Jumaat, 24 Julai 2015

[DEDAH] PANAS!!! Media Pro UMNO-Najib Lemah... Apa Puncanya??? #SahabatSMB

Pihak polis yang dipimpin oleh Datuk Khalid Bin Abu Bakar menerusi unit khas PCIRC sedang giat mengesan dan memberkas beberapa suspek yg dipercayai terlibat dengan beberapa isu penyebaran fitnah dan propaganda palsu... malah menurut sumber, beberapa lagi pengamal media baru termasuk blogger, facebooker, tweet owner dll turut sedang dipantau dengan rapi dan hanya menanti arahan untuk tindakan susulan...


Baru2 ni kecoh sekejap dengan penahanan seorang sahabat blogger, Papagomo namun syukur beliau telah dibebaskan walaupun tidak sempat menyambut pagi 1 Syawal bersama keluarga... susulan itu, 2 hari lepas, KPN telah umumkan kejayaan unit PCIRC menahan pengendali laman facebook palsu, Papagomo Original di depan rumahnya di Seri Iskandar... ini sekaligus membersihkan nama Papagomo yg sebenarnya yg telah terpalit dengan isu kontroversi perkauman dan tuduhan fitnah kononnya KPN meminta rasuah kpd Papagomo...

Semalam, sekali lagi KPN telah mengeluarkan arahan secara direct kepada PCIRC agar mengenalpasti dan memberkas pemilik akaun twitter @swakheadhunter berhubung propaganda yg mahu Sarawak keluar dari Malaysia... dan sehingga hari ini tidak dapat dipastikan samada @swakheadhunter sudah berjaya ditahan atau tidak...




Bagi aku, aku lebih respect @swakheadhunter walaupun menggunakan nama samaran namun ia tetap mewakili dirinya... walaupun banyak kenyataannya berbaur hasutan...

Berbeza dengan pengendali laman page palsu, papagomo original... menumpang populariti orang lain untuk tabur fitnah hingga menyebabkan papagomo atau Saudara Azri terpaksa menanggung akibat berpunca dari tindakan bangsat papagomo palsu tersebut...

Ini adalah ciri2 seorang yang pengecut, munafik dan pemecah belah masyarakat... fullstop...


Terus terang aku katakan, jika dilihat kpd perkembangan senario politik semasa, aku sedikit pelik bila melihat pihak berkuasa samada polis mahupun SKMM mula terlibat secara agresif memantau setiap tindak tanduk dalam media baru... ditambah pula dengan saranan bangang dari pak menteri yg mahu semua media sosial termasuk FB, Whatapps, twitter dll ditutup...

Seolah-olah ada yang tidak kena dengan keberkesanan media2 sosial ini dan manfaat yg sepatutnya dinikmati hasil dari penciptaan medium komunikasi baru mula dipertikai.. apa sebenarnya berlaku?


Dan semalam berdasarkan apa yang didedahkan oleh seorang lagi blogger tanahair terkenal, Datuk A Kader Jasin seolah menjawab persoalan yg berada dalam minda aku... mungkin beliau hanya menfokuskan kepada media utama yg lebih besar yg sebelum ini diuruskan oleh Datuk Lim Kok Wing dan beberapa individu2 yang gagal memainkan peranan yg telah diamanahkan untuk mempromosi Perdana Menteri serta menjawab segala isu dan tohmahan yang dilemparkan bagi pihak PM dan Kerajaan... itu mungkin skop yg lebih besar dan melibatkan pihak atasan...

Cuba kita kecilkan sikit skop... apa peranan media dalam UMNO dan ahli UMNO itu sendiri yang selama ini mengaku berjuang demi mempertahankan alip, ba, ta... perkembangan komunikasi dahulu sudah jauh berbeza dgn sekarang... surat layang, surat berantai dan apa pun seumpama dgnnya sudah lagi tidak praktikal... hari ini dgn satu posting, satu info sudah dapat dihebahkan... dan kemudian ianya dikongsi (share) hingga seolah-olah tidak ada lagi sekatan untuk menghalang info tersebut tersebar... begitu mudah maklumat sampai...

Cuma lagi tinggal, adakah media UMNO, yg dilantik oleh UMNO, yg dibayar oleh UMNO menggunakan semaksima mungkin kemudahan ini untuk membela UMNO, mempertahankan PM-Umno, menjawab bagi pihak PM-UMNO, menyerang bagi pihak PM-UMNO atau lebih tepat lagi menjuarai media2 baru dalam apa jua isu yg dibangkitkan...

Itu media, apa pula peranan ahli dan penyokong UMNO? Benar, bukan semua orang pandai utk create posting berkaitan sesuatu isu... itu peranan media... tugas ahli dan penyokong yang pastinya ramai yang aktif dalam media baru adalah sama2 berkongsi (share) dan bantu sebarkan info bernas yang telah dipelopori atau dipost oleh media2 UMNO yang efektif... bukan sekadar baca dan biarkan ianya berlalu... sebagai ahli UMNO, adakah anda telah mainkan peranan tersebut selama ini? Tepuk dada tanya selera...

Terus terang aku katakan, aku salute dengan media2 yang pro pembangkang... aku tidak pasti daripada mana mereka peroleh dana... malah ada juga di kalangan blogger2 pro pembangkang yg jadikan blog mereka ruang pengiklanan utk mencari dana dan dalam masa yang sama mereka berjaya memainkan peranan menyerang kerajaan, menjawab bg pihak pemimpin mereka dan menjuarai sesuatu isu... begitu juga halnya dalam media sosial... kita boleh lihat user yg pro pembangkang lebih agresif untuk post apa jua hal berkaitan politik negara... dan lebih menarik lagi, setiap info dan posting mereka akan mendapat respon di kalangan pembaca khususnya penyokong pembangkang dan kemudian info tersebut akan turut dikongsi(share) di dalam wall masing2... jadi tidak hairanlah kenapa info menentang kerajaan, sekalipun ia lebih menghampiri fitnah lebih mudah tersebar dan mendapat perhatian... malah ada juga dari kalngan yg mengaku pro kerajaan yang turut sama share info dari pihak pembangkang...

Mungkin pihak pro kerajaan ini gerun dengan label 'macai', 'anjing' dan sebagainya sepertimana yg sering dilemparkan oleh penyokong pembangkang... maklumla, kebanyakannya hati dan jiwa kecik, cuma cakap dan sembang saja besar... cuba info berkenaan projek besaq, lubang besaq, kantau baeknyer... hehe, jgn marah...

Mungkin disebabkan ini semualah maka akhirnya pihak polis terpaksa turun dan bertindak agresif... bila media UMNO yg sepatutnya menjadi harapan utk menguasai media baru kelihatan sangat lemah dan tak bermaya, hingga 'stereng' diambilalih oleh media pembangkang... mahu tidak mahu, pihak polis terpaksalah diarahkan untuk mengekang maklumat2 palsu dan info2 fitnah... kot kot media lantikan UMNO tidak dipam insentif yang setimpal kot... atau mungkin juga media2 lantikan UMNO ni sedaq mereka sebenaqnya tidak mendapat 'back up' yg kuat andai kata apa2 berlaku ke atas mereka berpunca dari penulisan mereka...

ANDA NILAILAH...

SMB anti Racisme


By Padiyappa
Location: Malaysia PWTC, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE