Advertisement - Contact Us

PIC [ISU AM] Lupakan Sekejap Pangkat Dan Kedudukan... Himpunan Baju Merah Berjaya Satukan Umat Islam Bangsa Melayu Di Bumi Malaysia Tercinta... #SahabatSMB

16 September sekali lagi mencatat sejarah besar negara... jika 52 tahun yg lalu, tanggal tarikh yg sama, menjadi saksi penyatuan antara Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak membentuk negara Malaysia tercinta, hari ini, seluruh umat Islam bangsa Melayu khususnya telah membuktikan solidariti mereka, berkumpul dan berhimpun secara besar-besaran di bumi bertuah, Kuala Lumpur di dalam himpunan yg dikenali sebagai Himpunan Rakyat Bersatu @ Himpunan Baju Merah @ Himpunan Pertahan Maruah Melayu @ Himpunan 916...


Ini bukan soal rasis atau cuba membangkitkn isu perkauman... ini soal maruah dan hak yg kian hari kian tercabar... mana ada manusia yg mahu hidup di bumi yg bergolak, melainkan terpaksa dan tiada pilihan... sudah menjadi fitrah manusia yg mahukan kedamaian, keamanan dan kebahagian... begitu jugalah halnya dengan umat Islam bangsa Melayu di Malaysia...

58 tahun sejak merdeka rakyat Malaysia berjaya harungi kehidupan dengan penuh harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain... sekalipun pelbagai dugaan melanda, dari sudut ekonominya, hubungan sosialnya dan bermacam lagi, namun semua itu berjaya ditempuhi dengan penuh bijaksana dan berhemah...


13 Mei 1969 telah mencatat sejarah hitam negara apabila anasir komunis yg dianggap telah gagal menyerang dan menguasai bumi Malaysia dengan senjata secara gerakan gerila telah mengubah kaedah pendekatan dengan cuba untuk mempelopori pemikiran rakyat melalui politik...

Melalui platform beberapa parti politik yg cauvinis, mereka hampir berjaya menggerakkan racun agenda perkauman dan hasilnya mereka berjaya memenangi 1 kerusi dalam PRU 69 di Kuala Lumpur...

Menggunakan alasan 'Perarakan Mayat', mereka telah berkumpul beramai-ramai dan mula berarak di sekitar Kuala Lumpur bg meraikan kejayaan kecil yg dianggap besar bagi mereka sambil membawa sepanduk dan kain rentang berbentuk provokasi yg melampau dan penghinaan tanpa kiasan terhadap umat Islam bangsa Melayu...

Bertitik tolak daripada situlah maka meletus pertempuran antara kaum yg paling dasyat pernah di lihat di bumi bertuah Malaysia... orang Melayu yg berkumpul di Kampung Baru, di perkarangan rumah Datuk Idris Harun yg ketika itu Menteri Besar Selangor menjadi hilang sabar apabila laungan 'Melayu Bodoh' berkumandang di kalangan puak cauvinis yg ketika itu sedang berarak melalui kawasan tersebut...

Akibatnya, berlaku pertempuran hebat di antara 2 kaum yg besar sehingga nengorbankan banyak nyawa dan merosakkan banyak harta benda... rusuhan tersebut tidak habis setakat itu, malah ia menular hampir seluruh negara khususnya kawasan-kawasan bandar seperti di Georgetown dan Ipoh... bagi meredakan keadaan, akhirnya kerajaan, yg baru sahaja dibentuk selepas PRU69 termasuk mengumumkan darurat di seluruh negara dan meletakkan undang2 di bahu Angkatan Tentera Malaysia... sehingga dibentuk 1 jawatankuasa khas yg dinamakan MAGERAN yg dipengerusikan oleh YAB Tun Abd Razak yg ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia bagi mengurus tadbir negara secara sementara di bawah undang2 darurat... Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj yg ketika itu Perdana Menteri Malaysia, baru sahaja selesai menjalani pembedahan mata dan sedang dalam proses pemulihan...


Kali ini, musuh yg hampir sama, dgn pendekatan yg sedikit berbeza, cuba untuk mainkan semula isu yg hampir sama... tidak ada sebab untuk mana2 pihak menimbulkan pertikaian serta mempersoalkan kontrak sosial yg telah dipersetujui secara bersama sepertimana yg termaktub dalam perlembagaan yg telah digunapakai sejak sekian lama sehingga berjaya meletakkan negara Malaysia sepertimana kita berdiri hari ini...

Hak2 keistimewaan yg diperolehi oleh umat Islam, bangsa Melayu dan bumiputera di Malaysia adalah satu perkara yg sangat sensitif... keistimewaan yg diberi, tidak pernah menganggu gugat atau merampas hak orang lain... semua pihak berpeluang menikmati apa jua manfaat sebagai warganegara Malaysia...

Contoh dalam bidang ekonomi berdasarkan Dasar Ekonomi Baru... orang melayu bumiputera hanya mahukan hak tetap 30 peratus, sedangkan baki 70 peratus bebas untuk direbut oleh sesiapa sahaja yg layak sebagai warganegara mahupun bukan warganegara... malah bangsa Melayu juga tidak akan mempertikai sekiranya baki 70 peratus itu dimonopoli oleh satu2 bangsa, asalkn tidak diganggu hak tetap bumiputera iaitu sebanyak 30 peratus... jadi apa masalahnya???

Atau adakah 'bangsa tertentu' itu mahukan hak tetap milik bumiputera sebanyak 30 peratus itu? Boleh... dengan syarat, mereka tidak boleh lagi menganggu baki 70 peratus yg dinikmati secara terbuka... Tobat depa tak mau...

Realitinya hari ini, walaupun hak tetap bumiputera sebanyak 30 peratus, tetapi yg menguasai lebih 50 peratus daripada baki 70 peratus adalah 'bangsa tertentu' tersebut... dan sekarang mereka mahu lagi membolot 30 peratus yg menjadi hak tetap bumiputera... adakah itu yg dimaksudkan ADIL...

Begitulah juga halnya dengan terma2 lain yg sering dipertikai oleh kelompok pengkhianat negara... lebih malang apabila kelompok pengkhianat ini turut mendapat sokongan membabi bodo daripada golongan Melayu Murtad yg tidak tahu bersyukur dan tidak sedar diri... mereka lupa kejayaan yg mereka kecapi hari ini adalah hasil keberkesanan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan keluhuran perlembagaan yg menjadi panduan pemimpin2 dahulu hingga kini...

Benar rezeki daripada Allah... tetapi Allah jugalah yg telah anugerahkan hidayah kepada barisan kepimpinan kita dari dahulu hingga kini... hidayah itulah yg melorongkan pemikiran dan setiap keputusan yg telah diambil yg mana hari ini kita sedang nikmati kemakmurannya... 

Bayangkan jika tanpa hidayah Allah, adakah kita mampu dan berani meletakkan sasaran sebagai negara maju menjelang 2020...

Aku tak brcadang nk taip pepanjang... jadi jom aku kongsikan gambar detik2 bersejarah sepanjang perhimpunan Rakyat Bersatu di Kuala Lumpur dan dijangka tamat di Padang Merbok...











Datuk Rahman Dahlan

Mat Mazlan

To' Pa

YB Nik Abduh Bin Nik Aziz


Aku mendoakan agar perhimpunan ini akan mencapai matlamat dan diberkati oleh Allah... semoga semua peserta dalam keadaan baik dan sihat serta diharap himpunan dapat berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang insiden yg tidak diingini... selamat pergi dan selamat kembali... InshaAllah...


Shabudin Yahaya



By Padiyappa

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama