Advertisement - Contact Us

PIC + VIDEO [BONGKAR] HOT!!! CCTV Kes Culik Dan Bunuh Kevin Morais Didedah... Polis Sahkan Bukan Berunsur Politik... #SahabatSMB

Misteri kehilangan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Morais dan penemuan kenderaan milik mangsa jenis Proton Perdana Model Honda Accord yg hangus terbakar dalam kebun kelapa sawit di Sungai Buloh akhirnya terjawab... ini berikutan penemuan mayat yg disumbat di dalam tong bersimen sebelum dibuang ke dalam Sungai di kawasan Subang Mewah...


Berikut biodata mandiang kevin antony morais
Nama: kevin antony morais
Umur:55 tahun
Adik beradik:4(sulung)
Status: bujang
Pendidikan:sekolah menengah kebangsaan (SMK) Anderson ipoh ijazah sarjana muda undang undang (LLB) Univrsiti London.
Kerjaya:
1985-menyertai pejabat peguam negara(AGC)
2004-dipinjamkan kebadan rasuah (BPR) dan kemudian suruhan jaya pencegah rasuah sebagai timbalan pendakwa raya.
1 julai 2014-kembali bertugas Di AGC sebagai Timbalan Ketua Bagian Perbicaraan Dan rayuan.


Berikut adalah kronologi kejadian membabitkan kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais:

4 September :
Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat. 

5 September
Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan, orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.

5 September :
Davveen memaklumkan pada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang. 

6 September :
Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian. Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad. 

9 September :
Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik. 

14 September : 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek. 

Kita tonton dulu rakaman CCTV yg menunjukkan sebuah kereta Triton melanggar belakang kereta Kevin sebelum Kevin dilarikan :



Sehubungan itu, polis meminta kerjasama pemandu Toyota Estima berwarna putih yg berhenti seketika sewaktu kejadian, menurut rakaman yg didedahkan agar tampil di mana2 balai polis berhampiran bagi membantu siasatan...





16 September
6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong yang disorok di kawasan semak, berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi. 


8.45 pagi - 
Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian. 

8.55 pagi - 
Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda. 


9.15 pagi - 
Petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian. 

10.00 pagi - 
Polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit...


Susulan daripada siasatan yg dijalankan, suspek utama yang ditahan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai mempunyai kaitan dengan satu perbicaraan di Shah Alam, dua minggu lalu. 

Ia berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, "Motif kes ini, anda boleh rujuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dua minggu lalu mengenai pendakwaan seorang pegawai tentera berpangkat doktor yang terbabit dalam kes rasuah," katanya. 


Hasil semakan mendapati, ia berkemungkinan besar merujuk kepada perbicaraan seorang doktor berpangkat kolonel yang berkhidmat dengan angkatan tentera atas dua tuduhan rasuah. 

Tertuduh yang berusia 50 tahun ketika itu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Shah Alam pada 9 September 2013 atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan. 

Morais mengendalikan pendakwaan kes bagi pihak SPRM


Sementara itu, seperti lazimnya, kes2 berprofil tinggi khususnya melibatkan individu2 kenamaan atau mempunyai kedudukan, pastinya akan ada pihak yg akan mengambil kesempatan membuat spekulasi2 melulu dengan cuba untuk mengaitkannya dengan kerajaan Malaysia... begitu juga halnya dgn kes ini...

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara melalui kenyataan medianya, telah menolak kemungkinan sebarang perkaitan antara kes ini dengan mana2 isu yg melanda kerajaan mahupun penglibatan individu2 berkepentingan dalam kerajaan... kes ini lebih menjurus kepada motif dendam dan tidak puas hati berhubung kes2 yg sedang ditangani oleh Kevin Morais...


Sumber : Bh Online
By Mamu Karapoley

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama