Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] Subsidi Beras Bakal Dimansuhkan Bermula 1 Januari... Aku Sokong, Dengan SYARAT...... #SahabatSMB

KERAJAAN MANSUHKAN SUBSIDI BERAS... AKU SOKONG, DENGAN SYARAT......

Sebenarnya aku nak post hal debat Arul Kanda dgn Tony Pua aka T.Pu... tapi... lepas ni lah, mungkin hal ini lebih bg manfaat kepada rakyat marhaen bawahan seperti aku...


Mungkin kebanyakan rakyat sudah digembar gemburkan dgn hal ini iaitu keputusan kjaan memansuhkan subsidi bagi beras jenis ST15 dan S15... makna kata harga beras akan naik bermula 1 Januari 2016...

Confirm... rakyat Malaysia termasuk aku akan marah dan mengecam keputusan kerajaan ini... sudah la rakyat dok merungut tentang barang mahal... tup, tup harga beras pula nak naik... hrrmmm...

Tapi, sehingga ke tarikh pelaksanaannya aku masih yakin dan optimis bahawa kerajaan pasti akan mencari kaedah serta alternatif bagaimana untuk mengelakkan hal ini terkesan kpd rakyat Msia khususnya yg berpendapatan rendah (B30) dan sederhana rendah (M40)...

Mungkin ramai yg tidak sedar betapa kerajaan dan rakyat terpaksa menanggung kerugian saban tahun bilamana subsidi yg sepatutnya dinikmati hanya rakyat Malaysia, tetapi telah diambil kesempatan oleh mereka2 yg tidak berhak... pendatang asing, warganegara luar, golongan peniaga berjaya bebas berkongsi subsidi ini sedangkan mereka tidak layak... kita boleh bayang berapa ramai pendatang asing di Malaysia dan berapa banyak subsidi milik rakyat yg mereka tumpang...

Jadi, sebagai satu langkah pengurusan kewangan khususnya dlm bab pemberian subsidi yg lebih efisyen, kjaan perlu mencari jalan agar perkara ini tidak berlaku dan sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan negara...

Namun, hak rakyat yg berhak dan memerlukan tidak boleh kjaan nafikan... walaupun subsidi beras dimansuhkan keseluruhannya, rakyat yg berhak dan layak perlu dikekalkan pemberian subsidi... tak kiralah bagaimana kjaan mahu melaksanakannya, asalkan rakyat Msia, terutama dlm kategori B30 dan M40 masih dapat membeli beras dgn harga bersubsidi...

Mungkin kjaan boleh perkenalkan kaedah pemberian kad subsidi kpd rakyat yg diberi bersekali dgn BR1M... yg mana rakyat perlu sertakan kad ini dan KP mungkin setiap kali membeli barangan bersubsidi... atau mungkin dgn cara pemberian kupon kpd yg layak... kupon subsidi diberi kpd rakyat berdasarkan keperluan masing-masing... atau lebih moden sikit, kjaan boleh naik taraf cip pada KP yg mana setiap kali pembelian perlu disertakan bersama KP sebagai pengesahan...

Tak kisahlah apa cara sekalipun... walaupun aku faham, dgn suasana ekonomi semasa yg suram, kjaan mesti mengambil langkah perbelanjaan yg berhemah... dalam masa yg sama, hak dan kebajikan rakyat, terutama yg memerlukan, mesti juga mendapat perhatian kerajaan...
_______________________________

Ikuti kami di :
Group FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun Youtube Mamu Karapoley SMB :
https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com


By Padiyappa

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama