Isnin, 19 Oktober 2015

[ISU SEMASA] Dunia Arab Beri Penghargaan Kepada Najib... Jadi, Apalah Sangat Dengan RM2.6 Bil Tu... #SahabatSMB

DUNIA ISLAM IKHTIRAF SUMBANGAN & PERANAN YAB DS NAJIB TUN RAZAK...

2 Oktober yg lalu, dewan yg menghimpunkan pemimpin2 utama dunia telah menjadi saksi akan keberanian serta komitmen yg telah dizahirkan oleh seorang anak Melayu dari Malaysia...  melalui ucapan yg disampaikan,  YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak yg merupakan Perdana Menteri Malaysia tanpa berselindung telah mengecam tindakan zionist Israel yg menghalang umat Islam Palestin daripada memasuki Masjidil Al-Aqsa...



Beliau turut mengutuk kekejaman yg dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin, khususnya wanita dan kanak2... Najib juga tidak ketinggalan membangkitkan isu kemanusian yg sedang dihadapi oleh rakyat Syria dan beberapa negara Islam lain yg sedang dihimpit dgn krisis politik...

Najib juga secara terbuka telah mengkritik kegagalan Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (UN) memainkan peranan sehingga mengenepikan hak negara2 dunia ke-3 dan negara2 membangun... malah Najib juga melahirkan rasa kecewa apabila wujud usaha2 tertentu yg cuba untuk menafikan hak keadilan keluarga mangsa MH17 yg telah ditembak jatuh...

Paling membanggakan apabila akhir ucapan Najib, beliau telah diberikan tepukan gemuruh daripada kalangan pemimpin dunia yg hadir...

Namun, respon yg berbeza diterima di Malaysia... komitmen Najib rupa-rupanya tidak disenangi oleh segelintir rakyat Malaysia... foto yg menunjukkan DS Najib sedang berbual dgn pemimpin utama Israel lebih mendapat perhatian...  sehingga ada yg menuduh kononnya Najib hanya berpura-pura dlm ucapan sedangkan di belakang, Najib menjalin hubungan akrab dgn Israel...


Najib kemudiannya terpaksa tampil memperjelaskan kedudukan sebenar, walaupun sebenarnya Najib tidak perlu pun berbuat demikian...

Akhirnya, seminggu kemudian, iaitu pada 8 Oktober, Imam Ali Omar Yacoub Abbasi yg merupakan Imam Besar Masjidil Al-Aqsa telah hadir sendiri ke Wisma Putra untuk bertemu secara bersemuka dengan YAB Perdana Menteri, semata-mata ingin melahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Najib kerana berani membawa suara kerdil rakyat Palestin ke pentas antarabangsa...

Mungkin ramai yg akan menyangkal jika aku katakan bahawa Najib adalah antara sebilangan kecil pemimpin Islam yg menjadi harapan kepada jutaan umat Islam seluruh dunia...  mungkin Najib satu-satunya pemimpin Islam yg berani tampil menyuarakan hak umat Islam, membongkar kezaliman yg melanda golongan minoriti Islam, mendedahkan penindasan hingga mengakibatkan tanahair Islam jatuh ke tangan golongan kafir dan paling penting untuk mendapatkan perhatian dunia terhadap apa sebenarnya yg menimpa umat Islam sekaligus mengikis persepsi Islamophobia di kalangan org bukan Islam...


Berapa ramai pemimpin dunia Islam yg sanggup dan berani memikul tanggungjawab besar, sepertimana yg dipikul oleh Najib???  Pak Arab mungkin terdiri drpada hartawan, jutawan dan kaya raya, tapi tak ramai yg berani tampil seperti yg dilakukan oleh Najib...

Jadi...  apa sangatlah yg nak dihairankan dengan wang RM2.6 bil yg wujud dlm akaun Najib...  nk dibandingkan dgn apa yg Najib dah lakukan, yg mana Pak Arab Pak Arab hartawan tidak sanggup dan  tidak berani lakukan...

CUBA CELIK SIKIT...
_______________________________
Ikuti kami di :

Group FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun Youtube Mamu Karapoley SMB :

https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com


By Padiyappa
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE