PDM KAMPONG PERTAMA : 70.39 %
PDM KAMPONG BELAH DUA : 90.57%
PDM JALAN BAHRU : 90.56%
PDM SIMPANG AMPAT : 90.49%
N11 PERMATANG PASIR
PDM PERMATANG ARA : 96.91%
PDM BUKIT INDRA MUDA : 96.33%
PDM KAMPONG PELET : 74.18 %
PDM KUBANG SEMANG : 93.3%
PDM TANAH LIAT MUKIM 8 : 78.98%
PDM PERMATANG TENGAH : 82.67 %
N12 PENANTI
PDM GUAR PERAHU : 99.66% ( TERTINGGI DI P044)
PDM KUALA MENGKUANG : 98.2%
PDM MENGKUANG : 92.01%
PDM PENANTI : 68.16%
PDM SG SEMAMBU : 71.57%
PDM TANAH LIAT MUKIM 9 : 77.62%
JUMLAH PENGUNDI MELAYU P044 -70.38%

ANALISIS JUMLAH PENGUNDI MENGIKUT PDM YANG MEMILIKI PENGUNDI BERBANGSA CINA MELEBIHI 50%.
N10 SEBERANG JAYA
Tiada
N11 PERMATANG PASIR
PDM.PERMATANG PAUH : 52.68% (973/1847)
PDM KG CROSS STREET 2 : 75.79% ( 1606/2119)
N12 PENANTI
PDM SG LEMBU : 98.5 ( 525/533)
JUMLAH PENGUNDI CINA 16 583 DARIPADA 72 613 (22.87%)

PRK P044 : Tahniah kepada Calon Yang Dipilih... Lagi Sekitar Majlis Pengumuman Calon BN Di PERDA Mall City...

Tahniah diucapkan kepada Saudara Suhaimi Bin Haji Sabudin yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh kerana telah diberi kepercayaan untuk menjadi calon mewakili UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil P044 Parliman Permatang Pauh.

Lagi gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional dan Pengumuman Calon Barisan Nasional bagi PRK P044 Parlimen Permatang Pauh.

Undilah Saudara Suhaimi Bin Haji Sabudin (BN)

Profil Calon BN P044 Permatang Pauh

Rakyat Permatang Pauh inginkan perubahan

Tulang Belakang UMNO BN

Kali ini, BUKTIKAN !!!

Pimpinan Barisan Nasional

"Pastikan orang Cina pangkah BN kali ni"


Calon BN bersama Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Cikgu Zaidi

Kejutan buat calon BN

YB DS Zahid Hamidi bermesra dengan rakyat


Kepimpinan ADUN BN di Pulau Pinang

YB Shabudin bersama YB Farid dan YB Sariful

Orang baru, jiwa baru, semangat baru...
YB Farid bersama YB Shabudin

YB Reezal bersalaman bersama YB Shabudin









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE