Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PERHATIAN!!! KEPADA YG MENGIMPIKAN BAYARAN TOL AKAN DITURUNKAN... JANGAN HARAP!!! INI SEBABNYA... #SahabatSMB

Tak kisahlah kalau ada yg menganggap tulisan ini mengampu kuat DS Najib mahupun kerajaan UMNO BN... kerana asalnya, tidak ada keperluan pun untuk aku dedahkn hal ini... apatah lagi bilamana pendedahan ini pastinya akan digunakan oleh puak Pakatan Heqhot, seolah mengorek tahi dan disimpan dalam guni, tiba masa PRU14, tahi itu juga akan dipalit ke muka UMNO BN...


Tapi apakan daya, rakyat terus menyalahkn kerajaan pimpinan Najib, kononnya gagal menjaga kebajikan rakyat seperti yg telah dijanjikan dgn menaikkan harga tol... puak pengangkang dah mmg kita tau, inilah modal terbaik utk mereka menyerang kjaan, walhal kenaikan tol yg sedang berlaku sebenarnya lebih menguntungkan kjaan negeri, khususnya Selangor yg memiliki byk lebuhraya dalam bandar (inner city)... lebih malang lagi apabila sokongan padu yg kjaan najib harapkn dari dlm UMNO BN tidak kesampaian, apabila ada pihak yg dikepalai oleh mantan PM, dan dibantu oleh beberapa pemimpin utama dlm UMNO BN, sedang bersungguh-sungguh mahu menjatuhkn Najib...

Sekali lagi aku ingin tegaskn, aku tidak pernah terfikir untuk menyerang bekas pemimpin utama negara dan UMNO BN, yg mana jasanya tidak pernah aku nafikan... Tun M sendiri cuba membuka pekung Najib... seolah Tun M pemimpin sempurna, tanpa sebarang kelemahan, hanya kebaikan semata-mata...
Tun M sgt bernasib baik kerana zaman pentadbirannya, penggunaan media baru masih di peringkat awal dan tidak memberi impaks besar kepadanya... berbeza dgn zaman Najib...

Ramai yg tidak sedar bahawa kenaikan tol hanya membabitkan lebuhraya2 inner city, manakala lebuhraya inter city khususnya melibatkan konsesi PLUS yg merupakan konsesi lebuhraya utama di Semenanjung Malaysia masih kekal dgn harga semasa, semuanya gara-gara Keputusan Najib yg mahu mengambil alih pengurusan PLUS, sekitar tahun 2008, melalui syarikat GLC Khazanah Nasional Berhad melalui anak syarikat UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dianggap tepat dan kena pada masanya... ini berikutan kegagalan yg berlaku dalam PLUS, kenaikan harga tol setiap tahun, perkhidmatan yg lemah dll dan semua ini membangkitkn kemarahan rakyat kpd kjaan...

Siapa dan bilakah perjanjian ini dimeterai??? TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN, IA BERLAKU SEWAKTU ERA PENTADBIRAN TUN MAHATHIR... Kepimpinan Tun M telah melakukan kesilapan besar, menandatangani persetujuan konsesi dengan kenaikan harga tol secara automatik, setiap tahun, sekalipun mencatatkn peningkatan jumlah pengguna...
Spt yg aku katakn td, pendedahan ini seolah membuka pekung sendiri... aku tidak nafikn idea dan usaha Tun M sehingga wujudnya lebuhraya Utara Selatan yg sememangnya hebat... tp utk Tun M menganggap seolah kepimpinannya paling sempurna dan menyerang Najib sptnya Najib langsung tidak membawa sebarang kebaikan, ini tidak adil...

Terus terang aku katakan, isu pengambilalihan PLUS juga merupakan antara punca awal keretakan hubungan antara Tun M-Najib... cuma Tun M tidak berpeluang utk menyerang Najib memandangkan Najib mempunyai asas yg kukuh untuk merealisasikan pengambilalihan... itu pun Tun M melalui kroni kuatnya Tan Sri Halim Saad cuba untuk mendapatkn semula PLUS iaitu sekitar tahun 2009 dan 2011, 2 kali kertas cadangan bidaan dihantar dan kedua-duanya ditolak oleh Najib... bg Najib kejayaan PLUS keluar dari cengkaman bekas bos Renong ini adalah cukup besar dan tak mungkin PLUS akn kembali kpd Halim... sehinggalah PLUS diperbadankan kpd PLUS Malaysia Berhad (PMB) dan ini mengukuhkn lg kedudukan PLUS...
22 tahun pentadbiran Tun M bukan hanya meninggalkan pembangunan dan kemajuan yg hebat malah tempoh itu juga sudah cukup untuk meletakkan kedudukan kroni2nya sbg taikun2 besar yg menguasai bidang2 utama negara menerusi syarikat2 konglomerat yg hebat... taikun2 ini telah berjaya merealisasikan semua impian Tun M, jadi tidak hairanlah kenapa Tun M tidak kisah untuk bersetuju dgn apa jua syarat perjanjian yg ditetapkn oleh taikun2 kroninya ini sekalipun ia dianggap berat sebelah serta membebankan kjaan dan rakyat...


Bayangkn beban yg terpaksa ditanggung oleh pemimpin kemudian selepas Tun M... Pak Lah sendiri tersepit antara rakyat dan kuasa Tun M... Pak Lah tahu terlalu byk perkara yg tidak betul berlaku sewaktu era Tun M... untuk membetulknnya Pak Lah perlu berdepan dgn taikun2 pelahap tinggalan Tun M... dlm masa yg sama Pak Lah juga dihimpit oleh taikun2 baru dan mereka mahu menggunakan Pak Lah untuk ambil alih apa yg ditinggalkan Tun M... ringkas ceritanya, Pak Lah belum cukup kuat utk membawa perubahan, walaupun Pak Lah sudah mencuba... akhirnya Pak Lah terpaksa mengalah dan meninggalkn beban ini kpd penggantinya, Najib... 2 pilihan Najib, menjadi PM boneka kepada penguasaan Tun M dan kroni2nya, atau, melawan arus dgn melakukn tranformasi untuk ambil balik keuntungan milik kjaan yg telah dirampas dan sekaligus memberi lebih manfaat kpd rakyat... dan Najib dgn beraninya memilih pilihan kedua...

Berbalik kpd isu PLUS... Kerajaan terdahulu pimpinan Tun M sepatutnya lebih adil dan mengambil kira kesan jangka panjang sebelum bersetuju dgn sesuatu perjanjian walaupun ianya penting ke arah pembangunan sistem trafik bertaraf dunia... perjanjian yg berat sebelah hanya akan mengundang masalah di kemudian hari serta membebankn rakyat... dan untuk membetulkan semula kelemahan ini, kerajaan sekarang pimpinan Najib terpaksa membayar dgn harga yg tinggi...

Untuk membatalkan perjanjian berat sebelah spt ini, ia tidaklah semudah A B C... Ia membabitkn satu bentuk Mou yg komplek, yg mana byk pihak berkepentingan termasuk shareholders dan bondholders terlibat dgnnya, dan pastinya semua tidak mahu menanggung kerugian... jadi, krisis kejatuhan yg melanda PLUS adalah peluang terbaik untuk ambilalihnya... PLUS terpaksa bersetuju kerana mereka tahu Najib tak mungkin akan membantu selagi pengambilalihan tidak berlaku, dgn harapan mereka dpt mengambilalihnya semula kemudian...

Perkara pertama yg dilakukn oleh Najib dan kerajaannya setelah mengambialih adalah menstruktur semula pengurusan PLUS dan sekaligus perjanjian2 lama yg tidak masuk akal akan terbatal, membaiki kelemahan dan yg paling penting, mencari jalan serta kaedah terbaik untuk meringankan beban pengguna dan dalam masa yg sama tetap memberi keuntungan kepada PLUS Malaysia Berhad (PMB)...

Tahukah anda apa yg berlaku jika pengambilalihan ini tidak dibuat? Apakah terma perjanjian berat sebelah yg merugikn kjaan dan membebankn rakyat?


Antara terma perjanjian asal konsesi, Tun m telah bersetuju membenarkn PLUS yg dipengerusikan oleh Tan Sri Halim Saad menaikkan harga tol sebanyak 10% bagi setiap 3 tahun... sebanyak 46% kenaikan sepatutnya telah dicatatkan bermula dari pengambilalihan hingga kini dan perlu dibayar kpd PLUS drpd hasil kutipan tol atau drpd wang kerajaan, jika tidak ada kenaikan pd tahun tersebut...untuk tahun sebelum pengambilalihan sahaja, kjaan telah membayar sebyk RM800 mil utk gantirugi tersebut... jumlah itu meningkat kepada RM1.1 bil bg tempoh berikutnya (2008-2013) yg mana sepanjang tempoh ini,harga tol telah dinaikkan setiap tahun, purata sebanyak RM183 mil setahun... manakala untuk tahun 2014, yg mana kerajaan umumkn tiada kenaikan harga tol, jumlah yg perlu dibayar oleh kjaan SEPENUHNYA adalah RM403 mil!!!

Kerajaan mungkin tidak berupaya menurunkn harga tol, tetapi dgn dpat mengekalkn harga semasa tanpa sebarang kenaikan, itu lebih baik... dgn pengambilalihan ini, selain daripada penstrukturan semula bagi menjamin keuntungan yg lebih baik dlm masa yg sama mengurangkan beban rakyat, paling penting, Najib telah menyelamatkan PLUS daripada terus berada dalam cengkaman taikun2 kapitalisme yg hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata...

Bagi memastikan PLUS terus kompetitif dan sentiasa menjadi pilihan rakyat, kjaan telah memperkenalkan pelbagai alternatif lain dgn matlamat meningkatkan jumlah penggunaan setiap tahun... antaranya, skim diskaun kpd pengguna kerap, diskaun di musim tertentu, rebat pembayaran menggunakn kad dll, dan semua ini tidak berlaku sewaktu pengurusan sebelumnya... kemudahan dan prasarana yg sgt baik... naik taraf 2 lorong kpd 3 dll... semua ini adalah utk rakyat.. keuntungan dijana melalui jumlah pengguna yg banyak, bukan harga yg tinggi...

Sehingga hari ini, Najib masih berpegang pada janjinya ketika kempen PRU13 iaitu untuk tidak menaikkan harga tol bagi lebuhraya2 antara bandar (inter city), khususnya melibatkan PLUS... ia tidak termasuk lebuhraya dalam bandar (inner city) yg mempunyai hubung kait secara langsung dgn GLC milik kerajaan negeri...


Jadi, sebelum kita menuduh sesuatu perkara, ada baiknya kita menilai sedalam-dalamnya tentang perkara tersebut... zahir yg dilihat biasanya tidak boleh menyimpulkan sesuatu perkara dgn tepat... lebih baik berdiam diri jika tidak banyak yg diketahui...
_______________________________

Ikuti kami di :
Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com

By Padiyappa

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama