Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] COUNCIL OF ELDERS... Perlukah Wujud 'Tangan Ghaib' Di Dalam Sebuah Kerajaan Yang Mengamalkan Demokrasi Berparlimen??? #sahabatSMB

PERLUKAH 'COUNCIL OF ELDERS' DI DALAM KERAJAAN YANG MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI???

Tidak dapat dinafikan, salah satu sebab kenapa Tun M berasa dukacita dan marah kepada kepimpinan Najib adalah kerana Najib, sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO telah menolak cadangan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yg dikenali sebagai 'Council Of Elders'... persoalannya adakah wajar jawatankuasa ini dibentuk di bawah kerajaan, apatah lagi Malaysia merupakan sebuah negara yg mempraktikkan amalan demokrasi dlm memilih kerajaan?


Council Of Elders (COE) merupakan sebuah jawatankuasa yang dicadangkan bertujuan untuk menasihati atau memberi cadangan kepada pihak kerajaan sebelum mahu memperkenalkan sesuatu dasar, atau apa jua hal yg berkaitan dengan kepentingan dan pentadbiran negara... ia dianggotai oleh individu2 yg mungkin berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang tertentu yg mana mereka ini mungkin sudah bersara, sudah tamat perkhidmatan atau juga mungkin dari kalangan yg gagal mendapat tempat dlm barisan kepimpinan kerajaan...

Sebenarnya, terpulang kpd Tun M, mahupun siapa saja yg ingin menubuhkan apa2 jenis jawatankuasa sekalipun, tetapi sebagai sebuah badan non-goverment organisation (NGO), bukan sebagai sebuah jawatankuasa di dalam kjaan seperti yg diingini oleh Tun M...

Seperti yg kita ketahui, badan tertinggi yg menentukan samada satu2 dasar kjaan boleh dilaksana atau tidak adalah institusi parlimen... keputusan dari parlimen kemudiannya akan diendors atau disahkan oleh Majlis Raja2 yg diketuai oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong... dasar yg telah diluluskan kemudiannya akan diperturunkan kepada barisan kabinet melalui kementerian masing2 untuk peringkat pelaksanaan...

Jadi, di mana letaknya peranan COE jika ia dibentuk di bawah kjaan? Adakah COE berhak menasihati sesuatu dasar yg sudah diterima di peringkat parlimen? Atau boleh mengubah keputusan yg telah dibuat oleh pihak istana? Atau lebih awal lagi, menentukan cadangan sesuatu dasar sebelum dibawa ke peringkat parlimen?


Jika begitu, apa gunanya ada kerajaan, ada Perdana Menteri, ada barisan menteri kabinet, jika di dalamnya wujud pula satu lagi entiti yg mempunyai kuasa mengatur dan menentukan hala tuju kerajaan... ia berbeza dgn jawatankuasa2 lain yg telah diwujudkan oleh kjaan spt EPU, PEMANDU, atau mana2 jawatankuasa adhoc yg dibentuk bg menyelesaikan sesuatu perkara secara khusus... ke semua jawankuasa ini dibentuk hasil persetujuan PM serta barisan kabinet dan mendapat perkenan Majlis Raja2... malah jawatankuasa2 ini juga mempunyai bidang kuasa yg terhad, yg mana mereka sekadar boleh membentangkan kertas cadangan manakala keputusan ditentukan oleh barisan kabinet sebelum dibawa ke Parlimen... ini bermakna barisan kabinet berhak utk menerima atau menolak cadangan drpd jawatankuasa ini...

Bagaimana pula halnya dengan peranan COE? Adakah wujud apa2 pengkhususan utk jawatankuasa ini? Adakah COE ini bertindak sbg pencadang, atau, pihak yg menentukan samada cadangan diterima atau ditolak? Bagaimana pula halnya jika cadangan yg diberikan oleh COE ini ditolak oleh barisan kabinet mahupun oleh PM?

Jelas sekali cadangan mewujudkan Council Of Elders ini sebenarnya bermotifkan politik, kuasa dan kepentingan... jika ia dibentuk di bawah kerajaan, secara tak langsung mereka lah yg akan menentukan dasar dan halatuju kerajaan, bukan lagi kerajaan pimpinan Perdana Menteri yg telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi...


Jika benar ingin menawarkan kebaikan dan manfaat kepada rakyat, kerajaan dan negara, elok saja jawatankuasa ini dibentuk sbg sebuah NGO... mereka bebas mencadang mahupun membantah apa jua dasar kjaan, dan akhirnya terpulang kpd kjaan utk menerima atau menolak pandangan mereka... seperti juga NGO2 lain yg ada hari ini...

Tapi, jika mmg bermatlamat untuk melindungi dasar berkepentingan... memastikan kuasa monopoli kekal dlm genggaman... mmg inilah tujuan untuk mewujudkan Council Of Elders sbg sebuah jawatankuasa di dlm kjaan...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama