Advertisement - Contact Us

[ISU AM] AWAS!!! 'James Bond' Johor Dok Usha... Jangan Sampai Terkantoi... #SahabatSMB

AWAS!!! Kepada rakyat Johor dan kepada pelancong yang berhasrat untuk melawat Johor khususnya di tempat2 tumpuan umum seperti di JB... "ANDA SEDANG DIPERHATIKAN"


Majlis Bandaraya Johor Bharu telah melancarkan dan memperkenalkan satu skuad khas yang berperanan untuk memerhati dan menangkap orang awam yang membuang sampah merata rata dan bukan di tempat yang disediakan...

Bukan itu sahaja, skuad ini juga akan dibekalkan satu alat seperti kaca mata hitam setiap seorang di mana bukan sekadar untuk bergaya, kaca mata hitam ini juga berfungsi seperti kamera yang akan merakam perbuatan membuang sampah merata rata tersebut...


Kaca mata ini menggunakan peranti 'Spy Sunglasses Camera' yang berdefinasi tinggi dan akan merakam dalam tempoh masa tertentu... penguatkuasa yg terlibat akan berpakaian preman, seolah olah orang awam yang lain dan berkaca mata hitam...

Individu yang melanggar peraturan membuang sampah akan dirakam tanpa disedari sebelum dia ditahan... mereka yg cuba memberi pelbagai alasan untuk mengelak kemudiannya akan ditunjukkan rakaman kesalahannya... kompaun akan dikenakan dan sekiranya gagal menjelaskan kompaun tersebut, maka tindakan mahkamah akan diambil..


Peringkat permulaan, beberapa lokasi tumpuan telah dipilih di sekitar Bandaraya Johor Bharu dan bakal diperluaskan ke lokasi yang lain seandainya kaedah ini mampu mencapai matlamat...

Bagi Mamu, ini mungkin satu kaedah baru yang unik... sekurang-kurangnya ia dapat mendidik masyarakat agar menjadi lebih bertanggungjawab dan cintakan kebersihan... masalah pembuangan sampah di merata tempat seolah sudah menjadi tabiat mereka yang kurang kesedaran sivik... 

Sepatutnya, setiap individu khususnya rakyat Malaysia perlulah mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan walau di mana berada... seorang yang mempunyai kesedaran seperti ini akan sentiasa rasa bersalah pada diri sendiri sekiranya terbuang sampah di tempat bukan sepatutnya... 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama