Rabu, 22 Julai 2015

VIDEO [JENAYAH] PANAS!!! Polis Buru Geng Rompakan Nekad Bersenjata... Jom Tengok Rakaman CCTV Kes... #SahabatSMB

Saban hari semakin meningkat perilaku dan kes jenayah di Malaysia... seolah-olah rakyat tidak enteng dan tidak takut lagi dengan undang-undang dan hukuman... macam tidak sah jika dalam sehari tidak berlaku kes pembunuhan, rompakan, samun, rogol dan macam-macam lagi... kenapakah begitu terdesak sekali masyarakat hari ini???


Adakah peningkatan kes-kes jenayah disebabkan oleh desakan hidup yang menghimpit masyarakat ekoran peningkatan taraf hidup yang akhirnya memaksa golongan yang tidak mampu bergerak seiring dengan peningkatan ini memilih jalan mudah... atau disebabkan longgarnya penguatkuasaan undang-undang atau tidak ada akta yang sesuai yang mampu menggerunkan si pelaku jenayah...

Namun yang pasti, hanya satu jalan sahaja yang dapat mengimbangi kehendak masyarakat daripada memilih jalan singkat iaitu kembali kepada tuntutan agama sebenar... bukan sahaja Islam, malah agama lain juga mencegah dari melakukan jenayah... jika masyarakat kembali menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam apa pun jua agama, maka secara tak langsung akan menghakis kecenderungan untuk melakukan apa juga jenayah...


Begitu jugalah halnya dengan apa yang berlaku di Sagil, Johor... 4 lelaki telah menyerbu masuk ke sebuah kedai runcit lalu merompak wang tunai yang ada di kedai tersebut...

Jom kita tonton rakaman CCTV kejadian yang dimuatnaik ke KiniTV...


Tidak cukup dengan merompak, mereka juga bertindak kejam dengan memukul seorang warga emas yang berada di kedai tersebut menggunakan batang besi...

Yang pasti, keempat-empat mereka kini sedang diburu oleh pihak polis... dipercayai mereka ini ada kaitan dengan geng-geng kongsi gelap tempatan yang sering menjadikan peniaga-peniaga kecil sebagai mangsa peras ugut... peniaga yang engkar menjelaskan wang perlindungan akan menjadi mangsa rompak, pukul malah ada yang hingga ke peringkat bunuh...

Mamu berharap mereka ini dapat diberkas secepat mungkin dan dikenakan  tindakan undang-undang yang setimpal...

SMB anti Racisme...


By Mamu Karapoley
Location: Malaysia Sagil, 84900 Tangkak, Johor, Malaysia
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE