Jumaat, 23 Oktober 2015

[ANALISIS ISU] BAJET 2016... Rakyat Malaysia Menanti, Memerhati Dan Akan Menilai... MAMPUKAH NAJIB? #SahabatSMB

BAJET 2016 : RAKYAT MALAYSIA MENANTI, MEMERHATI  & AKAN MENILAI...

Tidak boleh dinafikan bahawa kerajaan Malaysia pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak juga telah membawa banyak perubahan, kemajuan, transformasi dan kejayaan kepada negara... mungkin ada sedikit sebanyak kelemahan yg berlaku dalam melakukan transformasi namun dari satu sudut, Najib telah memulakan langkah seperti yg dirancang... setiap permulaan langkah, akan ada liuk lentok yg sumbang, selagi mana ada kemahuan utk perbaiki, inshaAllah, diakhirnya keserasian langkah pasti akan ketemu...


Menjelang pembentangan Bajet bagi tahun 2016, yg mana bajet ini juga merupakan bajet pertama bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), elok juga jika kita imbas kejayaan kerajaan merencanakan apa yg telah dibentangkan dlm bajet tahun lalu... boleh dikatakan hampir ke semua yg pernah diumum dahulu telah pun dilaksana, tinggal lagi beberapa perkara yg mungkin telah pun bermula dan sedang berjalan atau yg mungkin menghadapi masalah yg timbul kemudian yg perlu kerajaan tangani terlebih dahulu... namun secara keseluruhannya, kerajaan tetap memberi komitmen yg tinggi bagi merealisasikan apa yg dirancang...

Bajet kali sebenarnya sangat berbeza berbanding bajet sebelum2 ini... bajet ini bakal menentukan kedudukan Najib sebagai pemimpin no 1 negara... manakan tidak, sepanjang tahun 2015 ini, Najib terpaksa berdepan dengan saat yg paling getir dalam survival politik beliau... pelbagai isu, krisis dan kritikan terpaksa didepani oleh Najib... bukan sahaja daripada pihak pembangkang mahupun rakyat, namun lebih malang lagi apabila Najib terpaksa menghadapi serangan dari dalam UMNO BN dan kerajaan sendiri, yg sepatutnya mereka ini menjadi orang harapan atau tulang belakang kepimpinan beliau, bukannya duri dalam daging...

Dalam bajet ini juga, rakyat mahu melihat sejauh mana keupayaan kerajaan dan Najib khususnya, dalam mengurustadbir negara, terutama dalam ekonomi... dalam suasana ekonomi dunia yg sedikit suram ditambah kedudukan nilai matawang yg tidak menentu, walaupun telah kembali pulih setelah mengalami kejatuhan mendadak, perlaksanaan beberapa dasar2 baru seperti GST, pengurangan subsidi dll, peningkatan jumlah hutang negara walaupun ada penjelasannya dan beberapa senario lain, semua ini bakal menjadi faktor penentu untuk mengukur keupayaan kerajaan...

Yg pasti, bagi rakyat, mereka tidak mahu tahu politik yg berlaku di atas melainkan mereka2 yg sememangnya berniat jahat dan mahu mengganggu kestabilan serta keharmonian negara... yg rakyat mahu hanyalah kehidupan yg lebih selesa, kos sara hidup yg stabil, harga2 barang khususnya barangan keperluan yg lebih masuk akal, pendapatan yg lebih baik dan paling penting, masih mampu memiliki sedikit simpanan pada setiap hujung bulan... sekiranya Najib berjaya mengketengahkan masalah rakyat ini dan mampu memberi jaminan dan penyelesaian kepada masalah yg kian membelenggu rakyat ini, InshaAllah, tidak ada sebab untuk rakyat menolak kepimpinan Najib dan UMNO BN...


Sekalipun pelbagai tuduhan yg dilemparkan terhadap Najib, dan kian hari kian ganas, namun rakyat sedar tuduhan2 tersebut tidak banyak menjejas perjalanan hidup seharian rakyat... dan rakyat juga sedar, hanya UMNO BN sahaja yg mampu menjadi kerajaan yg terbaik, tersusun, sistematik bagi menguruskan sebuah negara yg pesat membangun menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi... jadi melalui bajet ini, Najib perlu menggunakan peluang dan kesempatan yg terbaik untuk memujuk dan memikat semula hati rakyat... kena cara pujuknya, pasti hati rakyat akan kembali berpaut pada UMNO BN...

Apapun kita nantikan pengumuman bajet yg akan dibuat oleh Perdana Menteri nanti...
_______________________________

Ikuti kami di :

Group FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun Youtube Mamu Karapoley SMB :

https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :

Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com


By MamuKarapoley
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE