Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Dalam Diam Lim Guan Eng Sudah Mulakan Kerja-Kerja Pembinaan Terowong Dasar Laut... Peduli Apa Desakan Rakyat!!! #SahabatSMB

Diam-diam ubi berisi, semakin diam kerja dah jadi... kemelut yang melanda senario politik negara khususnya keadaan kelam kabut yang sedang dihadapi oleh kerajaan UMNO BN cuba digunakan sebaik mungkin oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP... Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang cuba mengambil peluang di waktu kebanyakan pihak terlalu fokus dengan isu melibatkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak...


Mungkin ramai yang terlepas pandang atau pun terlupa, khususnya rakyat Pulau Pinang berhubung isu cadangan pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney (pulau) dengan Bagan Ajam (tanah besar) yang telah diutarakan oleh Lim Guan Eng (LGE)... isu ini pernah menjadi perdebatan hangat sehingga memaksa kerajaan negeri 'mendiamkan' seketika berkenaan cadangan ini...


Namun, akhir2 ini wujud tanda2 yg mencurigakan seperti ada kerja2 pembinaan bakal dimulakan di beberapa kawasan yg terlibat... perkara ini kemudiannya disahkn sendiri oleh YB Dato' Hajah Jahara Binti Hamid yg merupakan Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang merangkap ADUN Telok Ayer Tawar... untuk makluman, Bagan Ajam yg bakal terlibat dgn projek ini terletak di dalam DUN Telok Ayer Tawar...

Melalui catatan di dalam media Whatapps beliau, Jahara memaklumkan bahawa kerja2 menanda lokasi sudah dimulakan dan terdapat 2 bangsal yang dijadikan stor menyimpan peralatan telah pun dibina berhampiran RnR Bagan Ajam...


Seperti yg telah dimaklumkan di awal tadi, cadangan projek ini mendapat pelbagai reaksi oleh banyak pihak... rata2 tidak bersetuju dan membantah cadangan projek ini atas pelbagai faktor... malah, peringkat awal perancangannya juga telah menimbulkan pelbagai kontroversi...

Namun disebabkan keangkuhan pemimpin bernama Lim Guan Eng, cadangan projek ini tetap diteruskan juga sekalipun mendapat bantahan dari pelbagai pihak... tender yang kononnya dibuat secara terbuka juga telah dianugerahkan kepada kontraktor perunding yang terpilih...

Projek pembinaan terowong ini merupakan satu daripada 4 fasa yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri sebagai pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yg kronik di Pulau Pinang dengan kos keseluruhan mencecah RM6.3 bil...




Kontraktor yang berjaya memenangi bidaan adalah Zenith Konsotium Sdn Bhd dgn kerjasama beberapa syarikat lain termasuk dari China... menariknya, peringkat awal jangkaan kos yang diumumkan adalah sekitar RM4 bil dan kemudian meningkat menjadi RM6.3 bil... LGE mengumumkan kononnya berlaku kesalahan 'typing error' pada dokumen pertama, sepertimana kes yang berlaku dalam pemilihan CEC parti DAP...


Zenith Konsortium Sdn Bhd bakal menerima bayaran dari kerajaan negeri bukan dalam bentuk tunai seperti kelaziman, tetapi dalam bentuk hak milik tanah dan konsesi tol bagi satu tempoh yang panjang dan mereka menggunakan alasan Perjanjian Tanjung Pinang yang dimeterai sewaktu kerajaan Bn memerintah Pulau Pinang untuk membenarkan kaedah ini...

Terus terang aku katakan memang wujud keraguan berkenaan hal ini... umum mengetahui nilaian tanah di Pulau Pinang yang sentiasa meningkat setiap tahun... harga bagi 1 kaki persegi tanah di kawasan Persiaran Gurney mencecah RM1300.00 psf... bayangkan keuntungan yang bakal diperolehi oleh syarikat terbabit...

Baru-baru ini juga, kerajaan negeri telah mengumumkan dalam sidang DUN satu jumlah yang besar sebagai bayaran kepada pihak kontraktor di atas kerja2 penilaian projek merangkumi alam sekitar, geologi dan sosioekonomi... jumlah tersebut dianggap tidak munasabah jika dibandingkan dgn kerja yg diumumkan, dan ianya telah pun dijelaskan kepada pihak kontraktor, juga dengan kaedah pembayaran milikan tanah!!!




Aku juga ingin kongsikan penjelasan berhubung pembinaan terowong ini dari sudut teknikal hasil tulisan seorang sahabat blogger yg mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang berkaitan...





Selain itu, wujud juga pertikaian dalam milikan pegangan saham berkaitan keseluruhan projek yg menelan belanja mencecah RM6.3 bil... menurut sumber (seperti yg dinyatakan pada gambar di atas) beberapa nama yg memegang peratusan kecil terdiri daripada kaum keluarga dan kroni pihak yg mempunyai hubung kait secara langsung dengan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat... 


CAP yang merupakan sebuah NGO yg memperjuangkan hak pengguna dan merupakan antara NGO yg tertua dan paling berpengaruh di Pulau Pinang adalah antara pihak yang membantah dan mempertikaikan cadangan projek terowong ini... mereka mempertikai keperluan untuk meneruskan projek ini apatah lagi hari ini, Pulau Pinang sudah mempunyai 2 jambatan yg menghubungkan antara pulau dan tanah besar dan disokong oleh perkhidmatan feri...

Jelas sekali projek pembinaan terowong ini akan menguntungkan pihak tertentu yg bekepentingan sahaja... ia juga merupakan platform untuk menaikkan nama Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri yg membina terowong, sepertiman Lim Chong Eu yg berjaya membina KOMTAR...


Projek ini juga merupakan satu kaedah paling halus yg cuba digunakan oleh LGE untuk mengusir orang Melayu dari Pulau Pinang, melalui pengambilalihan milikan tanah... kawasan di sebelah tanah besar yg akan terlibat adalah Bagan Ajam, Telok Ayer Tawar sehingga ke kawasan Pekan Darat... kawasan2 ini merupakan antara saki baki kawasan dalam negeri Pulau Pinang yg mempunyai majoriti penduduk berbangsa Melayu... pembangunan yg berlaku secara mendadak akan meminggirkan penglibatan orang Melayu, dan akhirnya secara perlahan-lahan orang Melayu terpaksa mengubah arah ke kawasan lain...

Ikuti lagi pendedahan dan penjelasan berhubung isu pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang...



Bagi aku, adalah lebih baik sekiranya peruntukan besar seperti ini digunakan untuk menaik taraf dan memperbaiki tahap perkhidmatan feri... perkhidmatan feri mempunyai nilainya sendiri dan patut dipelihara... ia merupakan trademark kepada negeri pulau Mutiara dan pernah menjadi kaedah perhubungan utama sebelum jambatan Pulau Pinang dibina... ia juga tetap menjadi pilihan utama sebahagian rakyat Pulau Pinang khususnya mereka yang banyak menggunakan pengangkutan awam memandangkan hanya feri yang menyediakan perkhidmatan untuk pejalan kaki... tidakkah dengan terbinanya terowong nanti secara tak langsung menenggelamkan terus perkhidmatan feri yg kini kian tenggelam?

Apapun bagi aku, sesuatu perlu dilakukan segera bagi menghalang projek pembinaan terowong ini dari menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya untuk tempoh 50 tahun akan datang... keangkuhan LGE dan team DAP nya perlu dikekang walau dengan apa cara sekalipun... 

Hari ini mereka sudah membina bangsal atau setor bagi menandakan kerja2 pembinaan akan bermula... adakah kita mahu tunggu sehingga dasar laut mula ditebuk dan digerudi baru kita hendak bertindak? Isu nasional dan negara memang penting, tapi jangan pula sehingga mengabaikan apa yang berlaku sekeliling... jika tidak pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan di atas kealpaan kita...


By Padiyappa

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama