Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] DEIG... Saari Sungib, Chegu Bard Sependapat... Azmin Memang Merancang 'SESUATU' Sebelum Ia Dipatahkan... #SahabatSMB

Aku tak pasti samada nak puji ADUN BN Selangor, YB Budiman atau maki yang sepatutnya... puji kerana YB Budiman lah antara ADUN yg bangkit mempersoalkan kredibiliti Azmin dan isu DEIG, yg mana tindakan beliau ini telah menyelamatkan berbilion wang rakyat Selangor dari sempat di songlap dan diselinap oleh MB licik kebanggaan Anwar ini...


Tapi dari satu sudut, tindakan YB Budiman mendedahkan isu DEIG ini boleh dianggap tidak kena pada masanya... mungkin terlalu awal... mungkin sepatutnya dibiarkan dulu gerak langkah Azmin... biarkan dulu Azmin dan DEIG nya menunjukkan belang dahulu... mungkin juga perlu diamkan dulu wang rakyat berjumlah RM7.65 bil atau RM30 bil atau lebih lagi dibedal hingga lesap tak bersisa, kemudian barulah YB Budiman atau siapa sahaja dedah dan bongkar tindakan Azmin...

Itu sebenarnya yg dikehendaki oleh rakyat Selangor... dah sakit, baru berubat... bukannya kawal sebelum jadi penyakit.. tindakan Budiman yg cuba nak kawal sebelum berpenyakit rupanya tak dihargai oleh rakyat Selangor, malah beliau dikritik dan dipandang sinis oleh mereka...

Jadi tidak hairanlah apabila ada pihak masih mempertahankan Azmin dan DEIG kononnya dakwaan yg dibuat tidak berasas memandangkan syarikat tersebut masih belum beroperasi... sedangkan lantikan CEO dan COO syarikat sudah dibuat dan pastinya sudah ada peruntukan untuk elaun dan gaji mereka... dari mana datangnya semua peruntukan untuk membiayai kos2 pengurusan peringkat awal ini?


Sementara itu, satu sidang forum telah dianjurkan oleh Suaratv yang mana antara ahli panel yg dijemput termasuklah YB Budiman dan Chegu Bard, bekas orang kuat PKR bagi membincangkan isu DEIG ini... 

Aku sedikit terkesima mungkin kerana ini pertama kali aku mendengar perbincangan dari Chegu Bard yg mana beliau berbicara seolah-olah bagi pihak kerajaan BN, UMNO dan Najib... maklumlah, sapa tak kenal Chegu Bard, antara orang kuat yg mampu mempengaruhi anak muda khususnya dari kalangan mahasiswa melalui NGO SAMM nya untuk menentang kerajaan sebelum ini...

Chegu Bard mempersoal keperluan mewujudkan DEIG sedangkan sudah ada entiti kerajaan negeri iaitu MBI yg memainkan peranan hampir sama... kedua, kenapa DEIG diwujudkan sebagai syarikat sdn bhd melalui Suruhanjaya Syarikat, bukannya melalui enakmen Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yg memerlukan pembentangan dalam Dewan Undangan Negeri...

Memamdangkan perkara ini terbongkar, dalam keadaan Azmin belum sempat menggerakkan strateginya jadi Azmin terpaksa mengambil langkah awal iaitu menarik semula DEIG dan letakkan ia di bawah MBI... dan terserlah keegoan Azmin melalui DEIG iaitu mahu memadamkan legasi TS Khalid melalui MBI...

Kewujudan DEIG sudah tentu akan menelan banyak kos pengurusan sedangkan peranannya sama dengan MBI... bukankah lebih praktikal dan lebih baik jika struktur MBI itu sendiri diperkasakan tanpa perlu menubuhkan entiti baru?


Hal ini turut disokong oleh seorang ADUN Pakatan Rakyat dari PAS, YB Saari Sungib... malah, dalam temubualnya dengan wartawan semalam, beliau turut mempertikai dan mendedahkan kegagalan Azmin sebagai Menteri Besar...

Menurut Saari, Azmin tidak pernah membincangkan hal tentang cadangan penubuhan DEIG dengan ADUN2 Selangor di dalam DUN, malah ramai dari kalangan EXCO Negeri juga tidak mengetahui hal ini... sepatutnya sebarang cadangan penubuhan apa2 entiti berkaitan kerajaan negeri, apatah lagi jika ianya bakal melibatkan pelaburan besar wang rakyat perlu dibentang dan mendapat persetujuan DUN... sekalipun Azmin mempunyai autonomi sebagai Menteri Besar... itu pun jika memang Azmin benar2 berniat ikhlas mahu tubuhkan DEIG untuk manfaat rakyat Selangor...

Satu perkara yg mungkin lebih menarik, menurut Saari, Azmin juga tidak pernah menyebut tentang hal DEIG ini dalam mana2 mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat... malah ada sumber memaklumkan bahawa pemimpin tertinggi dalam PKR juga ramai yang tidak tahu tentang kewujudan DEIG... nampaknya Azmin memang beria-ia mahu wujudkan DEIG secara underground...


Menurut satu sumber dalaman, DEIG juga sepatutnya diberi peluang melabur dalam sektor pembangunan hartanah dalam Raudhah City... DEIG dijangka bakal melabur lebih RM12 bil dalam projek pembangunan berskala besar ini... 

Dan dianggarkan bakal mencatat keuntungan mencecah RM300 bil dalam Raudhah City!!! Sememangnya ia satu angka yang besar...


Bayangkan jika perkara ini tidak didedahkan... Azmin masih bebas mengurus dan mengendalikan DEIG secara underground, sehingga jumlah keuntungan yg disebut tadi dapat disalurkan kepada DEIG, tanpa pengetahuan ADUN dan EXCO negeri Selangor... berapa punya senang hati Azmin...


Apa lah Azmin nak heran dengan Anwar Ibrahim, yang kini sedang bergelar banduan di Sungai Buluh... apatah lagi Wan Azizah yg bagi Azmin semudah A, B, C untuk tumbangkannya... tinggal lagi untuk mencari dana sebanyak mungkin sebagai persiapan ke Putrajaya...

Azmin tidak boleh benarkan Anwar menjadi PM, jika dia juga bercita2 untuknya... Anwar menjadi PM bermakna peluang Azmin untuk mengambil alih menjadi sukar... perlu diingat, Anwar sudah pun ada MOU nya tersendiri dengan pemimpin dari DAP... khususnya Lim Guan Eng, mereka juga bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari kalangan bukan Melayu...

Untuk itu, jika Anwar mahukan sokongan Cina kiasu kepadanya, sebagai balasan, apabila Anwar berjaya merampas kerusi no 1 negara, perkara pertama yg perlu Anwar lakukan adalah menggubal perlembagaan bagi mengurangkan hak eksklusif bumiputera terutama Melayu, dalam kedudukan kuasa dan kerajaan... ini akan membuka peluang LGE... dan ini akan menyebabkan Azmin melopong...

Oleh itu, untuk elakkan diri Azmin 'masuk angin keluar asap' maka dia perlu pastikan yang dia sendiri yg laksanakan MOU itu, sebagai PM... apa nak jadi selepas itu, lantak pi...

Cuba KLIK LINK DI BAWAH tentang pembongkaran apa yang Azmin telah lakukan dan perancangan Azmin untuk menjadi Perdana Menteri...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama