Advertisement - Contact Us

VIDEO [JENAYAH] PANAS!!! Perompak Semput Kejar Pembantu Rumah... Ini Rakaman CCTVnya... #SahabatSMB

Kes rompakan dan pecah rumah terus berleluasa... cara hidup masyarakat hari ini khususnya warga bandar yg kurang prihatin kepada keadaan sekeliling telah membuka ruang kepada mereka untuk bertindak... semuanya gara-gara tidak mahu dianggap suka menjaga tepi kain orang...


Jadi tidak hairanlah kenapa kejadian jenayah khususnya pecah rumah masih boleh berlaku walaupun pada siang hari... penyamun biasanya memilih kawasan taman perumahan sebagai sasaran pada waktu tengahari... keadaan rumah hari ini yg mementingkan ciri-ciri privasi seperti memasang pagar dan tembok yg tinggi dan tertutup sebenarnya lebih digemari penyamun... ditambah dgn sikap warga bandar yg kadangkala suka mengambil mudah seperti membiarkn pintu pagar terbuka umpama membuka laluan dan mengalu-alukan kehadiran tetamu tak diundang...

Jom kita tonton dulu satu rakaman CCTV kejadian pecah rumah yang berlaku di Kuala Lumpur...



Lihatlah betapa mudahnya penyamun-penyamun ini masuk... mujur tindakan pantas pembantu rumah yang berjaya meloloskan diri dari pintu belakang rumah lalu keluar menerusi pagar hadapan untuk menyelamatkan diri dan mendapatkan bantuan... penyamun yang mengejar gagal menangkapnya dan terpaksa membatalkan niat untuk menyamun...


Menurut info dari pihak polis, mereka sedang mengesan kumpulan perompak yang sangat dikehendaki ini yang terdiri daripada 4 lelaki bertopeng dan seorang yg berperanan sebagai pemandu... mereka ini sangat berbahaya dan sering menggunakan parang dan pisau panjang sebagai senjata ketika merompak... mereka juga dikatakan beberapa kali menggunakan kenderaan jenis Toyota Estima berwarna putih dengan plat pendaftaran palsu...

Malah menurut info lagi, satu kejadian pecah rumah turut berlaku di kawasan Puchong, Selangor melibatkan satu keluarga berbangsa Cina... pihak polis percaya kumpulan penyamun yang sama dengan modus operandi yang sama dengan kejadian di atas telah terlibat dalam kes ini...




Dalam kejadian di Puchong ini, kumpulan penyamun tersebut telah meninggalkan senjata yang berlumuran darah di halaman rumah sebelum melarikan diri... 2 lelaki yang merupakan mangsa telah tercedera ketika bergelut dengan kumpulan perompak tersebut...


Sepatutnya kejadian2 rompakan seperti ini menjadi ikhtibar kepada masyarakat... privasi satu hal, tapi tidak beerti kita tidak perlu mencampuri urusan orang lain langsung... setiap anggota masyarakat sebenarnya perlu prihatin terhadap keadaan sekeliling... sekurang-kurangnya kita kenal siapa jiran kita dan kenderaan milik jiran...

Jika kita terlihat kenderaan asing berpusing-pusing beberapa kali di kawasan perumahan kita dalam keadaan yang mencurigakan, sewajarnya kita melaporkan kepada pihak polis secepat mungkin... biar polis datang dan membuat siasatan... setidak-tidaknya jika kenderaan asing itu sedang mencari rumah saudaranya, pihak polis mungkin akan dapat membantu... pihak polis tidak akan tahan jika tidak bersalah...

Percayalah... sikap prihatin kita mungkin dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda dari menjadi mangsa jenayah...


By Mamu Karapoley...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama