Selasa, 28 Julai 2015

VIDEO [ISU AM] BIADAP!!! Ibu Tua Ditampar Anak Sendiri Disebabkan Hutang... #SahabatSMB

Kemanakah hilangnya nilai2 kemanusian dan perasaan kasih sayang yang sepatutnya menjadi fitrah dalam sanubari setiap manusia... adakah kifarah di atas dosa-dosa lampau menjadikan generasi hari ini hilang harga diri dan sifat berperikemanusiaan...


Dalam kes pertama, baru-baru ini gempar seketika dengan berita pembunuhan seorang isteri di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur...  mangsa, Suraniza Hamzah yang juga merupakan seorang juruaudit di sebuah syarikat penerbangan telah dipukul oleh suaminya sendiri menggunakan tukul besi... mangsa ditemui oleh anaknya yg berusia 17 tahun setelah pulang dari berhari raya... suami mangsa yang juga merupakan suspek utama dipercayai mengalami masalah kemurungan melampau akibat tekanan dan ini menjadi punca suspek tergamak bertindak sedemikian... mangsa maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala...


Sementara itu, satu rakaman video telah tersebar dipercayai dirakam secara sembunyi oleh seorang jiran yang prihatin... jom kita tonton dulu rakaman yang dimaksudkan...



Seorang warga emas telah diherdik sebelum ditampar beberapa kali di muka oleh seorang wanita dipercayai anak kepada warga emas tersebut... kejadian dikatakan berpunca akibat hutang antara kedua-dua pihak... video ini telah dirakam oleh jiran mereka ekoran kejadian yang sama telah beberapa kali berlaku...


Apa lagi yang mampu mamu katakan... apabila rasa hormat dan kasih sayang sudah hilang dari hati anak tersebut... maka akan berlakulah perkara-perkara yang tidak wajar yang tidak pernah terlintas di benak fikiran... jadikanlah ini sebagai ikhtibar... walau apapun alasannya, seorang anak wajib menghormati dan mempunyai perasaan belas ehsan kepada kedua ibu bapanya...

Tidak mungkin kita akan dapat mengecapi nikmat keindahan dunia tanpa kewujudan kedua ibu bapa kita... sayangilah mereka ketika masih berpeluang, takut nanti penyesalan akan menghinggut jiwa kita, hingga ke akhir hayat...


By Mamu Karapoley

Location: Malaysia Kepala Batas, Penang, Malaysia
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE