Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] EKSKLUSIF!!! Isu Tebus Guna Tanah Laut Pulau Pinang... PH Selak UMNO BN, UMNO BN Londeh PH... Akhirnya Rakyat P. Pinang Yg Telanjang Bogel... #SahabatSMB

SIAPA YANG DEDAH FAKTA SEBENAR, LIM GUAN ENG UGUT NAK SAMAN...

Menarik di Pulau Pinang... 'Say No To The Truth'...


KELULUSAN TEBUS GUNA TANAH SEPANJANG 40 TAHUN PEMERINTAHAN UMNO BN...

Seri Tanjung Pinang (STP) Fasa 1 : 240 ekar oleh E&O Berhad.
Jelutong : 263.1 ekar oleh IJM.
Lebuh Maccalum : 61.8 ekar oleh PDC.
Tanjung Tokong : 54 ekar oleh UDA Holdings
Bagan Luar : 115.65 ekar oleh SPPP.
STP Fasa 2 : 740 ekar oleh E&O (BELUM DILAKSANA)
Butterworth : 1006 ekar oleh Penang Port (BELUM DILAKSANA)


Jumlah : 3026.55 ekar
(-) Perjanjian luput : 1606 ekar
Baki yg telah diluluskan : 1420 ekar

KELULUSAN TEBUS GUNA TANAH OLEH KJAAN PAKATAN HEQHOT DARI 2008 HINGGA 2015.

Bayan Mutiara : 35 ekar oleh Ivory
Bayan Bay : 25 ekar oleh Ideal DM
STP Fasa 2 : 29 ekar oleh E&O
Gurney Drive : 131 ekar oleh E&O
Rancangan pembangunan di bahagian selatan pulau. Termasuk dalam Pelan Induk Pengangkutan P. Pinang : 4000 ekar oleh SRS Consortium.

Jumlah : 4211 ekar


Beberapa perkara perlu difahami berdasarkan fakta dan angka yg telah aku dedahkan di atas...

1. Hanya baki 2 projek yg belum sempat dilaksanakan setelah kerajaan UMNO BN memberikan kelulusan iaitu Seri Tanjong Pinang (STP) Fasa 2 membabitkan 740 ekar oleh E&O Berhad... dan projek membesarkan pelabuhan oleh Penang Port melibatkan keluasan 1006 ekar... sedangkan menurut LGE, semua projek tebus tanah sudahpun diberikan kelulusan oleh kjaan UMNO BN dahulu...


Projek Seri Tanjong Pinang (STP) Fasa 1...

Cadangan Projek Seri Tanjong Pinang (STP) Fasa 2...

2. Kerajaan UMNO BN secara kolektifnya telah meluluskan sebanyak 3026.55 ekar. Namun, disebabkan faktor2 kepentingan umum, contohnya, tidak mendapat rekomendation dari JAS atau AIA, mendapat bantahan drpd NGO termasuk CAP, bantahan drpd penduduk tempatan dan lain2, maka, sebanyak 1606 ekar drpd jumlah keseluruhan telah dibatalkan secara automatik apabila perjanjian tersebut luput...

3. Tidak ada sebarang pampasan dikenakan kpd kjaan negeri Pulau Pinang termasuk di bawah pimpinan Lim Guan Eng ke atas baki 2 projek yg telah diluluskan oleh UMNO BN, tetapi belum dilaksana... dakwaan LGE bahawa kjaan negeri perlu membayar pampasan yg boleh menyebabkan kerugian kpd kjaan negeri adalah satu dakwaan palsu yg cuba utk menyalahkan UMNO BN...

4. Lim Guan Eng juga cuba untuk mengaitkan projek di Gurney Drive sebagai sebahagian drpd kawasan yg telah diluluskan oleh UMNO BN di bawah Seri Tanjong Pinang (STP) Fasa 2... ia adalah fakta yg salah kerana aktiviti tebus guna tanah di kawasan Gurney Drive tidak termasuk dalam perancangan E&O untuk projek STP2... E&O telah diberikan kelulusan seluas 131 ekar di kawasan Gurney Drive oleh kerajaan Pakatan Heqhot sendiri... kawasan yg terlibat dgn STP2 terletak berhampiran dgn projek STP1, iaitu berhampiran Tanjung Tokong...


Terdapat 4 perkara yg masih menjadi persoalan yg mana ketiga-tiga hal ini tidak pun disebut atau dibangkitkan, samada oleh kerajaan Pakatan Heqhot mahupun oleh ADUN2 UMNO BN yg mana sebahagian drpd nya pernah terlibat dlm pentadbiran kjaan negeri Pulau Pinang sewaktu menjadi kjaan...

1. Apakah status aktiviti tebus guna tanah melibatkan kawasan Permatang Damar Laut? Menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar Pulau Pinang (JPBPP), ia merupakan sebahagian drpd projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas... adakah ia juga merupakan sebahagian drpd perancangan yg telah diluluskan oleh kjaan UMNO BN dahulu, atau ia termasuk di dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang melibatkan 4000 ekar seperti yg pernah diumum oleh EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang, YB Chow Kow Yeow?


2. Apakah pula status di kawasan Middle Bank atau lebih dikenali sbg Pulau Korea? Middle Bank merupakan sebuah kawasan pulau buatan yg terletak di tepi Jambatan Pulau Pinang... ia terbentuk hasil tambakan tanah sewaktu kerja2 pembinaan jambatan Pulau Pinang... sewaktu persidangan DUN yg lepas, seorang wakil rakyat dari DAP telah mempersoalkan cadangan dari kerajaan negeri Pakatan Heqhot yg mahu memajakkan tanah Middle Bank kepada sebuah syarikat dari luar... kedudukan pulau tersebut yg agak strategik menarik minat byk pelabur, khususnya dari luar yg mahu menjadikan Middle Bank sbg tarikan pelancongan yg baru...

Middle Bank atau Pulau Korea...

3. Apakah status kelulusan yg telah diberikan sejak dari zaman pentadbiran UMNO BN lagi bagi cadangan tebus guna tanah di sepanjang pesisir pantai di Butterworth... seluas 1006 ekar telah diluluskan kepada Penang Port membabitkan sepanjang kawasan pantai dari Bagan Ajam hingga ke Telok Ayer Tawar... ia turut membabitkan pantai di kawasan Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)... Adakah kelulusan yg diberikan ada hubung kait dengan rancangan memindahkan Pangkala Tentera Udara dan membangunkan semula tapak tanah TUDM dengan projek perumahan mewah?


4. Apakah justifikasi dan perancangan yg termaktub dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang? Hal ini penting dan perlu didedahkan kepada rakyat Pulau Pinang kerana ia membabitkan cadangan tebus guna tanah yg berskala besar... YB Chow Kon Yeow telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah meluluskan cadangan tebus guna tanah seluas 4000 ekar bagi merealisasikan pelan induk ini... yg lebih menimbulkan kemushkilan adalah kawasan yg membabitkan 4000 ekar masih belum ditentukan lokasinya, tetapi hak untuk membangun dan melaksanakan pembangunan telah pun diluluskan... hak membangunkan 4000 ekar dijadikan tukaran atau pajakan atau satu bentuk pembayaran bagi merealisasikan hasrat kjaan negeri melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang...

YB Chow Kon Yeow mengumumkan hal ini dalam satu temuramah bersama Sin Chew Daily pada 25 Nov yang lalu... menurut sumber, hak pajakan ini diserahkan pada sebuah konsortium sebagai bayaran untuk melaksanakan Projek Terowong Dasar Laut menghubungkan pulau dan tanah besar...

Sementara itu, hari ini, Pengurus Besar SRS Consortium yg bertanggungjawab membangunkan 4000 ekar telah mengumumkan pelan pembangunan yg bakal dilaksana... kawasan yg terlibat adalah di bahagian selatan Pulau merangkumi Permatang Damar Laut...

Beberapa pecahan fasa telah dibuat membabitkn rancangan pembangunan kawasan bebas cukai, pembangunan perumahan, zon industri dan perniagaan... malah kira2 900 ekar drpd keseluruhan 4000 ekar dijangka akan dibangunkan sebagai sebuah pulau buatan...

Klik link untuk mengetahui penjelasan sepenuhnya oleh CEO SRS Consortium...

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang...

Tidak dinafikan, pembangunan mmg baik bagi sesebuah negeri, tetapi ia mestilah di dalam kawalan, apatah lagi melibatkan pembangunan tebus guna tanah laut... ia melibatkan banyak pihak, dari aspek alam sekitarnya, perubahan ekosistemnya, kesan kepada kegiatan ekonomi penduduk tempatan khususnya nelayan dan sebagainya... cadangan ADUN Pulau Betong dari UMNO BN, YB Muhammad Farid Saad agar kjaan negeri memberi tumpuan dan penekanan kpd laporan Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar sebelum meneruskan sesuatu projek membabitkan tebus guna tanah laut... cadangan dan bantahan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), agensi yg berkaitan serta drpd masyarakat tempatan tidak boleh dipandang sepi oleh kjaan negeri...

Lim Guan Eng selaku orang no 1 di Pulau Pinang sepatutnya lebih bertanggungjawab dan bersikap amanah, sebelum mengeluarkan satu kenyataan... pemimpin yg hebat dan bijak tidak akan semata-mata menafikan sesuatu isu atau tuduhan yg dilemparkan kpdnya, apatah lagi apabila sering mengambil sikap menyalahkan pihak lain termasuk pihak kerajaan sebelumnya hanya untuk menutup dan melindungi kelemahan serta kesilapan sendiri... pemimpin hebat akan tampil berani dgn hujah yg kuat dan bernas demi mempertahankan keputusannya, sekalipun benar ia adalah kesan drpd keputusan pentadbiran kjaan terdahulu...


Seperkara lg, terus terang aku katakn, aku lebih menghormati dan memuji cara kepimpinan yg ditonjolkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia... saman adalah langkah terakhir yg akan diambil oleh Najib, itupun hanya membabitkan tuduhan atau isu yg dilemparkan terhadapnya menyentuh hal2 peribadi dan keaiban keluarga... tidak kpd isu2 berkepentingan umum atau menyentuh hal pentadbiran dan keputusan kjaan... berbeza dgn pemimpin Pakatan Heqhot, baik Azmin Ali di Selangor mahupun Lim Guan Eng di Pulau Pinang...

Ugutan saman hanyalah satu helah atau cara untuk menutup mulut rakyat termasuk media drpd terus membicarakan isu yg dibangkitkn... segelintir pihak yg terkesan dgn ugutan tersebut pasti berasa takut dan akhirnya isu yg sepatutnya perlu diberi perhatian kerana membabitkn kepentingan dan hak rakyat akan didiamkan atau ditutup... adakah ini ciri2 sebuah kjaan yg kononnya menjadikan prinsip ketelusan, hak kebebasan bersuara sbg budaya atau asas dlm pentadbiran?

Apapun, sebagai rakyat Pulau Pinang yg prihatin dgn hak dan nasib masyarakat, serta dlm masa yg sama mahu melihat negeri Pulau Pinang terus berjaya dan membangun dgn pesat, harapan aku adalah agar persoalan serta kemushkilan yg telah aku bangkitkn akan mendapat jawapan dan penjelasan yg sewajarnya dan memuaskan hati semua pihak.. tak kiralah penjelasan drpd pihak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Heqhot mahupun penjelasan daripada kepimpinan UMNO BN yg pernah bersama kepimpinan dahulu sebagai sebuah kerajaan negeri...

Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang... (KLIK SINI)


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama