Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] PANAS!!! Tempoh Untuk Lim Guan Eng Hampir Tamat... Lebih Molek LGE Pulang Ke Melaka Secara Terhormat... #SahabatSMB

LIM GUAN ENG : THE REAL CM 'PARACHUTE'...

Semalam berlangsung pemilihan AJK tertinggi DAP peringkat Negeri Pulau Pinang... seperti dijangka, YB Chow Kon Yeow berjaya memperolehi undian tertinggi dan sekaligus mempertahankan kedudukannya sebagai Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang...


Sebenarnya, sudah timbul cakap2 di peringkat akar umbi DAP berhubung kewajaran LGE terus memikul peranan sbg Ketua Menteri P. Pinang, seolah-olah sudah tidak ada pemimpin negeri yg layak untuk dilantik... peringkat awal kepimpinan dahulu mungkin boleh diterima alasan perlantikan LGE untuk memperkukuhkan kedudukan DAP sbg kjaan negeri, tapi sekarang sudah lebih 7 tahun sejak amik alik tahun 2008...

LGE enggan bertanding dlm pemilihan peringkat negeri P. Pinang... kononnya atas dasar semangat setiakawan dan mengelakkan perpecahan dalaman DAP P. Pinang... atas semangat setiakawan jugalah sepatutnya LGE serahkan jawatan Ketua Menteri kepada pemimpin pilihan DAP Penang, Chow Kon Yeow yg juga merupakan anak tempatan... dan LGE boleh lebih fokus kpd tanggungjawab parti selaku Setiausaha Agong DAP dan juga sebagai ahli Parlimen Bagan...


Selain itu, ADUN Tanjung Bungah, YB  gagal menempatkan dirinya di kalangan 15 ahli jawatankuasa yg baru... walhal beliau sebelum ini menduduki tangga ke-6 dlm senarai ajk DAP... adakah ini akibat yg terpaksa beliau telan apabila bertindak melawan arus dgn memihak kepada ADUN UMNO BN ketika membawa usul berkaitan tebus guna tanah di P. Pinang... nampak LGE mula menggunakan diktatorship nya terhadap mana2 pihak yg cuba untuk menyanggah keputusannya...

Menarik lagi, seorang waris legasi empayar Lim berjaya menempatkan dirinya dlm kalangan 15 ajk pilihan... Lim Hui Ying yg merupakan anak perempuan LGE menduduki tangga ke-4 di belakang satu-satunya calon yg bernama dgn nama org 'Melayu', YB Zairil Khir Johari... selain Zairil, tidak ada lagi pemimpin DAP Melayu yg berjaya menambat hati LGE dan perwakilan DAP... kekal sebagai tongkoi dlm DAP...

Seorang lagi nama besar, orang lama dalam DAP Penang, YB Lim Hock Seng turut gagal mendapat tempat... kedudukan sbg EXCO Kjaan Negeri belum menjamin untuk diterima oleh perwakilan DAP... manakala mewakili legasi empayar Karpal Singh, hanya seorang anaknya yg terpilih iaitu YB Jagdeep Singh Deo di tangga yg ke-2...



Sementara itu dalam Mesyuarat Agong Pemilihan Dap P. Pinang semalam, seorang perwakilan dari DAP Cawangan Taman Chai Leng telah mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada anak tempatan yg berjaya mendapat undi tertinggi... ketika ini, wajah LGE sedikit berubah, mungkin sudah mula menyedari dirinya semakin ditolak oleh ahli2 DAP P. Pinang...

Apapun aku ucap tahniah kepada ajk yg berjaya... diharap dapat memimpin negeri Pulau Pinang dgn baik, bukan hanya mencari salah pihak lain... ingat, anda sekarang adalah di pihak kjaan negeri, bukan lagi pembangkang di P. Pinang...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama