Ahad, 6 Disember 2015

Video [BONGKAR] PANAS!!! Bekas Pengasas Keadilan Dedah Pengkhinatan Wan Azizah, Tian Chua Dlm Keadilan Yg Membawa Kpd Pemecatan Dirinya... Mesti Baca Jika Kebenaran Yg Dicari... #SahabatSMB

Jika benar ingin mencari jawapan dan kebenaran, rasanya, apa yg didedahkan oleh bekas pengasas parti Keadilan, Saudara Lokman Noor Adam perlu diambil kira... beliau adalah antara yg awal menzahirkan kebangkitan sewaktu DS Anwar Ibrahim dipecat drpd TPM dan UMNO dalam reformasi tahun 2008...


Mula membentuk parti Keadilan tatkala Anwar sedang menerima hukuman, namun kemudiannya telah dipecat gara2 mengkritik dan mempertikai tindakan serta keputusan kepimpinan tertinggi Keadilan... beliau lahirkan Keadilan dgn hati yg luhur dan ikhlas demi perjuangan mencari keadilan, namun akhirnya dikhianati gara2 ketamakkan kuasa hingga membawa parti Keadilan atau PKR terkeluar dari landasan asal...

NAJIB BUAT PILIHAN YANG TEPAT MENERIMA DANA DARI PAK ARAB, BERBANDING YAHUDI DAN TOKOH KORPORAT SEPERTI ANWAR DAN MAHATHIR

Oleh Lokman Adam

Sebelum melangkah menaiki pesawat untuk ke Sandakan bagi memenuhi undangan ceramah, saya sempat mengikuti perbualan dalam satu kumpulan whatapp penyokong BN.  Kumpulan ini sungguhpun dinamakan kumpulan Penyokong BN, namun tidak semuanya menyokong Pengerusi Barisan Nasional itu sendiri, apatah lagi ada diantara mereka merupakan pentaksub Pengerusi BN lama yang pernah berkuasa selama 22 tahun.


Beberapa hari sekali, ada sahaja pertikaian yang akan dibangkitkan bagi menimbulkan keraguan terhadap Pengerusi BN baru yang kini cuba dibenamkan oleh Pengerusi BN lama yang menjadi idola individu tersebut.  Hari ini, cerita basi RM 2.6 Billion menjadi topik perbincangan walaupun ianya sudah dijawab oleh Dato Sri Azalina Said dan Dato Sri Zahid Hamidi di Parlimen.

Memandangkan beliau terus-menerus menegaskan hak beliau untuk menyatakan pandangan beliau, izinkan saya menggunakan tempoh 2 jam setengah perjalanan saya tanpa internet ini untuk menyatakan pandangan saya berhubung isu RM 2.6 billion ini.

Salah satu isu yang menyumbang kepada pemecatan saya dari Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada tahun 2004 mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan dana politik KeADILan.  Selain daripada penyelewengan sumbangan yang diterima oleh pimpinan KeADILan, saya juga telah mendedahkan dua perkara besar pada tahun 2004 dan ianya masih lagi ada dalam youtube sehingga kini.  Pendedahan pertama saya ialah, sumbangan yang KeADILan terima daripada Dato So Che Wen untuk pilihanraya umum tahun 1999.  Cek atas nama Wan Azizah bernilai 5 juta ringgit itu langsung tidak dimasukkan ke dalam akaun KeADILan.  Sehingga kini kita tidak pernah mendengar YB Rafizi Ramli mempersoalkan tentang dana ini, malah beliau merupakan salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (lantikan) yang memutuskan agar saya dipecat dari KeADILan.


Pendedahan kedua saya adalah berhubung pertemuan Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar dengan George Soros di Washinton DC penghujung tahun 2003 bagi mendapatkan dana pilihanraya tahun 2004 untuk KeADILan.




KLIK SINI... LAGI PENDEDAHAN DARI LOKMAN NOOR ADAM...

Pertemuan ini diatur oleh Tian Chua dan wakil Tian ketika itu ialah Elizabeth Wong dari SUARAM (Kini Exco Kerajaan Negeri Selangor) turut hadir.  Itu sebab saya tidak hairan bila Tian sekali lagi mengkhianati rakyat negara ini dengan mengatur perjumpaan Puteri Jacel Kiram dengan Nurul Izzah.  Saya selaku Ahli MPT KeADILan dan teman-teman MPT yang lain langsung tidak dimaklum akan keputusan Presiden untuk meminta dana dari bangsa Yahudi yang telah menyerang matawang kita pada tahun 1997 itu.  Sebelum saya dipecat, Azmin dalam satu mesyuarat jentera pilihanraya mengesahkan bahawa duit sebanyak RM 3 juta pertama telah diterima dan digunakan untuk menempah t-shirt, bendera dan topi KeADILan di China.  Ketua Pemuda KeADILan, Sdr Ezam ketika itu mengesahkan dana tersebut diperolehi dari Soros.


Apa yang cuba saya sampaikan ialah, tiada undang-undang dalam negara ini yang boleh menghalang mana-mana individu atau parti politik untuk menerima dana politik atau sumbangan dari dalam atau luar negara selagi ianya dibawa masuk mengikut sumber yang sah.  Tidak perlulah saya cerita panjang lebar bagaimana dana KeADILan dibawa masuk melalui pelbagai cara termasuk melalui proses penyeludupan.  Apa yang ingin saya kupas hari ini ialah Najib mempunyai 3 pilihan untuk mendapatkan dana politik,  dan beliau telah membuat keputusan yang paling baik bagi memastikan negara ini terus berdaulat dan beliau tidak terhutang budi kepada mana-mana tokoh koprat.

Pilihan pertama yang Najib ada, dia boleh ikut jejak langkah Anwar dan PKR untuk mendapatkan dana dari Soros, Amerika, Conrade Adeneur (Yayasan Kristian dari German), NDI, NED dan lain-lain sumber seperti sumber dari Singapura dan Taiwan yang menaja DAP.  Namun jika kita menang pilihanraya umum ke 13 dengan menggunakan dana asing ini, bolehkah kita memerintah mengikut acuan kita sendiri?  Sudah pasti tidak!  Kita mungkin akan jadi seperti Filipina yang sudah terlalu banyak terhutang budi dengan Amerika sehingga terpaksa mengizinkan Amerika membuka pengkalan tenteranya di Filipina.  Bila, Amerika arahkan mereka menyerang Iraq pula, kita lihat Filipina terpaksa menghantar angkatan tenteranya ke Iraq.  Saya yakin kita semua tidak mahu Malaysia jadi lembu cucuk hidung pada Amerika dan Yahudi.



Najib juga boleh pilih cara yang digunakan oleh Tun Mahathir. Kebanyakan belanja pilihanraya BN zaman beliau ditaja oleh tokoh-tokoh koprat seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Arumugam, Tan Sri Yeoh Tiong Lai, Tan Sri Vincent Tan dan ramai lagi.

Namun jika Najib memilih pilihan kedua ini dan menerima dana dari tokoh koprat, bolehkah Najib menolak 'proposal' atau permohonan projek oleh mereka selepas BN memenangi pilihanraya?  Sudah pasti tidak, kerana beliau juga akan terasa terhutang budi dengan tokoh-tokoh koprat tersebut.  Ini akan mengakibatkan banyak perkara akan tergadai,  sepertimana tanah tapak KLCC yang dijual dengan harga yang murah oleh Tun Mahathir kepada Ananda Krishnan dan kemudiannya dijual dengan harga yang mahal oleh Ananda kepada Petronas.

Sungguhpun Najib dikecam hebat berhubung isu 1MDB terutamanya berhubung kerjasama 1MDB dengan Petro Saudi dalam usahasama eksplorasi minyak di Tajikistan dan Argentina.  Ramai mungkin tidak sedar hikmah disebalik usahasama ini telah menyelamatkan negara dari mengikut telunjuk asing dan tokoh koprat.  Kerana usahasama 1MDB dengan syarikat milik Putera Turki inilah, iaitu anak Ketujuh Raja Saudi yang juga merupakan Gabenor Ryiad ketika itu, hubungan Najib dan teman-teman di Timur Tengah begitu baik sehingga mereka menawarkan dana politik bagi membantu Najib mengekalkan Barisan Nasional sebagai pemerintah di Malaysia.


Tidak dapat dinafikan, setiap bantuan yang dihulurkan sudah pasti ada syarat dan harapan pihak yang menaja kita.  Namun dikalangan 3 pilihan yang Najib ada,  pilihan ketiga inilah yang paling baik dan selamat.  Syarat pertama Pak Arab ini adalah supaya Malaysia mengekang aktiviti militan dan pengganas terutamanya IS.  Saya masih ingat, ketika saya mula ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan Kamunting tahun 2001-2003.  Saya telah ditempatkan di blok bersebelahan kumpulan Al Maaunah, iaitu kumpulan yang telah merompak senjata di Kem Tentera Grik dan lari ke Bukit Jenalik.  Kemudiannya saya dipindahkan ke blok bersebelahan dengan Kumpulan Militan Malaysia, iaitu kumpulan yang turut dianggotai oleh Nik Adli, anak Allahyarham Tn Guru Nik Aziz. Selepas itu kumpulan Jemaah Islamiah dan Daulah Islam pula ditahan di bawah ISA.

Ini bererti, kerja memerangi militan sudah lama kita lakukan dan tiada masalah untuk Najib menerima syarat untuk mengekang Militan dan IS.


Syarat Kedua Pak Arab ini adalah supaya Umat Islam Malaysia terus kekal sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengekang Syiah.  Saya yakin hampir semua umat Islam Negara ini memang mazhab Shafie dan bukan Syiah.  Sungguhpun begitu, usaha mengekang Syiah tidak pernah kita tinggalkan dan sekaligus tiada masalah untuk Najib menerima syarat kedua ini.

Syarat Ketiga Pak Arab ini adalah supaya kita memerangi pihak-pihak yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan Islam.  Sepertimana yang kita sedia maklum, sejak 2009-2011, Arab Spring yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi telah berjaya menjatuhkan satu demi satu pemerintah Islam seperti Muammar Ghadafi di Lybia dan Hosni Mubarak di Mesir.


Ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan oleh Pak Arab ini.  Oleh yang demikian,  sebahagian dari hasil petroleum mereka disumbangkan kepada negara-negara seperti Malaysia bagi memastikan pemerintahan Islam di Negara ini tidak menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir, Lybia dan Tunisia.  Bukankah, kerja menentang proksi Amerika dan Yahudi seperti Anwar, PKR, DAP dan Bersih sudah lama kita lakukan?  Maka tidaklah jadi masalah untuk Najib bersetuju dengan syarat ketiga Pak Arab tersebut.

Saya yakin kalau anda diberi pilihan samaada mahu mengambil duit Yahudi/Amerika, Tokoh Koprat dan Pak Arab tadi, sudah pasti anda akan mengambil pilihan



Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE