Selasa, 25 Ogos 2015

[BONGKAR] PANAS!!! Langkah Azmin Untuk Jadi PERDANA MENTERI Tiba2 Sumbang... Sekutu PR Sendiri Yg Pecahkan 'TABUNG' Milik Azmin... #SahabatSMB

Susah payah Azmin Ali mengatur strategi hingga mantan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tumbang... Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah terpinggir... gurunya yg juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Sg Buloh... bekas Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution tersingkir... yang mana hasilnya hari ini, boleh dikatakan Azmin sudah sebelah kaki untuk menggapai cita-citanya yg kian lama terpendam... MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA...

Percaya atau tidak, inilah realitinya... mengangkat isu Najib dan UMNO seluas-luasnya sebenarnya telah membuka ruang dan lorong untuk Azmin menyusun langkah bergaya untuk ke Putrajaya... tapi, janji Allah itu benar... 'manusia merancang, Allah juga merancang... sesungguhnya Allah sebaik-baik merancang'...


Dari awal lagi Azmin bersungguh-sungguh mahu mengambilalih pentadbiran Negeri Selangor, negeri yg mencatat jumlah pelabur dan pendapatan tertinggi dan sentiasa konsisten setiap tahun... targetnya, sebelum kerja2 penstrukturan semula syarikat bekalan air yg melibatkan usahasama kerajaan pusat dan negeri bermula... tambah cuak Azmin apabila Khalid menandatangani perjanjian usahasama dgn pusat, maka tambah bertubi-tubilah serangan Azmin terhadap Khalid yg akhirnya Khalid terpaksa mengalah dan menyatakan kesediaan untuk berundur...

Anwar sedar akan kemaraan Azmin dan sememangnya sudah wujud perbezaan antara Anwar dan anak didiknya, Azmin... memandangkan Khalid sendiri sudah berkerat rotan, Anwar terpaksa mencari jalan untuk sekat peluang Azmin menjadi MB... 'Kajang Move' terpaksa digerakkan... matlamat awal, Anwar sepatut bertanding bagi menduduki kerusi MB...

Malangnya Anwar terjerat dengan kes liwatnya... populariti dan air mata DS Wan Azizah menjadi taruhan... pada ketika ini Azmin sudah menarik nafas lega... walaupun DSWA disokong oleh pemimpin DAP namun Azmin yakin dgn sokongan yg diterima drpd pimpinan PAS serta kredibiliti yg dimiliki, Sultan Selangor pasti akan lebih cenderung melantiknya sebagai MB berbanding DSWA... Dan langkah mulanya menjadi kenyataan...


Tentu ramai masih ingat perkara mula yg Azmin lakukan sebaik sahaja menjadi MB... Azmin telah membatalkan MOU antara Khalid dan kerajaan pusat... kenapa???

Inilah yg membezakan cara fikir orang politik dan orang ekonomi... Khalid merupakan individu yg boleh dianggap pakar dalam ekonomi dan perniagaan, sejak menerajui Guthrie lagi... kalau diikutkan modal setakat RM9.65 Bil, kerajaan Selangor mampu membiayainya tanpa mengharapkan pusat... tapi bagi Khalid dan Anwar, adalah lebih baik menerima tawaran pusat dengan membenarkan Projek Langat 2 diteruskan... kerajaan pusat akan menanggung hampir keseluruhan kos dan kemudiannya dapat selesaikan masalah air yg dialami rakyat Selangor tanpa perlu menaikkan apa2 tarif... secara tak langsung kerajaan negeri dapat jimatkan RM9.65 Bil... Anwar juga dapat menumpang populariti kerana berjaya menyelesaikan kemelut masalah air di Selangor... itu cara orang ekonomi berfikir, menyelesaikan masalah dengan modal paling minima...

Berbeza dengan Azmin, orang politik, yg bercita-cita tinggi... membenarkan campur tangan pusat menyebabkan segala pengurusan kos dikendalikan sepenuhnya oleh kementerian... ini sangat merugikan bagi Azmin kerana tidak mempunyai kuasa untuk 'rolling' modal... walhal untuk menjadi PM, Azmin sangat memerlukan dana yang besar bagi membiayai percaturan strategi politiknya...

Azmin tidak lagi boleh bergantung kepada Anwar memandangkan Anwar sendiri masih kemaruk untuk menjadi PM... memandangkan isu air di Selangor semakin kronik dan menjadi priority, jadi Azmin perlu mengambil kesempatan ke atas priority nya masalah ini... bagi Azmin, rakyat tidak lagi menilai dan mempertikai walau berapa pun kos yg akan di 'rolling', asalkan masalah air selesai...

Kerusi MB memberi kuasa penuh untuk Azmin membuat keputusan, dgn syarat, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, DS Anwar Ibrahim disingkirkan... Azminlah manusia paling gembira, dlm tangisan kepuraan apabila DS Anwar dihantar kembali ke Sg Buloh...


Dengan terbatalnya perjanjian Khalid dengan kerajaan pusat bermakna kerajaan negeri Selangor perlu membiayai sepenuhnya kos untuk selesaikan masalah air... dan sebagai MB, Azmin berkuasa penuh menguruskan kos RM9.65 Bil tersebut... RM2 Bil digunakan untuk memulakan langkah penstrukturan dan sbg tanda kepada rakyat kononnya Azmin sedang komited utk membantu rakyat...

Dalam masa yang sama Azmin perlu cari jalan bagaimana untuk memberi gambaran kpd rakyat seolah-olah kerajaan negeri sedang berdepan dengan tekanan ekonomi yg teruk... 2 buah hotel milik kerajaan negeri terpaksa dijual... beberapa aset dan pegangan saham juga turut dijadikan korban bagi menjayakan mainan persepsi dan menarik spekulasi simpati rakyat kepada kerajaan negeri... keadaan ekonomi dunia dan kejatuhan nilai ringgit juga digunakan sepenuhnya... dan Azmin berjaya...


Apa tujuannya? Supaya tidak ada pihak yg akan nampak ke mana baki RM7.65 Bil akan dihala tujukan... dan salah satu langkah yg diambil oleh Azmin untuk cover baki yg cuba di'lesap'kan adalah dgn mengumumkan kenaikan tarif air... kenapa rakyat Selangor tidak memberontak? Kerana biasanya yg berani bangun memberontak datang dari PR sendiri... manakala pemimpin UMNO khususnya du Selangor, samada mereka buta hingga tidak nampak putaran isu ini atau masing2 terlalu sibuk nak menjatuhkan presiden dan parti sendiri atau sememangnya inilah sikap pemimpin UMNO sebenarnya, asal jangan kacau temoloq dan periuk nasi aku, yg lainnya apa nak jadi, jadilah...


Berbalik kepada kisah si Azmin... bagaimana nak lesapkan RM7.65 Bil tanpa dapat dihidu oleh Dewan Negeri?
Pertama, ia perlu dikeluarkan dari struktur kerajaan negeri... maka tertubuhlah Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yg mana pada asalnya tidak ada sebarang perkaitan dengan Menteri Besar Incorporated (MBI)... ia ditubuhkan di bawah Company Act iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di atas nama 2 individu yang tidak mempunyai perkaitan dengan kerajaan negeri...


Nama Azmin bersama 2 lagi kepimpinan kerajaan negeri Selangor hanya dimasukkan kemudian, itu pun selepas isu DEIG dibangkitkan... sewaktu isu DEIG dibangkitkan di Dewan Negeri, syarikat tersebut sudah pun memegang aset bernilai RM30 Bil...


Aku yakin aset yang bernilai RM30 Bil yg dimiliki oleh DEIG sebenarnya datang daripada hasil pelaburan 'underground' bermodalkan RM7.65 Bil yang didakwa oleh TS Khalid sebagai 'lesap'...

Azmin bukanlah bodoh nak membawa masuk aset pelaburan milik MBI atau anak syarikatnya ke dalam DEIG... pada asalnya Azmin sedaya upaya cuba untuk tidak wujudkan sebarang perkaitan antara DEIG, miliknya dengan MBI, milik kerajaan negeri...

Tapi apakan daya... Allah juga merancang... Azmin terpaksa 'memulangkan' segala yang ada di dalam DEIG kepada MBI... mustahil Azmin mampu menjelaskan dari mana datangnya RM30 Bil di dalam syarikat milik proksinya sedangkan Azmin masih baru sbg MB Selangor, jika Azmin memilih untuk kekalkan DEIG sepertimana perancangan asalnya... 

Bayangkan jika tidak ada orang seperti TS Khalid dalam kerajaan negeri Selangor... bayangkan jika DEIG terlepas sehingga projek penstrukturan semula bekalan air selesai... hari ini Azmin sudah mampu kumpulkan Rm30 bil sebagai persediaan untuknya mengatur strategi ke Putrajaya, bayangkan dalam tempoh 2 tahun menjelang PRU14... berapa banyak dana Azmin yang akan 'beranak' dari RM30 BIL...


Apabila isu DEIG ini terbongkar, Azmin terpaksa menambah namanya sbg antara ahli lembaga pengarah DEIG atas kapasiti MB... menarik semula DEIG duduk di bawah MBI... konon mencadang penubuhan PAC di bawah kerajaan negeri untuk mengaudit DEIG dan berjanji akan membentangkan segala operasi DEIG dalam Dewan Undangan Negeri...

Soalnya... mana pejuang2 pembela hak rakyat terutama dari UMNO? Kenapa tidak ada desakan ekstrem ke atas Azmin sepertimana yg sedang dihadapi oleh Najib hari ini? Malah gesaan supaya siasatan SPRM atau cadangan penubuhan Suruhajaya DiRaja langsung tidak kedengaran...

Lebih 'mangkuk' lagi apabila ada pihak dari UMNO tiba2 mendesak Tony Pua, Rafizi termasuk MalaysiaKini agar memperjuangkan isu DEIG ini... sudah terang mereka datang dari satu kapal... buruk macam mana pun, pasti ada pembelaan sesama mereka... sukar nk lihat mereka saling menikam belakang sesama mereka...

Hanya di dalam UMNO sahaja yg dapat kita lihat pemimpin menikam belakang rakan sekapal... terang-terangan...



By Padiyappa
Location: Malaysia Shah Alam, Selangor, Malaysia
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE