Advertisement - Contact Us

VIDEO + PIC [ISU AM] TERKINI!!! Komponen Sayap Milik Boeing 777... Berapa Banyak Pesawat Boeing 777 Yang 'Landing' Di Lautan Hindi Selain #MH370?

"Sah... bahagian komponen sayap yang ditemui memang milik pesawat jenis Boeing 777"

Ini antara kenyataan atau pengakuan yang telah dibuat oleh seorang Pegawai Penerbangan Malaysia yang kini sedang berada di Toulouse, Perancis...


Semalam, media telah melaporkan penemuan bahagian pada komponen sayap beserta satu bag pakaian yang dipercayai hanyut di bawa arus dari Lautan Hindi... ia telah ditemui oleh seorang warga tempatan yg sedang melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan pantai...

Komponen tersebut telah dibawa k Toulouse, Perancis dan diserahkan kepada DGA Technique Aeronotique setelah mendapat kebenaran daripada France Of Magistrate... 1 pasukan siasatan khas dari Malaysia sudah pun berada di sana..

Jom tengok gambar komponen yg ditemui...












Terkini, pihak berkuasa Perancis mengumumkan penemuan botol minuman yg tertera tulisan berbahasa Cina dan botol cecair peluntur dengan tulisan Bahasa Indonesia...




Menurut kenyataan awal, kerajaan Malaysia cuba untuk mengelakkan untuk memberi apa2 kepastian berhubung penemuan ini kerana tidak mahu mengecewakan ahli keluarga mangsa, seperti yg telah berlaku sebelum ini...

Namun begitu, komponen ini ditemui dalam kawasan lingkungan yang konsisten dengan jangkaan kawasan MH370 dikatakan mengakhiri perjalanannya...








Jom kita tonton juga rakaman yang telah dikeluarkan oleh pihak CNN berhubung penemuan ini...




Kenyataan yang mengesahkan bahawa komponen yang ditemui memang milik pesawat jenis Boeing 777 merupakan satu yang positif bagi kita... berapa banyak pesawat jenis ini yang mengalami kemalangan di Lautan Hindi? Bukankah Boeing 777 merupakan jenis pesawat yang boleh dianggap baru?

Seluruh rakyat Malaysia pastinya mengharapkan penemuan ini memberi sinar harapan baru dalam merungkai misteri kehilangan MH370... walaupun ada sebahagian daripada ahli keluarga mangsa sudah redha dengan kehilangan insan yang tersayang, namun jauh di sudut hati pastinya mahu juga jawapan apa sebenarnya yang berlaku kepada MH370.. kita mendoakan agar ketentuan Allah ini akhirnya terjawab dan penemuan bahagian komponen ini akan membuka jalan kepada penemuan-penemuan yang lebih besar... Insha Allah...


By Padiyappa

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama