Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] PASUMNO... Berlapang Dada Dan Berserah Pada Allah, InshaAllah, Allah Akan Bantu... #SahabatSMB

DAP, PAKATAN HEQHOT (PH)!!! JANGAN TERLALU BONGKAK... INGAT! ALLAH JUGA MERANCANG...

Peerrghh... bongkak sungguh puak pengangkang Pakatan Heqhot ni, terutama DAP... siap dh merancang nak letakkan calon di 8 DUN yg dimenangi PAS sewaktu PRU13 lalu di Selangor... dan tentu jugalah mereka bersama rakan sekutu yg lain akan melakukan perkara yg sama di kawasan2 lain yg dimenangi PAS ulama di seluruh Malaysia...


Siap dah buat perkiraan peratusan pengundi cina yg menyumbang kepada kemenangan PAS tempohari... walaupun peratusan tersebut boleh dipertikaikan kerana tidak dimaklumkan samada peratusan pengundi cina yg dimaksudkan adalah pengundi cina yg keluar mengundi, atau keseluruhan jumlah pengundi cina di kawasan tersebut...


Tak pe lah apapun... cuma, aku sbg seorang umat Islam berbangsa Melayu amat berharap dan mendoakan rahmat daripada Allah agar dipertemukan titik perpaduan yg utuh dan kukuh di antara saudara seikhwan ku dalam UMNO dan PAS... Dengan syarat, kedua-dua pihak mesti terlebih dahulu berlapang dada dan buang apa jua prasangka buruk antara satu sama lain... tumpukan sepenuhnya matlamat perpaduan ini, Lillahitaala dan berserah sepenuhnya apa yg akan berlaku di atas kehendak dan kekuasaan Allah...


Jika ini dapat dilakukan, InshaAllah, apa jua cabaran, perbezaan yg selama ini menjadi tembok penghalang dlm mencari titik ukhwah akan dapat diruntuhkan... selagi mana kedua-dua pihak kembali ke matlamat asal jihad fisabilillah, yakni berjuang meletakkan agama Allah di kedudukan paling tinggi, Allah pasti akan bersama dgn mereka... itu janji Allah...


Percayalah... jika berjaya disimpul erat tali perpaduan antara kedua-dua pihak ini, InshaAllah, 8 kerusi yg cuba dirampas kafir laknatullah akan terus kekal di bawah kepimpinan Daulah Islamiyah... mungkin BN tidak perlu meletakkan calon dan memberi sokongan penuh kpd calon PAS, atau boleh juga bertukar dgn calon dari UMNO yg mana PAS tidak perlu bertanding dan menyokong penuh calon BN... asalkan kekuatan sokongan kedua-dua parti dapat digembleng menjadi satu...

Begitu juga bagi kerusi UMNO BN... jgn disangka semua kerusi yg dimenangi UMNO tempohari berada dlm keadaan selamat... apatah lg dgn pelbagai isu dan kemelut yg melanda dalaman UMNO hari ini menyebabkan beberapa kerusi, khususnya yg dimenangi oleh puak berhaluan songsang kini nampak semakin goyang...

Aku yakin, seandainya Najib terus kekal menerajui UMNO, pasti beliau akan bermasalah untuk meletakkan calon UMNO di kawasan terlibat... ini termasuklah di P___h, S_______A, G__ M____G dan beberapa kawasan kritikal lain... meletakkan calon lain selain dari yg sedia ada akan menyebabkan konflik dalaman yg lebih teruk... mengekalkan calon sedia ada, bilamana berlaku krisis kepercayaan, ia akan menyebabkan kelancaran pentadbiran kerajaan akan terganggu... jadi, alternatif lain, korbankan dgn cara kompromi iaitu meletakkan calon PAS bertanding... maknanya kedua-dua kem perlu berkorban samada kem pro Najib atau kem berhaluan songsang... jika mereka sayangkan agama, bangsa dan tanahair, inilah masanya untuk mereka buktikan dgn menyokong calon saudara seikhwan... samalah halnya dgn kawasan yg sebelum ini dimenangi PAS dari gerombolan AMANAH... biarkan BN bertanding manakala penyokong PAS pro ulama bersatu memberikan sokongan kpd calon BN...


Apapun... semuanya berbalik kepada niat dan matlamat dalam perjuangan... carilah titik temu yg terbaik, yg diredhai oleh kedua-dua pihak, kerana Allah pasti jua akan turut meredhai perjuangan menegakkan syiar Islam...

InshaAllah...
_______________________________

Ikuti kami di :
Group FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun Youtube Mamu Karapoley SMB :
https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com

By MamuKarapoley

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama