Advertisement - Contact Us

VIDEO + PIC [DUNIA] PANAS!!! Rakaman Amatur Kejadian Kren Tumbang Di Kota Mekah... Kira2 87 Jemaah Haji Maut... #SahabatSMB

Innalillahiwainnailhirrojiun...

Takdir dan ketentuan Allah yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui segala yg zahir dan yang tersembunyi, yang menghidup dan mematikan, yang memberi rahmat dan yang menurunkan ujian... segala puji bagiMu, ya Allah, janganlah Engkau bolak balikkan hati kami, setelah Engkau petunjuk... kami mohon berlindung dari Mu daripada segala azab kubur, daripada bala bahaya ketika hidup dan mati, daripada panas api neraka dan daripada fitnah dajjal... berilah kami istighomah dalam perjuangan demi mendapat redhoMu, Ya Allah... amin hirobbilalamin...


Sebuah kren yg digunakan dalam projek naik taraf Masjidil Haram, Mekah telah tumbang lalu menghempap bahagian tingkat atas bumbung masjid, manakala hujung krennya pula jatuh di ruang solat di dalam masjid... kren tersebut diletakkan di bahagian luar masjid dan tumbang ke arah dalam masjid...

Jom tonton video yg sempat dirakam oleh salah seorang jemaah haji yg berada berhampiran tempat kejadian...




Ketika kejadian, kebanyakan jemaah haji sedang berlindung di bahagian dalam masjid yang berbumbung berikutan berlaku angin ribut kuat beserta hujan... dipercayai kren tersebut hilang kestabilan akibat angin ribut yang sangat kencang...

Seramai kira-kira 87 orang jemaah haji dari pelbagai negara maut dan beratus lagi cedera... sumber daripada Tabung Haji memaklumkan setakat ini 10 orang jemaah haji Malaysia cedera dan ke semua mereka telah diberi rawatan di beberapa hospital serta klinik sekitar Mekah... manakala beberapa lagi jemaah haji Malaysia masih gagal dikesan dan pihak Tabung Haji sedang berusaha mengesan mereka...

Di bawah adalah beberapa foto yg telah dikongsikan oleh beberapa rakan FB tentang gambaran kejadian tersebut...










Ketika kejadian dikatakan berlaku juga banjir lumpur dengan arus yang deras di beberapa kawasan sekitar Kota Mekah ekoran hujan lebat yang turun...




Mamu mewakili seluruh warga kerja Suara Melayu Baru mendoakan kesejahteraan dan diberi perlindungan Allah kepada seluruh umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah rukun Islam yang ke-5, khususnya jemaah haji dari Malaysia... takziah kepada semua yg terlibat termasuk ahli keluarga mangsa...


By Mamu Karapoley

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama