Khamis, 16 Julai 2015

VIDEO [ISU SEMASA] PANAS!!! SMB Anti Racism... Tapi Cuma Nak Kongsi Video Ni Je... #SahabatSMB

Cuak pula mamu rasa bila tengok tangkapan demi tangkapan dilakukan oleh pihak polis berhubung kes Plaza Low Yatt... walaupun mamu yakin tidak ada apa salahnya artikel dan video yang telah dikongsi di dalam blog ini... namun rasa hormat terhadap tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa tetap ada...


Sekali lagi Mamu ingin tegaskan, Suara Melayu Baru (SMB) bukanlah sebuah blog yg bercirikan racism, malah kami menolak sebarang unsur perkauman yang ekstrem selagi mana hak dan keadilan antara kaum, agama dan bangsa kekal terpelihara...


Seperti yg kita sedia maklum, setakat ini 3 orang masih berada dalam tahanan pihak polis yg mana mereka ini disiasat di bawah Akta Hasutan... ketiga tiga mereka dari latar belakang berlainan dan mempunyai peranan berbeza hingga menyebabkn mereka ditahan...

Ali Tinju yg merupakan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu ditahan kerana memberi ucapan berbaur hasutan ketika malam 13 Julai yang lalu...

Disusuli dengan penahanan rakan blogger mamu, saudara Azri yg lebih dikenali dengan nama Papagomo... penahanan beliau disebabkan beberapa video dan status yg telah dimuatnaik dlm media sosial yg dianggap mencabar kredibiliti anggota polis khususnya Ketua Polis Negara...


Papagomo memang terkenal dengan kritikan2 pedasnya malah sebelum ini pun beliau pernah ditahan dan disaman berpunca daripada artikel2 dari laman blognya...

Dan yang terkini, serta agak mengejutkan mamu sendiri adalah penahanan boss jiran bahagian mamu, Datuk Ir Sheikh Hussein yg merupakan Ketua UMNO Bahagian Bagan... Datuk Sheikh ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Balai Polis PERDA...

Menariknya, penahanan Datuk Sheikh berpunca daripada satu msg yg dihantar ke group private menggunakan aplikasi telegram... menurut YB Datuk Reezal Merican yg merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang group private telegram tersebut hanya dianggotai oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian dari seluruh Malaysia...


Msg tersebut mempersoalkan keadilan pihak polis dan sepatutnya hanya diterima dan dibaca oleh ahli group berkenaan... jadi bagaimana isi msg itu boleh tersebar dan sampai ke pengetahuan IGP???

Jelas sekali wujud musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan di kalangan Ketua2 UMNO Bahagian sendiri... melihat kepada perkembangan politik semasa, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO serta serangan-serangan dari pelbagai arah untuk mengkucar kacirkan keutuhan UMNO dan kerajaan, jadi tidak hairanlah dengan kewujudan dalang-dalang yg cuba menjatuhkan karier politik pesaingnya...

Sebelum ini, group tersebut banyak membincangkan perihal negara dan masalah-masalah yg dihadapi rakyat...  turut ada dalam group tersebut termasuklah barisan menteri2 kabinat... untuk makluman, keputusan penangguhan pemilihan UMNO yg sepatutnya diadakan pada tahun hadapan juga dibuat berdasarkan undian yg dikemukakan oleh Najib di dalam group telegram ini...


Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yg hadir bersama Datuk Ir Sheikh Hussein ke IPD PERDA juga agak terkejut dengan penahanan ini... mereka menjangka bahawa kehadiran ke IPD tersebut hanya untuk memberi keterangan... dua orang pegawai khas dari Bukit Aman kemudiannya mengiringi Datuk Sheikh ke kenderaan polis dan terus dibawa ke Bukit Aman kira2 jam 4 petang semalam...

Sebenaqnya penahanan Datuk Sheikh yg menyebabkan mamu jadi sedikit cuak... maklumla, mamu dan Datuk Sheikh dari spesis yang sama... maknanya bukan setakat Melayu yg jadi sasaran, mamak juga tidak ketinggalan menjadi perhatian pihak IGP...

Seperti yg telah mamu janjikan, mamu ingin kongsi satu video yg mungkin menarik perhatian pembaca sekalian... sekali lagi mamu tegaskan, mamu bukan golongan rasicm dan mamu amat menghormati perpaduan antara kaum... jom tonton video ni...


Malang bagi penguatkuasa ni kerana dipanggil dengan gelaran yang sangat hina oleh seorang lelaki biadap... dia hanya menjalankan tugas seperti yg diarahkan oleh pihak atasannya dan antara tugasnya termasuk merampas mercun dan bunga api yg dilarang penjualannya...


Walau apa pun, bagi mamu dan pastinya seluruh rakyat mahu perkara ini diselesaikan sebaik mungkin apatah lagi bilamana ia melibatkan perpaduan antara kaum... kita tidak mahu ia berpanjangan kerana pastinya kesan yg negatif khususnya kepada negara terpaksa dihadapi jika gagal diatasi sebaik mungkin...

Namun dalam masa yang sama, mamu juga mahu melihat hak dan keadilan dapat ditegakkan... sangat tidak wajar apabila masyarakat menghukum si pencuri dan penagih dadah sedangkan proses perundangan masih lagi berjalan... apa guna ada siasatan, pendakwaan, proses rayuan dan sebagainya jika masyarakat dibiarkan menghukum sesuka hati...

Adakah kerana mamat-mamat ni hanya remaja biasa yg menganggur tanpa pekerjaan membuatkan mereka hanya berhak diadili sedemikian rupa? Adakah kerana siSyahrul bukan presiden sebuah parti besar atau penasihat ekonomi sebuah kerajaan, hanya anak kepada pasangan ibu bapa yang buta menyebabkan dia tidak layak mendapat keadilan sewajarnya? Tidak sepatutnya kita sebagai masyarakat menafikan hak keadilan kepada mereka, apatah lagi jika selama ini andalah orang yg lantang melaungkan prinsip 'KEADILAN'...

Mamu terima dan akur jika benar mereka disabitkan bersalah setelah melalui proses perundangan yg sepatutnya... kita mampu tunggu bertahun lamanya untuk melihat keadilan ditegakkan terhadap individu tertentu di atas jenayah yg tidak kurang hebatnya... kenapa tidak kali ini... dan lebih menarik, berdasarkan maklumat yg mamu terima dari peguambela Syahrul yg mengatakan bahawa mahkamah telah membebaskan mereka dari pendakwaan... jadi, adilkah tuduhan yang selama ini telah kita lemparkan kepada mereka???


SMB anti Racism



By Mamu Karapoley
Location: Malaysia Jalan Petaling, 47650 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE